Saturday, June 23, 2012

BEGITU CARA MEREKA


Kelmarin, aku tunaikan undangan
Malam puisi DBP sempena ulangtahunnya

Aku tiba dan terus ke meja krew
Sekumpulan VIP penuh di satu meja

Datang tetamu khas, lalu semua bangun
Johan Jaafar boss aku nombor satu
Lalu aku hulurkan tangan

Dia bersalam tanpa memandang muka ku
Kerana aku manusia kerdil
Bukan Amrin Awaluddin atau Izham Omar

Dalam dewan banyak bangku kosong
Peserta PLKN menutup keaiban mereka
Kalau tiada mereka aku antara 20 tetamu yang ada

Aku memilih tidak memenuhi bangku tetamu undangan
Duduk di pinggir belakang, membuang keegoan
Ketepikan protokol, mahu menghayati persembahan

Teruja dengan kesungguhan karyawan di pentas
Tetamu kehormat turut berkarya

Penuh puitis,  sinis dan antigonism
Namun menusuk di jiwa
Bahasa kita masih di pinggiran rupanya

Namun, hati laraku terhibur
Gemersik suara dan petikan gitar Ana Rafali dan Ramli Shariff
Persembahan mereka bersahaja

Lantas aku pulang 
Selepas Papa Rock menghentikan suara
Tanpa aku tahu kesudahan acara

Kerana kehadiran ku 
Cuma mahu melihat cara Dr Awang Sariyan
Berkempen memartabatkan bahasa