Sunday, December 18, 2011

JANGAN KENA TIPU DI KUALA PERLIS

Kali ini cuti di Langkawi walaupun tempohnya lebih lama tetapi tidak meriangkan sangat. Ini gara-gara terasa ditipu oleh operator pengendali parkir di Kuala Perlis dan pengendali kereta sewa di pangkalan Kuah.

Anggota pengendali parkir yang memakai bib hijau bernombor dan tertera MPKP sebenarnya tidak boleh dipercayai. Mereka menggunakan bib itu untuk mengkaburi mata mangsa. Sayapun tidak pasti adakah mereka pekerja MPKP atau ulat yang menyamar.

Biasanya mereka akan menunggu mangsa di persimpangan jalan menuju Pangkalan Jeti Kuala Perlis. Mereka sudah masak dengan kehadiran orang luar dan akan terus mengekori kereta mangsa sehingga ke tempat parkir.

Daripada perbualan saya dengan mereka, saya dapat mengagak mereka bergerak sendiri atau secara berkumpulan yang tiada kaitan degan MPKP. Selepas menetapkan harga dengan bayaran RM10 sehari bagi parkir tanpa berbumbung, mereka akan menjerat mangsa dengan tawaran sewaan kereta, penginapan dan pakej lawatan ke pulau-pulau.

JANGAN BERURUSAN SEWAAN KERETA dengan mereka. Biasanya mereka akan meminta wang deposit yang tinggi untuk sewaan kereta yang dikendalikan oleh agen lain di Kuah. Wang itu tiada kaitan dengan agen sewaan kereta itu.

Wang itu semata-mata untuk poket ulat operator parkir. Operator parkir akan memberi resit yang mencatatkan kononnya wang deposit telah dibayar. Baki sewaan kereta kemudian diselesaikan dengan agen sewa kereta di Kuah apabila menerima kunci kereta.

Contoh :  Harga sewa sebenar kereta Iswara buruk RM60 sehari. Tetapi operator parkir tetapkan harga sewaan RM80 sehari. Deposit untuk operator parkir RM20 sehari. Baki RM60 (harga sebenar sewaan) perlu dibayar di Kuah.  Kalau sewaan untuk empat hari, penyewa perlu bayar kepada operator parkir RM60 dan RM180 kepada agen pengendali kereta di Kuah.

Oleh itu penyewa rugi dari segi bayaran dan kualiti kereta yang disewa.

Bayaran RM240 sepatutnya dapat kereta lebih baik tetapi dapat kereta Iswara buruk yang terkoyak tempat duduk, cermin tingkap tidak rapat, air-cond rosak.

Oleh itu kena berhati-hati dengan mereka yang sering bermotosikal menunggu mangsa berkereta di persimbangan jalan masuk ke Jeti Kuala Perlis.

Satu lagi sikap tidak bertanggungjawab operator parkir, meletakkan kereta 'double parking' menyebabkan pemilik kereta yang pulang dari Langkawi menghadapi masalah mengeluarkan kereta.

Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kuala Perlis kena perhatikan perkara ini.

53 comments:

Anonymous said...

http://teenycamsex.com/

Unknown said...

http://videarn.com/browse.php?or=&up=1&tags=13&page=153

Anonymous said...

Kuala perlis: hati ko yg hitam; antara org yg menipu.. Sy sokong pandangan penulis ini.. Benda nie dah berlaku lama sgt.. Majlis perbandaran hanya mengambil ringan perkara ini; paling kuat pun saman org yg parking... Maybe org yg ade kat situ adalah org kampung depa gak... Tue pasal takut ambik tindakan

Anonymous said...

btol tu patut ada pihak b'kuasa spt polis kat tmpt mcm tu. depa ni hanya menyusahkan org yg nk dtg melancong ke pulau langkawi jerrrr....

Anonymous said...

ala... benda ni biasa la komisyen pasal bisnes. org bg customer kna la bg komisyen. harga markup takat 20 tu bukan la menipu. upah nak tolong booking, topup dia lg, tenaga dia lg, biasa lah. mcm harga paper dgn majalah dekat semenanjung berbeza dgn sabah & sarawak. harap paham la. xbaik ooo tuduh2 dorang cmtu. bab perbandaran tu, no comment.

