Ketika majlis berlangsung di bawah, cucu-cucu berumur pra-sekolah bermain kejar-mengejar di tingkat atas. Seorang (anak Hilal) luka di dahi kerana terlanggar almari kaca.
Nasib baik ada ahli keluarga yang jadi doktor (Dr Zabidi) dan dua jururawat emak (Ratu dan Cici). Bilik rawatan emak dijadikan klinik untuk menjahit luka anak Hilal. Maka berkerumunlah adik-beradik dan anak buah melihat Zabidi jahit dahi macam jahit baju.
Ambulan yang datang malam itu hanya membawa peralatan surgeri dari klinik desa berhampiran.
No comments:
Post a Comment