(Berhampiran tasik Dayang Bunting, satu daripada 99 pulau di Langkawi)
Pulau Langkawi yang kini diberi jolokkan '99 Magical Islands' masih belum diteroka dan dikunjungi sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
Apa yang kebanyakkan pelancong tempatan tahu mengenai Langkawi ialah membeli belah di Kuah, melawat tempat legenda beras terbakar, makam Mahsuri dan mandi manda di pantai Chenang.
(Perkhidmatan kereta kabel di gunung Matchinchang)
(Laman Padi - antara produk pelancongan yang akan diberi nilai tambah)
Rakyat masih belum didedahkan lagi dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai antara 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik dunia menjelang tahun 2015.
Untuk merealisasikan usaha itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang diberi tanggungjawab berkenaan telah memulakan strategi mempromosikan destinasi pelancongan itu secara lebih agresif.
Antara perkara khusus yang ditekankan adalah berkaitan legenda Langkawi itu sendiri termasuk mitos dan legenda Mahsuri (sebelum dan selepas sumpahan).
(Bermandi manda di 'salt water jacuzzi' yang ditarik di belakang 'Sunset Cruise'. RM260 seorang termasuk makan malam)
(BBQ di buritan kapal)
Keunikan alam semulajadinya di Geopark termasuk di Kilim, Tasik Dayang Bunting, Gunung Matchincang dan keistemewaan masyarakat tempatan di Langkawi.
Pelancong juga akan didedahkan dengan keistimewaan kehidupan liarnya. Antaranya lima haiwan terbang seperti lemur terbang, katak terbang dan cicak terbang serta rama-rama dan keunikan burung-burungnya.
(Anggota pasukan peninjau mewakili media masing-masing)
Sebagai langkah awal kempen promosi, LADA telah menjemput pasukan media terdiri daripada editor-editor untuk meninjau tempat-tempat menarik yang kurang dijelajahi pelancong tempatan.
Saya yang menyertai rombongan itu turut dibawa ke tempat-tempat berkenaan dengan bantuan pemandu pelancong yang berpengalaman, Othman Ayeb.
Othman yang berasal dari Johor bukan sahaja berpengetahuan luas mengenai alam sekitar malah seorang naturalis yang mempunyai kemahiran dan pakar mengenai ular.
(Othman diminta menangkap seekor ular yang melengkar di bawah jeti)
*********************************
LANGKAWI 27 Dis. - Hari ini rekod baru manusia hidup bersama ular berbisa dicipta apabila Osman Ayeb selamat menempuh hari ke-21 dalam bilik khas bersama 150 ekor ular di Lagenda Langkawi Dalam Taman.
Juara Ular Dunia '97 itu memecahkan rekod Hussin Dastagir yang hidup bersama 100 ekor ular berbisa selama 20 hari.
Osman ketika dihubungi menerusi telefon dalam biliknya hari ini menyatakan rasa syukur atas kejayaan tersebut, lebih-lebih lagi ia dicatat pada bulan Ramadan.
Beliau tetap bertekad memenuhi matlamat asalnya dengan meneruskan cabaran hingga hari ke-27 yang jatuh pada Sabtu ini.
Menurut Osman, setakat ini lebih 11,000 pelancong termasuk kira-kira 1,000 orang asing telah melawat bilik khas yang menempatkan dia bersama ular-ular berbisa itu.
Usaha Osman itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menyuntik kata-kata semangat ketika melawatnya pada 6 Disember lalu. - Utusan Malaysia 28/12/98
******************************
(Anthony membawa kami ke dapur hotel memperlihatkan aktiviti HIJAUnya)
Rombongan kami juga didedahkan dengan seorang lagi naturalis dan pakar alam sekitar, Anthony Wong.
Anthony yang juga pemilik Frangipani Hotel & Resort, tempat penginapan kami di pantai Chenang menjadi perintis kepada "hotel hijau" di Langkawi dan malah di Malaysia.
Menyertai "eco-walk" bersama beliau di sekitar hotel berkenaan amat menakjubkan dan terasa begitu teruja. Beliau menggunakan kaedah lumrah alam bagi mengendalikan sebahagian sistem di dalam hotel berkenaan.
Beliau mempunyai cara tersendiri untuk merawat najis dan sistem kumbahan dengan hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan dan air sungai.
Paparan ini adalah sebahagian daripada banyak keistemewaan yang masih tersembunyi di Langkawi.
Banyak lagi yang perlu diketahui dan dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Langkawi.
Segala-galanya akan didedahkan melalui berita di TV9, 8TV, NTV7 dan TV3 serta akhbar Berita Harian, Harian Metro dan New Strait Times.
(Pasukan media bersama Pengurus Besar Frangipani Hotel, Jeffrey Goh dan Othman)