Thursday, June 17, 2010

MASJID WAK TANJUNG


Masjid Wak Tanjung di Paya Lebar Singapura dihimpit pembangunan. Di sebelah depannya kondominium mewah manakala di belakangnya stesen SMRT. Kawasan kediaman Melayu di Geylang itu sudah tidak bercirikan kemelayuan melainkan masjid berkenaan.

Disebabkan kawasan terhad, tandas dan tempat mengambil wudhu dibina di dalam tanah di bawah masjid itu.

Jika mahu makan nasi padang perlu ke kompleks bersebelah stesen MRT di gerai Mas Nasi Padang. Wak Masril sedia menunggu bersama isterinya dengan hidangan special ayam rempah. Gerai berkenaan disewanya SD7,000 sebulan, namun masih menguntungkan kerana bukan saje orang Melayu menjadi pelanggannya.
Wak Masril menikmati masakan isteri di gerainya.


Pelanggan Mas Nasi Padang terdiri pelbagai bangsa.

No comments: