Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.
Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.
Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
3 comments:
MB Selangor daripada PKR terus membela mereka. Apa kata Nik Aziz? Nak pilih agama atau kelangsungan politiknya?
Salam Bro... Dalam isu ini, haruslah kita yg Islam ni cermin2lah diri, kenapa saudara seIslam kita terdesak untuk menagih simpati dan wang ehsan badan agama lain... Memang senang kita salahkan pihak gereja memancing penganut, tapi jika ukhwah sesama kita kukuh, saling jaga menjaga sesama kita, tak kira bangsa, kaum dan darjat, sudah tentu kebajikan mereka ini terjamin. Berapa keratlah org kita yg ambil berat tentang saudara seagama di sekeliling kita, terutamanya di kota-kota besar yg terlalu dinamis sehingga kita kurang kenal meskipun bergelar "jiran"... bimbang dikatakan "menjaga tepi kain orang"...
Dah lama tak jumpa saudaraku dr Jalan Liku ni... apa khabar?
Bukankah perlembagaan terang2 menjanjikan kebebasan beragama? Jika pemimpin2 kita yg terdahulu tahu menghayati agama Islam, barangkali tidak wujud masalah murtad ini. BN lebih menyanjung perlembagaan drp Islam, jadi kenalah kita mengalah dlm bab hak memilih agama...
Post a Comment