Selepas solat subuh saya dan isteri keluar menikmati pemandangan matahari naik di Sundeck dan bersenam di gimnasium.
Ada kira-kira empat restoran terbuka di kapal ini, tidak termasuk yang eksklusif kepada ahli-ahli kelab.
Manakala terdapat 677 kabin yang dapat menampung 1,354 penumpang.
Libra mempunyai 10 aras dengan tingkat teratas berupa Sundeck manakala aras sembilan menempatkan kolam renang untuk bersantai.
Kabin saya terletak di aras tiga manakala dua kabin untuk anak-anak di aras dua.
Selain tangga, Libra turut menyediakan khidmat lif sehingga ke aras sembilan.
(Berlabuh di laut Andaman. Foto diambil dari bot kami yang meninggalkan kapal menuju sebuah jeti di Krabi)
Ia mempunyai purata kelajuan knots 17 kn dan kelajuan maksimum 20 kn.
Kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan StarCruise Libra melabuhkan sauhnya di Phuket.
Hari ini makan tengah dipercepatkan tempohnya kerana jam satu tengah hari penumpang masing-masing terikat dengan program lawatan ke Phuket mengikut pakej masing-masing.
1 comment:
http://www.petinsuranceuks.co.uk/dog-health.html Your financial resources are also very essential upon purchasing a health insurance, check first if you have the budget and that you can pay for this. When unforeseen circumstances happen, it would be difficult for the pet owner to come up with a big amount immediately.
Post a Comment