Sunday, April 4, 2010

SEMANGAT JUANG LEBIH UTAMA

Setelah polis diberikan penyelarasan gaji dan elaun kini tiba pula masanya warga Angkatan Tentera diberikan imbuhan itu.

Inisiatif itu sebenarnya telah lama dilakukan oleh pihak kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan. Sejak Perdana Menteri memegang potfolio di Kementah, usaha itu sudahpun dimajukan kepada kerajaan. Kini inisiatif itu dilanjutkan lagi oleh kepimpinan baru Kementah.

Namun berdasarkan situasi ekonomi sekarang, kerajaan belum bersedia untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun di sebalik gaji dan elaun baru yang belum tertunai dan kos sara hidup yang meningkat, kita perlu memberikan tabik hormat dan menyanjung tinggi perjuangan dan pengorbanan warga ATM. Kesetiaan dan bakti mereka kepada negara tidak dapat diukur dengan nilaian wang ringgit.

Sebagai perbandingan kasar jika diambilkira gaji pokok pegawai ATM dengan kakitangan swasta ia jauh lebih rendah. Namun dengan pelbagai imbuhan dan kemudahan yang diberikan kepada mereka, kehidupan pegawai ATM lebih selesa berbanding mereka yang berkhidmat di sektor swasta.

Gaji pokok Pegawai :

Leftenan Muda : RM1175.00 - RM1781.21 + (Imbuhan Tetap Khidmat Tentera - RM115.00) + (Imbuhan Tetap Perumahan - RM420)
Leftenan : RM1361.34 - RM3235.63 + (RM115.00) + (RM420.00)
Kapten : RM1808.80 - RM4174.35 + (RM300.00) + (RM450.00)
Mejar : RM2587.16 - RM4414.26 + (RM300.00) + (RM500.00)
Leftenan Kolonel : RM3756.50 - RM5190.35 + (RM450.00) + (RM575.00)

Kolonel : RM4460.46 - RM5816.87 + (Imbuhan Tetap Perumahan RM700.00) + (Imbuhan Tetap Keraian RM550.00)
Brigedier Jeneral : RM4975.00 - RM6699.25 + (RM900.00) + (RM800.00)
Mejar Jeneral : RM6135.80 - RM7672.50 + (RM1300.00) + (RM2500.00)
Leftenan Jeneral : RM6571.40 - RM8229.10 + (RM1600.00) + (RM3050.00)
Jeneral : RM7224.80 - RM9039.80 + (RM2000.00) + (RM4000.00)
Panglima Angkatan Tentera : RM8822.00 - RM12706.10 + (RM2500.00) + (RM5100.00)

Swasta :
Pengurus/Pengurus Kanan - RM7000.00 - RM10000)
Pengurus Besar - RM12000 - RM25000)

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi - RM30,000 -RM50,000 dan lebih (bergantung kepada syarikat).

GAJI PERMULAAN PEGAWAI GRADUAN(LEFTENAN ATAU SETARAF)
Diploma - RM 1030.00
Ijazah Am - RM 1140.00
Ijazah Kepujian - RM 1215.00

Swasta :
Diploma - RM1800.00
Ijazah - RM2300.00

Imbuhan-imbuhan lain adalah sama seperti tangga gaji Pegawai Tugas Am dan Pegawai Tugas Khas.

PEGAWAI TUGAS IKHTISAS
Kategori Pegawai Tugas Ikhtisas
Gaji(RM)

Perubatan/Pergigian :
Ijazah Doktor Perubatan(Kapten dan Mejar) - RM1779.00 - RM3647.00
Ijazah Doktor Pergigian(Kapten dan Mejar) - RM1581.00 - RM3647.00
Ijazah Pembantu Veterinar(Kapten dan Mejar) - RM1164.00 - RM3584.00
Ijazah Farmasi(Kapten dan Mejar) - RM1164.00 - RM3584.00

Kejuruteraan :
Ijazah Kejuruteraan(Kapten dan Mejar) - RM 1447.00 - RM 3639.00

Pelajaran :
Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan (Kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) serta Diploma Pendidikan - (Kapten dan Mejar) - RM1360 - RM3585.00
Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) - (Kapten dan Mejar) - RM1295.00 - RM3585.00
Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan(Am) atau Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan - (Leftenan) - RM1230.00 - RM3585.00
Ijazah Sarjana Muda(Am) - (Leftenan) - RM1165.00 - RM3585.00

Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT) :
Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) - (Kapten dan Mejar) - RM1290.00 - RM3580.00
Ijazah Sarjana Muda(Am) - (Kapten dan Mejar) - RM1160.00 - RM3580.00

*Imbuhan-imbuhan lain adalah sama seperti tangga gaji Pegawai Tugas Am dan Pegawai Tugas Khas.

