Wednesday, February 27, 2019

Yang merosakan UMNO Tun Mahathir

Yang merosakan UMNO itu ialah TunM. Allahyarham Tun Razak pernah berpesan bahawa UMNO ini kan runtuh jika ada yang mengkianatinya dari dalam UMNO sendiri.

TunM memulakan serangan dari dalam semasa dia mula menyerang TunKu Ab.Rahman Perdana Menteri pertama dan Presiden ketika itu sehingga TunM dipecat.

Tun Razak mengambil semula TunM sehingga selepas Tun Razak meninggal Tun Hussein Onn ambil TunM sebagai Tim. Perdana menteri tetapi Tun Hussein ditekan sehingga melepaskan jawatan.

Semasa TunM menjadi PM dia mahu semua orang ikut cara dia akhirnya Tun Musa terpecat, selepas itu Tun Ghaffar pulak diperlagakan nya dengan DSAI, selepas itu DSAI pulak dipecat dan dituduh salah laku dan meliwat. semua ini jelas seolah2 TunM tidak mahu ada yang mengatasinya.

Diera TunMlah UMNO bermusuh dengan PAS, dan di zaman TunMlah isu kafir mengkafir timbul kerana cara TunM sangat kejam dengan PAS sehingga terjadi peristiwa Memali.

TunM berundur kerana kononnya ingin bersara setelah 22 tahun jadi PM dan diganti dengan Tun Abdullah Badawi tetapi TunM mula serang Tun Abdullah kerana Tun Abdullah tidak mengikut kehendak dan acuannya TunM sanggup keluar UMNO sebagai tekanan kepada Tun Abdullah.

Sehingga Tun Abdullah kata jika dia ikut cakap TunM negara akan Bankrap.

Tun Abdullah melepaskan jawatan kepada DSNajib dan TunM masuk semula UMNO tetapi mula menekan DSNajib apabila kehendaknya tidak di ikuti oleh DSNajib. TunM sanggup keluar semua UMNO dan tubuh PPBM untuk menekan DSNajib.

Akhirnya DSNajib berjaya ditumbangkan dengan memfitnah dengan isu derma 2.6B dan 1MDB. akhirnya bukti pun tak ada dan mula mencipta fitnah baru dengan menuduh DSNajib terlibat dengan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi. ianya juga tak jalan kerana Polis mengesahkan DSNajib tidak terlibat dlm kes2 tersebut.

DSNajib di tuduh dibawah AMLA kerana kes 1MDB dan 2.6B tidak menunjukkan sebarang bukti salah laku DSN. tunM mula menyusun orangnya untuk mengawal badan kehakiman dan AG dan ini akan membuat beliau berjaya menamatkan riwayat politik DSNajib nanti.

Sebenarnya TunMlah yang menjadi pemusnah dan perosak UMNO dari dalam UMNO lagi seperti ingatan Allahyarham Tun Razak itu..

Sekarang walau di luar UMNO TunM terus2an cuba mengambil alih UMNO. Sebenarnya ahli UMNO lebih 3 juta orang itu telah tertipu dengan gerakan licik TunM selama ini. Kini UMNO sedar dan PAS juga sedar sebenarnya yg memusuhi PAS ada lah TunM bukan UMNO.

Sebab itu kesepakatan UMNO/PAS ini sangat menghantui TunM sekarang sehingga sanggup menganggap UMNO kafir.

Langit tidak selalunya cerah dan TunM akan pasti menerima pembalasan atas pengkianatannya terhadap UMNO.

Tidak hairan jika pengakhiran Politik TunM dia dijatuhkan secara hina dan hilang penghormatan rakyat terhadapnya.

~BAW~

Tuesday, February 12, 2019

ZAHID BERTANGGUNGJAWAB MENYELAMATKAN ASET DAN MP UMNO DARI JATUH KE TANGAN MAHATHIR


Oleh : Lokman Adam

Saya ditanya oleh pihak wartawan, apa pandangan saya tentang kenyataan Presiden UMNO, Dato Sri Zahid Hamidi bahawa beliau akan kembali menjalankan tugas Presiden UMNO apabila berlaku peristiwa besar tidak lama lagi.  Diperingkat awal, saya tidak bercadang untuk menjawab isu ini, memandangkan PRK Semenyih sudah terlalu hampir.  Namun, apabila Hamzah Zainuddin dan 5 MP UMNO yang terjebak menjayakan agenda Mahathir mendesak Dato’ Seri Zahid bercuti, mengingkari janji mereka, maka saya gagahi tangan ini untuk menjawab isu tersebut.

Ingin saya tegaskan disini bahawa saya sangat setuju, Dato’ Seri Zahid Hamidi kembali menjalankan tugas beliau sebagai Presiden.  Sejak dari awal saya tidak bersetuju dengan keputusan Dato’ Seri Zahid untuk tunduk kepada permintaan kumpulan minoriti yang diketuai Hamzah Zainuddin.  Dato’ Seri Zahid adalah Presiden yang dipilih oleh ahli, tidak ada siapa berhak untuk buang beliau dari jawatan tersebut kecuali Perwakilan UMNO Bahagian-bahagian. 