Unknown said...

saya ni org yang terkena sama macam penulis...saya bayar sewa parking di jeti kuala perlis rm45 untuk 3 hari.balik jew dari langkawi tengok-tengok kereta saya kene saman dengan polis trafik.sakit hati sangat saya terus ke balai polis diorg boleh bagi alasan macam-macam kat saya.saya akan bawa perkara ini ke tengah sebab diorang dah kira menganiaya orang yang tidak tahu.jahat sangat

Norman Shah said...

Saya pun terkena ulat2 parking suruh parking tempat parkingnya betul tetapi opratornya orang lain. Letak resit nama orang lain. Balik dari langkawi tyr kereta kempis. Tanya operator lain dkt jeti.. Betul nama org tersebut tapi nombor talipon lain. Hmm.. 2 biji kereta pancit pada hari tu. Macam prkara ini selalu terjadi.. Jadi hati2 dgn ulat yg pkai motor....

Norman Shah said...

Saya pun terkena ulat2 parking suruh parking tempat parkingnya betul tetapi opratornya orang lain. Letak resit nama orang lain. Balik dari langkawi tyr kereta kempis. Tanya operator lain dkt jeti.. Betul nama org tersebut tapi nombor talipon lain. Hmm.. 2 biji kereta pancit pada hari tu. Macam prkara ini selalu terjadi.. Jadi hati2 dgn ulat yg pkai motor....

Anonymous said...

saya pon orang kuala perlis.. anak jati kuala perlis... saya tahu perkara ini betul.. dah lama dah parking haram ni ada di kuala perlis.. bnyak kali jgak dah bt report kt mpk.. mungkin mpk pon kena suap.. ulat2 parking ni pon pandai.. bila time musim cuti bnyak la taktik depa.. jd jaga2 la smua.. kalu parking x bayar.. blik dari langkawi mesti kereta calar sana sini.. silap2 sport rim pon hilang..

Anonymous said...

hati hitam pun ulat jgk kut??

Anonymous said...

salam sume .... jadi cara yang terbaeek nak parking sana tuu macamane yekk ....info plss ..

terima kasihh !!

Anonymous said...

aku pernah terkena.. hati2 ramai penipu...

www.sunan.my said...

cara terbaik nak paking ialah : cari parking persendirian, bukan petak parking MPKP. dekat kawasan jeti tu ada banyak rumah2/tanah orang jadikan parking berbayar..

Anonymous said...

Ulat parking ni yg buat aku serik nk dtg langkawi lg..
Selagi kita tak amik selagi tu diorg follow keta kita

Unknown said...

Nak mudah pi masuk Langkawi dengan kereta sendiri. Naik Feri bayaq aja RM320. Tu untuk MPV.

Anonymous said...

orang yg parking tu... b0d0

Anonymous said...

Sedeh juga tgk org melayu menipu..angkara keturunan begitu sudahannya..bapak rintik anak borek..jgn percayakan manusia

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

X SEMUA EJEN PARKING PENIPU. BODOH. SEBAB WUJUDNYA PAGE MCM NI LA EJEN2 YANG JUJUR SUSAH NAK CARI MAKAN. JANGAN SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. LAIN KALI SEBELUM NAK PARKING TANYA DULU TEMPAT PARKING TU BERDAFTAR KA TAK. SKRG NI PIHAK PERBADANAN DAH SEDIAKAN SATU TAPAK KHAS UTK EJEN2 PARKING, DAN DEPA SUDAH DIBERI PAS KERJA YG BERDAFTAR. TOLONG JANGAN BURUKKAN IMEJ KUALA PERLIS. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. UTK MAKLUMAN SEMUA.. ABG2 KAKAK2.. KOT2 KALAU LEPAS NI NAK PARKING MASUK LANGKAWI, DAN ADA BUDAK2 MOTO TNYA 'NAK PARKING TAK' KALAU BOLEH JGN LAH SOMBONG SGAT SMPAI X BUKA CERMIN LANGSUNG. WALAUPN TAK SUKA PARKING DEKAT DEPA SEKALI PN. X KEMANA SOMBONG KITA TU. WALAU PN KAYA TERA MANA SEKALI PN KUBOQ JUGAK TEMPAT BERHENTI. KADANG2 MANUSIA DEPA PIKIR DEPA JA BETOI. BUAT BAIK DGN MANUSIA NI GANJARAN DIA BESAR. SAYA MINTAK MAAF KALAU ADA TERGURIS HATI SAPA2 DEKAT SINI. APA YG CUBA SAYA SMPAIKAN ADALAH UTK PERIUK NASI SAYA JUGAK. KALAU2 ADA PIHAK X PUAS HATI BLH LA HUBUNGI SAYA 0124623766.