BAYARAN INSENTIF(MENGIKUT KELAYAKAN)

Bayaran Insentif Penerbangan Tentera(Sebulan)

Brig Jen ke atas - RM 2500 - 4000.00
Kapten ke Kolonel - RM 1600.00 - 4000.00
Leftenan - RM 1300.00 - 3500.00
Leftenan Muda - RM 1000.00 - 2000.00
Pelatih - - RM 600.00
Sarjan ke Pegawai Waran I - RM 1000.00

Elaun Pakaian Seragam Pegawai :
Semasa ditauliahkan - RM 400.00

Elaun Pakaian - RM 500.00 setahun
Elaun Pakaian Istiadat - RM 1000.00 setiap 3 tahun

Elaun Perjalanan Ke Tempat Bertugas(Sebulan)
Maksimum - RM 200.00 (pegawai)
Maksimum - RM 200.00 (askar laskar)

Bayaran Insentif Sabah/Sarawak(Sehari)
Minimum - RM 4.80
Maksimum - RM 12.00

Bayaran Insentif Tugas Ikhtisas(Sebulan)
Minimum - RM 100.00)
Maksimum - RM 120.00

Bayaran Insentif Teknikal Tentera(Sebulan)
Kadar A - RM 300.00
Kadar B - RM 200.00

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal(Sebulan)
Kapten ke atas - 5% daripada gaji pokok
Leftenan ke bawah - 10% daripada gaji pokok

Elaun-elaun pakar bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian adalah mengikut gred gaji dan kelayakan. Elaun-elaun lain mengikut kelayakan.

Apapun bak kata seorang pegawai iktisas perubatan berpangkat Brig Jen, mereka berkhidmat kerana fardhu kifayah.

8 comments:

Anonymous said...

Tak banyak beza, polis dah naik untuk kali kedua baru nak bagi askar kali pertama. Kenaikan kali pertama askar tak dapat, yang naik kali kedua ni sama saja untuk semua sebab bukan askar saja naik tapi semua naik. Dulu askar saja ada elaun rumah tetapi sekarang awam dapat elaun rumah dan dah tu dapat kenaikan pula tapi elaun rumah askar tak naik dan elaun khidmat lebih rendah berbanding awam. Pas tu Cikgu naik gred 48 dalam 16 tahun saja, tapi pegawai askar kena khidmat sehingga 33 tahun baru boleh nak bagi, itu pun kalau nak bagi.

Anonymous said...

ni peg atas y gaji byk ni.tp lain2 pangkat lg sikit.sian kat prebet,nk tanggung family lg.mana la nk tanggung mak bapak lg.

Anonymous said...

bersyukur la. tp pelik aku pnh masuk 1 kem tentera kt area selatan, yg LLP boleh pkai velfire, BMW,estima, civic, siap ada bibik,,, padahal wife x keje. yg pegawai pulak ( leftenan muda dan ke atas) siap ada 3 biji kereta. wife x keje. 1 utk si ayh, 1 utk wife, 1 utk ank yg blaja kt U. mmg byk la gaji2 askar ni. kalu x byk x kn isteri2 diorang tu boleh beli bj dinner kalah pengantin. kalu sewa lain cite, ni BELI....paham2 la brape RM.... X KN RM50 mcm org kg pkai. x kelas la. ni ikut ape yg sy nmpk la di kem tersebut. x tau la kalu kem lain x kaya mcm askar kem ni. mesti ada something wrong somewhere la kn. sbb gaji ATM seluruh malaysia sama

Anonymous said...

Salam,saya merupakan pelajar perubatan dan berminat utk meneruskan kerjaya saya utk mnjadi doktor dlm bidang ketenteraan.Bagaimana ye?

AZNIAL RAHMAT said...

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833


Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com

Unknown said...

Sembang pasal pegawai boleh lah.cuba ko pikir pasal anggota bawahan.......yang mcm pencacai buat kerja anggota bawahan.....ada korang pikirkan selama ni mcm mana anggota bawahan hidup.......yang korang pikir semua keselesaan pegawai......anggota bawahan hanya dapat temoias tempias sahaja......pegawai ko tu x boleh bawak masuk kubur pun...

Unknown said...

Sembang pasal pegawai boleh lah.cuba ko pikir pasal anggota bawahan.......yang mcm pencacai buat kerja anggota bawahan.....ada korang pikirkan selama ni mcm mana anggota bawahan hidup.......yang korang pikir semua keselesaan pegawai......anggota bawahan hanya dapat temoias tempias sahaja......pegawai ko tu x boleh bawak masuk kubur pun...

Unknown said...

Sembang pasal pegawai boleh lah.cuba ko pikir pasal anggota bawahan.......yang mcm pencacai buat kerja anggota bawahan.....ada korang pikirkan selama ni mcm mana anggota bawahan hidup.......yang korang pikir semua keselesaan pegawai......anggota bawahan hanya dapat temoias tempias sahaja......pegawai ko tu x boleh bawak masuk kubur pun...