Friday, May 31, 2013

BERCUTI NAIK CRUISE (1)





Cuti persekolahan kali ini saya sempat membawa isteri dan anak-anak menaiki cruise.

Pelayaran empat hari tiga malam bermula dari Pangkalan Cruise di Pulau Pinang (Swettenham Pier, No 1, Pesara King Edward, 10300 George Town) menuju Phuket dan Krabi sebelum berpatah balik ke Pulau Pinang.

Untuk mengurangkan penat, kami menaikki pesawat Firefly dari Lapangan Terbang Skypark, Subang.

Saje kami mengambil penerbangan awal pagi jam 8:10 supaya banyak masa untuk sarapan pagi dan makan tengah hari nasi kandar di Pulau Mutiara serta mengambil angin.

Kami mengambil teksi Airport (van) dengan bayaran lebih RM80. Kerana lebih masa terluang kami ronda-ronda dan memberi bayaran tambahan RM50 kepada pemandu teksi milik Koperasi Teksi Airport itu.

Bagi mereka yang berkereta ke Pulau Pinang penumpang Star Cruise boleh meletak kenderaan di Parkir tidak berbumbung yang disediakan (kawasan bekas Penang Yacht Club) yang boleh memuatkan sehingga 80 kereta. Bayaran dikenakan RM20 untuk empat hari. 

Mereka yang mahu parkir berbumbung pula boleh meletak kenderaan di parkir bertingkat jalan pantai MPPP dengan kadar bayaran RM40 untuk empat hari tiga malam. (http://www.penang-traveltips.com/mppp-beach-street-parking-complex.htm)


Sepatutnya perancangan awal kami membawa kesemua anak-anak bersama kerana kini semakin sukar untuk berkumpul selepas masing-masing belajar di IPT.

Selepas anak yang sulong tidak dapat ikut sama kerana ada program di kampus, seorang lagi anak lelaki tiba-tiba terpaksa membatalkan rancangan itu.

Dia terpaksa melepaskan peluang itu walaupun tiket penerbangan telah ditempah kerana jadual peperiksaan akhirnya ditunda pada saat akhir, kesian dia.

Sementara menunggu kaunter daftar masuk ke kapal dibuka jam 1:00 tengah hari, kami sekeluarga menunggu di terminal itu sambil mengambil gambar dan 'charge' bateri handphone di power point sekitar terminal.

Kami disediakan satu karbin oceanview stateroom bertingkap, satu oceanview stateroom dengan porthole dan satu stateroom dalam tidak bertingkap.

Selepas solat di karbin kami berjalan di sekitar kapal sebelum mula belayar jam 5 petang.





Sementara kapal meneruskan pelayaran, pelbagai acara sampingan disediakan di sekitar kolam di sundeck (tingkat paling atas).

Pada sebelah malamnya jamuan buffet di sediakan di sekitar kolam.

Kerana keletihan, kami pulang ke karbin masing-masing agak awal.


No comments: