Politik orang berniaga tidak kurang hebat berbanding dengan orang yang berpolitik. Lobi melobi untuk mendapatkan projek dengan pelbagai cara
sudah menjadi asam garam.
Pesaing lawan pesaing memang lumrah. Tapi kawan makan kawan juga semakin menjadi lumrah.
Pelbagai karaktor orang perlu ditemui dan sesetengahnya terpaksa dihulurkan duit kopi untuk memudahkan urusan walaupun tidak semestinya projek dalam genggaman.
Kalau urusan dengan air liur, hasil yang dapat juga air liur. Oleh itu orang berniaga perlu ada modal untuk itu semua.
Cara kita bercakap, berurusan, layanan dan aksi kita juga memainkan peranan. Berbincang mengenai projek berjuta ringgit tetapi tempatnya di kedai mamak atau di bawah pokok dan minum air kosong, hasilnya juga tin kosong.
Sesetengahnya pula untuk memberi keyakinan orang, mereka sanggup meminjam atau menyewa kereta mewah siap dengan pemandu. Tetapi tindakan itu bagaimanapun akhirnya terbongkar. Oleh itu apa juga tindakan, perlu ada kejujuran dan ikhlas.
No comments:
Post a Comment