Friday, August 5, 2011

RUMAH DAH MENJADI GALERI


Foto : Prof Dr. Sidin
Galeri ini di SS2 Petaling Jaya asalnya adalah rumah teres dua tingkat. Di hadapannya Public Bank dan betul-betul menghadap persimpangan jalan.

Rumah ini banyak mengukir kenangan kepada saya ketika ‘duduk bujang’ bersama-sama rakan-rakan lain. Rumah lima bilik ( 4 di atas, satu di bawah) adalah milik seorang taukeh emas berasal dari Kelantan yang membuka perniagaan di Kampung Baru.

Kami menyewa rumah ini di sekitar pertengahan tahun 80an. Saya diamanahkan oleh rakan-rakan untuk jadi mengutip sewa.

Antara rakan-rakan yang menyewa ketika itu, Prof Dr Mohd Sidin Ahmad Ishak (Profesor Pengajian Media di Universiti Malaya), Mustapha Kamil Ayub (bekas Naib Presiden PKR), Datuk Sallehuddin Saidin (peguam berprofail tinggi), adik saya Dato Mohd Nasaee (ahli perniagaan dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Perak) serta rakan-rakan lain seperti Zaidan dan Paisol pemimpin ABIM bekas graduan Universiti Kebangsaan.

Nanti cerita lagi…….

2 comments:

Sid Ahmad Ishak said...

Rumah yang meninggalkan banyak kenangan. Semoga terus gembira dan berbahagia bagi rakan-rakan-rakan yang pernah hidup bersama...

LEKLOOK said...

Terima kasih Prof. Semuga kita dpt terus berhubung.