Sunday, March 30, 2014

DIJEMPUT SULTAN PALEMBANG




Sultan Palembang, Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin memperkenan untuk menjemput saya ke ibu kota Provinsi Sumatera Selatan pada Jumaat lalu.

Baginda memperkenan menganugerahkan saya Darjah Kerabat Kelas Kedua (DK II) di Keraton Kuto Besak Palembang pada waktu dhuha, 29 March 2014.

Saya tidak mengenali baginda sebelum ini dan hanya bertemu dan berbual pendek ketika majlis penobatan kesultanan Nusantara Disember 2013 di Jakarta.




Beberapa bulan selepas itu saya dijemput oleh utusan baginda untuk bertemu bagi menyatakan kepedulian baginda Sultan untuk menjemput saya ke Palembang dan menganugerahkan darjah itu.

Saya tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik anugerah itu.

Cuma saya amat menjunjung kasih di atas ingatan dan perkenan baginda itu, dan amat berbangga di atas perkenan itu demi silaturahim.

Ketika menikmati juadah malam bersama baginda dan permaisuri serta beberapa tetamu kehormat lain dari Malaysia di sebuah bilik khas di Keraton Kuto Besak saya dapat mengenali sedikit peribadi dan perwatakan baginda dengan lebih dekat.

Baginda ketika itu hanya berserban dan berjubah putih ditemani isteri yang berpakaian serta cream dan berselubung duduk di sampingnya, sambil menanti acara raptai anugerah bermula.


Selain sebagai jurutera bertauliah dan ahli perniagaan baginda turut menganggotai lembaga pengarah syarikat minyak negara Indonesia, PERTAMINA.

Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin juga adalah kepimpinan tertinggi Yayasan Raja Sultan Nusantara (YARASUTRA).

Pada hari penganugerahan itu dua orang diberi anugerah Darjah Kerabat Kelas Pertama, dua orang (termasuk saya) Darjah Kerabat Kelas Kedua dan sebahagian lain menerima beberapa gelaran darjah dan pingat.




Saya tidak pasti kelayakan penerima dan pengiktirafan darjah itu di Malaysia, namun kebanyakan penerima adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Kehadiran mereka di kota Palembang juga ada kaitannya dengan usaha meneroka peluang perniagaan di Provinsi Sumatera Selatan dan masyarakat Palembang turut menganggap tetamu yang hadir sebagai 'wong kito galo' yang bererti orang kita semua.

(Anggota trafik Polis Tentera atau Polis Militer siap sedia untuk mengiring konvoi tetamu dari Lapangan Terbang)

(Bas dari Pejabat Gobenor untuk membawa bagasi tetamu)

Sunday, March 23, 2014

PRK KAJANG TITIK MULA BUKA PEKONG DI DADA PKR

PRK Kajang adalah sejarah hitam buat politik negara. Namun saya hadir di sepanjang kempen sebagai saksi kepada catatan sejarah buruk itu.

Hari ini 23 March 2014 sebagai penentu sama ada agenda busuk mereka akan terlaksana.

Bagi saya terbantutnya DSAI untuk menyertai perlumbaan mengarut di Kajang sebagai kegagalan yang amat besar dan memalukan bagi pengatur strategi itu.

Dan seterusnya sama ada PKR mengekalkan kemenangan atau sebaliknya ia hanya membuka laluan bagi merealisasikan kegagalan secara pakej yang sudah ditentukan oleh Allah kepada mereka.

Kita lihat sahaja kebenaran itu selepas ini, berdasarkan majoriti yang diperolehi mereka jika ditakdirkan PKR menang lagi. 

Untuk menyaksikan BN hilang wang deposit sebagaimana dakwaaan angkuh Lim Kit Siang tidak mungkin.

Bersama Datuk Husni dan Datuk Satim sebagai saksi sejarah di Kajang.