Unknown said...

X SEMUA EJEN PARKING PENIPU. BODOH. SEBAB WUJUDNYA PAGE MCM NI LA EJEN2 YANG JUJUR SUSAH NAK CARI MAKAN. JANGAN SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. LAIN KALI SEBELUM NAK PARKING TANYA DULU TEMPAT PARKING TU BERDAFTAR KA TAK. SKRG NI PIHAK PERBADANAN DAH SEDIAKAN SATU TAPAK KHAS UTK EJEN2 PARKING, DAN DEPA SUDAH DIBERI PAS KERJA YG BERDAFTAR. TOLONG JANGAN BURUKKAN IMEJ KUALA PERLIS. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU. UTK MAKLUMAN SEMUA.. ABG2 KAKAK2.. KOT2 KALAU LEPAS NI NAK PARKING MASUK LANGKAWI, DAN ADA BUDAK2 MOTO TNYA 'NAK PARKING TAK' KALAU BOLEH JGN LAH SOMBONG SGAT SMPAI X BUKA CERMIN LANGSUNG. WALAUPN TAK SUKA PARKING DEKAT DEPA SEKALI PN. X KEMANA SOMBONG KITA TU. WALAU PN KAYA TERA MANA SEKALI PN KUBOQ JUGAK TEMPAT BERHENTI. KADANG2 MANUSIA DEPA PIKIR DEPA JA BETOI. BUAT BAIK DGN MANUSIA NI GANJARAN DIA BESAR. SAYA MINTAK MAAF KALAU ADA TERGURIS HATI SAPA2 DEKAT SINI. APA YG CUBA SAYA SMPAIKAN ADALAH UTK PERIUK NASI SAYA JUGAK. KALAU2 ADA PIHAK X PUAS HATI BLH LA HUBUNGI SAYA 0124623766.

Unknown said...

Dgggvnv

Anonymous said...

Memang merbahaya, hati-hati la bila diikut ulat-ulat motor tu. Kalau boleh jangan layan, kalau nak jawab salam pun jawab ja pastu cakap taknak. Saya pernah cancelkan trip ke langkawi sebab ulat ni. Mula2 dah nak ambik park dgn dia, katanya parking dekat tepi jeti ja. Pastu boleh pulak suruh drop dulu penumpang lain, ikut dia gi parking, nanti dia hantar balik naik motor. Dah sah-sah la bukan walking distance. Last-last saya cakap tak jadi, dia marah-marah.

Kalau nak park di Kuala Perlis, cari sendiri yang macam tanah sendiri dan ada pondok guard ke. Sebabnya, sebelum kes tadi saya pernah park yang kat sebelah masjid tu, bila balik dr langkawi tengok xde orang jaga pun. Alhamdulillah la kereta ok. Maaflah bukan nak burukkan yang buat bisnes betul2 tu, tp klo dah ramai yang duk terkena, kami pengguna ni kena hati-hati la. Kalau rasa periuk nasi korang tergugat, pegi la marah ulat-ulat yang duk menipu tu. Buatla something,kata ada kelab kereta la.

Tips nk gi langkawi klo nak park di Perlis, cari parking sendiri, banyak private parking area selepas jeti tu. Ataupun yang paling selamat, mtk tlg kwn2 htr & suruh dia jaga jap kereta=)

Anonymous said...

Pi langkawi time peak season bukan sesuatu yang bijak=)

Harga kereta sewa 2x ganda
Makanan 2x ganda mahal
Orang sesak kat jetty
Dan yang paling teruk, ulat parking kola gila banyak!!!

Unknown said...

Cari umah adik bradik dekat2 suruh depa mai ambk lepas tu hntaq balik.. free ja. Byk kerenah la hmpa ni. Org nk p bjalan hmpa pn nk p.. cuti la apa laa.. simpan duit bt masuk kuboq.. tang najib ambik duit rakyat 2.6 tu hmpa xkecoh2 cm ni plakk.. takut la tu... ahahahahahaaaa

Unknown said...

Cari umah adik bradik dekat2 suruh depa mai ambk lepas tu hntaq balik.. free ja. Byk kerenah la hmpa ni. Org nk p bjalan hmpa pn nk p.. cuti la apa laa.. simpan duit bt masuk kuboq.. tang najib ambik duit rakyat 2.6 tu hmpa xkecoh2 cm ni plakk.. takut la tu... ahahahahahaaaa

Unknown said...

Cari umah adik bradik dekat2 suruh depa mai ambk lepas tu hntaq balik.. free ja. Byk kerenah la hmpa ni. Org nk p bjalan hmpa pn nk p.. cuti la apa laa.. simpan duit bt masuk kuboq.. tang najib ambik duit rakyat 2.6 tu hmpa xkecoh2 cm ni plakk.. takut la tu... ahahahahahaaaa

Unknown said...

Kerana mulut badan dapat dosa.. jgn kata sesuka hati ja org gilaa.. kita dh sempurna sgt ka

Unknown said...

Kerana mulut badan dapat dosa.. jgn kata sesuka hati ja org gilaa.. kita dh sempurna sgt ka

Anonymous said...

Ni tips nak ke langkawi melalui kuala perlis.

1. Cakap ja x nak atau x yah bkak tingkap kalau ada orang offer parking.
2. Cakap ja dah book keta/hotel kalau ad yg tanya. Keta x sure ad permit untuk sewa kalau diorang offer. Hotel tu klau tnya di mana sja ok, kalau nak tolong booking better x yah. Sama ja jetty langkawi@ kuala perlis.
3. Nak sewa keta pi ja kat kaunter. Bleh survey price ngan jnis keta dlu.
4. Hotel kalau bkan peak season pi ja trus. Banyak yg available sebenarnya. Kalau peak season try booking online.
4. Keta personally prefer jnis yg ad bacaan jarak berdasarkan minyak macam myvi. Snang nak agak, x membazir.
5. Yg penting jg la solat dan beriadah lah dngan gembira.

Anonymous said...

ulat parking dah menggelupur...tu la..buat taik lagi kt org,org pon boleh buat taik kt korang..biar menggelupur cr customer..keje menipu jeee..kalo dah ambil upah parking tu, jaga la btol2..ni duit nak,keje xnk..haram la rezeki tu..xde otak nk fikir ke????mmg sejenis parasit btol..

Anonymous said...

sy baru balik dr langkawi 4/4/2016..masa p kt keta tgok2 kena saman parking..sebelum tu ada tanya ulat tu xpa ka parking kt sini..dia ckp xpa..polis x kacau..last2 kena saman, husband p cari dia smpai ke rumah..amik gambar dia, gambar ic n bg masa kt dia utk setelkan saman..then after one week cek saman rupanya kami kena 2x saman..2hb dgn 4hb..skrg ni dia still x bayar..call x angkat..mybe hujung minggu ni kami p berkampung depan umah dia..jaga2 yer

Anonymous said...

gambar dia, gambar ic, gambar kereta, gambar rumah semua kami simpan..nak main kotoq sangat kn..tggu yer..x ke mana klu hidup tu aniaya org..sesama islam plak tu..pas ni sapa yg nk p langkawi tu hati2 yer..ulat parking ni mmg kojaq..

Anonymous said...

parking di tempat berbumbung dan private pun tak guna. Saya parking ditempat parking private betul2 disebelah jeti kuala perlis tu, berbumbung. Balik dari langkawi kereta saya dimasuki air laut, bateri dah kong! Tanya owner dia boleh cakap air laut naik...selamba jek..makcik owner boleh cakap "tengok kat resit ada tulis TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG bla..bla..bla..kereta saya yang tak boleh start tu tak ditolong langsung! Saya kena carik kawan2 yang ada dikuala perlis tolong hidupkan bateri..owner buat tatau jekk...memang saya serik pegi langkawi dari kuala perlis. Kawan saya org perlis ckp owner parking lot ni memang gengster dan selalu buat hal. Alhamdulillah saya dan famili takde pape. Tapi memang saya tak puas hati betul dengan tindakan diorg tuh. Hati-hati sume! Yang baik tu ada tapi yg jahat lagi ramai

cikgu azizie said...

Adoiii..nak gi 1hb 12 ni risau lak mana nk park kete.. ade suggestion tak? Ade kwn baru balik last week kata ulat parking bnyak dari yg sblom ni.. berebut kejar kereta masuk..dia kata bile je cari sendiri tanpa bantuan tukang jaga tu..tp risau sbb kete jd masalah bila ditinggalkan.. ishh rase nak cancel pulak cuti2 ni..
Ade siapa2 bole contact tak org jujur di sana..hihi

cikgu azizie said...

Adoiii..nak gi 1hb 12 ni risau lak mana nk park kete.. ade suggestion tak? Ade kwn baru balik last week kata ulat parking bnyak dari yg sblom ni.. berebut kejar kereta masuk..dia kata bile je cari sendiri tanpa bantuan tukang jaga tu..tp risau sbb kete jd masalah bila ditinggalkan.. ishh rase nak cancel pulak cuti2 ni..
Ade siapa2 bole contact tak org jujur di sana..hihi

Unknown said...

Saya pun nak pi bulan doblaih ni. Memang risau sebab besa kena dulu dulu. Tau yang dok pi bukak segala blog dok cari tips. Dengan keta pun besa kena, dengan moto pun besa kena. Kita parking moto, tempat berbumbung. Bila balik mai, mamat mamat yang jaga parking tu sekoq pun takdak. Pastu moto takleh start. Bila check tengok ropanya depa buat hot wire dan lenjan moto tu sampai minyak kering. Pastu adaa kesan cubaan kumpil tudung minyak....nampak sangat naik sampai minyak abih pastu try nak buka tudung nak isi balik. Bila tajleh buka, depa tinggai camtu ja. Memang terbakaq dada. Tu nak pi pulak ni dok rasa seriau. Yang dok backing depa ni tolong dok diam diam. Tak kena jangan dok bersora.

cikgu azizie said...

Kannn..susah jugak camni.. redha jdla nampaknya.. miga Allah swt permudahkan urusan kita semua nnt kat sana..

Anonymous said...

Kalau ada no hp parking private direct owner share la sini..blh kami booking siap2 parking. Kalau mamat2 tu tanya kita dh blh ckp dh ada tmpt parking.dulu pnh simpan no sblh jetty tu tp x tau hilang mana no.

Anonymous said...

bawa kete masuk langkawi je kot..puas ati..pakai kete sendiri..sat2 sewa kete mahal..pastu kualiti ampeh...biar pakai kete sendiri...byr RO RO pn xpe..xyh risau parking nk tggl kete kt jeti

Anonymous said...

Ya betoi..depa serupa penyamun yg lapaq nasi....asal duit apa pun depa bedal....kuala perlis sucks...

Remymawar said...

Dengan cara tulisan blogger ni mmg nmpk sgt isi hatinya..patut la kena dgn apa yg dilaluinya..Allah Maha Adil.

Anonymous said...

Assalam..kepada yang pernah terkena atau belum terkena..sy minta maaf bagi pihak negeri Perlis sendiri..saya selaku rakyat Perlis juga sedar akan hal ini dan mmg da lama bersabar dengan tindakan mereka..tapi jangan la kerana sebab mereka anda takut nak ke perlis atau ke langkawi melalui k.Perlis..cara terbaik untuk anda parking, first cari sendiri tempat parking..tapi yang ni kena ambil risiko ckit la sbb mmg xde org jaga..kbyakan ulat parking 2 pown mereka akn park kereta tuan2 puan2 kt tmpt parking x brbayar pown cntoh tepi2 jalan,dlm umh orang..bkn tmpt parking brdaftar jadi jimat duit kalau cari parking sendiri..cara yg kedua,parking la di kawasan hotel..harga yg dicas lebih kurang sama saja..dan yg penting jauh lebih selamat..antara hotel yg boleh parking brbayar ialah Hotel Seaview..prgi ke kaunter dan ckp nak prking..nnt dorg akan wat resit..lebih trjamin dan selamat..hotel lain sy x pasti samada mereka sdiakan khidmat parking atau x..harap dgn coretan ini dpt membantu anda utk dtg ke k.perlis tanpa ditipu..

Anonymous said...

apa boleh buat dol..kat sana apa ja yang ada, klu tak menipu memang takleh cari makan gamaknya. PBT pun tunggul jugak kot patut sebat ja ulat2 tak bermaruah pundek ni. Segelintir buat taik bana, yang lain memang terkene tempias la kan. Melenting2 pun tak guna jugak, kalau korang orang sana cuba buat penambahbaik,takat kecoh mcm jaguh kampong ja tak guna sebab menda ni realitinya, asal musim cuti ja ada yang kena tipu. balik2 pusing itu je ceritanya.

Anonymous said...

TQ kpd blogger & komen. Mula2 cadang nak guna kuala perlis tapi lepas baca ni, tak jadi.

Norazrizal Aswad said...

Saya salah seorang owner parking. Minta jgn kerana nila setitik, rosak susu semua.. Tak semua yang naik motor tu buat kerja tak betul.. Saya pun pakai runner nak fight dgn yg buat kerja tak betul.. Apa2 pn, tgk parking dulu baru bayar.. Atau boleh contact saya saja 0124732787.. Parking berbumbung rm10 saja..

Anonymous said...

Pernah terkena jugak dengan ulat parking ni. Dia hantar ke tempat parking private depan rumah owner. 3 hari RM45. Lepas parking elok dia hantar semula ke jeti. Kat resit letak 2 no telefon utk pickup masa balik nanti. Masa balik nak ambik keta dia buat hal tak angkat telefon. Dah lama call baru angkat. Tapi bini dia yg angkat fon. Alasan kata laki dia sibuk ambik customer. Tapi tak nampak bayang pun lalu lalang kat area jeti. Nombor 1 lagi dia bagi nombor orang lain. Wrong number. Tunggu dekat 1/2 jam last2 aku jalan kaki pi ambik keta. Nak kena hati2 dengan segelintir ulat parking yang dok tahan keta kat simpang tu. Serik rasa nak pi Langkawi ikut kola perlih.

Amm said...

Aku nk g bulan ni nk park mana ad cadangan

Unknown said...

Parking kat Kuala Perlis tempat paling menjengkelkan dalam Malaysia. Ulat ulat taik ni dah buat pela?cong geli.Sehari rm10. Pastu suruh letak kete kita merata tpi jalan. Low class minded minded sungguh majlis perbandaran sana

Anonymous said...

Bayar bape pon xkisah tp biarlah sesuai dgn bayarannya..masa nk pegi kemain baik bahasa,bila kita call sbb nk balik ambil kereta,kita lak kena marah..katanya pemalas nak jalan..wahai runner lelaki muda,motor ex5 kaler itam..insaflah makan duit org cara mcm tu..nasib baik tempat kamu,klu tempat aku..mmg aku pijak muka kau sbb marah2 keluarga aku..kami bercuti dan nak seronok2 tp dpt makian..kamu lebih hina dari seekor anjing..maaflah bahasa kesat..tp aku mrh sbb mak aku pon kena marah,org tua xlarat nk jalan jauh..dia kata mengada2.. Aku sumpah kau mampos kat sana..

Anonymous said...

Semua komen yg ada kat sini, dari 2012 hingga la 2019, 95% menggambarkan teruknya kualiti perkhidmatan parking di Kuala Perlis. Tiada penambahbaikan sepanjang hampir 8 tahun servis ini beroperasi. Ini standard mentaliti org Melayu. Menipu & berpuas hati dgn untung jangka pendek saja. Kalau dpt peluang ini kpd org Cina, mereka pasti akan mengadakan kawasan parking yg terbaik, berbumbung & moden, multistorey, siap ada 3layer security systems termasuk 24hr pengawal beruniform, perimeter fencing, CCTV & alarm, pintu masuk berpalang otomatik & boleh bayar guna touch & go. Kalau Cina maju, org Melayu jgn dengki pulak!! Dah servis awak mcm haramjadah!!

Anonymous said...

0192106227
Parking sebelah jety
Sekarang parking dah Ada persatuan
Arahan KP perlis
Kalau Ada apa blh terus hubungi balai or ipk perlis

Anonymous said...

Sekarang bdk parking dah berdaftar dengan Ros
Seberang info blh cal terus ipk
Xyah duk dengar cakap kosong

cikgu azizie said...

Terima kasih info ya.. Alhmdulillah..