Jika ada dikalangan Kepimpinan UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian, mereka hanya ada 3 pilihan :

1. Mereka boleh ikut cara Tun Mahathir pada 3 September 1998 dengan memecat keahlian Anwar.  Seperti Anwar yang menjawat jawatan Timbalan Presiden, jawatan Presiden juga hanya akan hilang jika Zahid dipecat sebagai ahli.  Saya tidak fikir Ahli MT yang teringin sangat melihat Zahid berhenti, berani untuk mengambil pendekatan kuku besi Mahathir.
2. Mereka boleh mengumpulkan tandatangan 2/3 dari jumlah 191 Ketua UMNO Bahagian untuk mengadakan Mesyuarat Agong Khas bagi melucutkan jawatan Presiden.  Kemenangan Dato’ Seri Zahid adalah apabila lebih dari separuh jumlah UMNO Bahagian mengundi beliau sebagai Presiden.  Ini bererti, mereka tidak akan berjaya untuk mengumpulkan 2/3 tandatangan Ketua UMNO Bahagian, apatah lagi untuk mempengaruhi 2/3 daripada perwakilan  UMNO Bahagian-Bahagian untuk memecat Dato’ Seri Zahid.
3. Mereka boleh terus membenci Dato’ Sri Zahid dan jayakan agenda Mahathir untuk menumbangkan Dato’ Seri Zahid dari luar parti seperti Hamzah Zainuddin.  Itu sahaja pilihan yang mereka ada jika masih tidak boleh menerima keputusan pemilihan parti 2018.

Namun saya tidak dapat hendak bersetuju dengan kenyataan Dato’ Seri Zahid bahawa beliau mahu menunggu sesuatu perkara besar berlaku.  Adakah beliau mahu menunggu UMNO jatuh ketangan Mahathir baru beliau mahu mengalas semula amanah yang ahli letak dibahu beliau?  Tiga insiden besar yang berlaku kebelakangan ini jelas menuntut beliau kembali bertugas :

1. Kejadian anih Dato’ Yahya Jalil, kroni Mahathir yang kaya raya kerana dibayar pampasan RM250 juta akibat pembatalan Jambatan Bengkok, dikatakan melantik dirinya sendiri menjadi Chairman Putrade, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan mengurus harta UMNO iaitu Bangunan UMNO dan Institut Latihan Memperkasa UMNO di Jandabaik.  Saya tidak fikir ahli UMNO yang siuman boleh terima aset UMNO diletak ditangan musuh untuk menguruskannya. Apatah lagi bila YB Rara ADUN DAP dibawa masuk dalam pusat latihan keramat itu oleh Yahya Jalil.
2. Penjualan 31.6% saham UMNO di dalam Utusan Malaysia dengan harga hanya RM6.65 juta ringgit.  Sedangkan nilai aset Utusan Malaysia melebihi 500 juta ringgit.  Apapun alasan yang boleh dibentangkan oleh mereka yang terlibat, saya yakin pihak yang diamanahkan menjaga Utusan ketika nilai sahamnya RM 0.30 seunit sehinggalah nilainya tinggal RM 0.10 seunit, tidak akan membeli saham Utusan sekiranya hutang Utusan melebihi nilai aset seperti dilaporkan.  Pasti ada sesuatu yang disembunyikan.
3. Sungguhpun Hamzah Zainuddin memberikan kata dua, samaada Dato Zahid bercuti atau lebih ramai akan keluar, hari ini didalam keadaan Tugas Presiden digalas oleh Timbalan Pesiden, beliau dan 5 yang lain tetap menyertai Bersatu. Dari awal saya sudah katakan, usah tunduk dengan ugutan Hamzah Zainuddin.  Bila dalam hati sudah terlintas hendak khianat parti, apa jua tuntutan mereka yang kita penuhi, mereka tetap akan khianat parti. Takkan kita hendak suruh Tok Mat Hassan cuti pula untuk elak dari lebih ramai keluar parti?

Bila Mahathir berani terima 6 orang ini memasuki Bersatu, ini bermakna beliau sudahpun bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim dan mungkin dia sudah berjaya meyakinkan DAP.  Perkembangan terkini menunjukkan Mahathir sudah istihar perang, dan Mahathir hanya akan istihar perang bila beliau ada jumlah MP yang cukup bersamanya untuk membentuk kerajaan tanpa MP yang menyebelahi Anwar.  Dalam erti kata lain, bersedialah untuk menerima hakikat bahawa pasti ada lagi 20-24 orang MP UMNO akan seberang ke Bersatu.

Berdasarkan apa yang berlaku, saya menyeru kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi untuk kembali melaksanakan amanah yang ahli pertanggungjawabkan keatas diri beliau, iaitu sebagai Presiden UMNO.  Sekiranya beliau keberatan untuk mengalas tugas ini, ada baiknya diserahkan semula kepada ahli untuk memilih siapa yang mereka mahukan sebagai Presiden dengan mengadakan Pemilihan UMNO. 

Dato’ Seri Zahid perlu memimpin serangan ke atas Pakatan Harapan dengan penuh ketegasan.  Jangan biarkan Dato Seri Najib berperang sendirian.  Berapa banyak pendakwaan sekalipun yang dilakukan terhadap diri beliau, ianya sepatutnya mengukuhkan lagi daya juang beliau, bukan melemahkan semangatnya.  Kami ahli-ahli UMNO akan tetap bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang dianiaya Pakatan Harapan, walaupun diakhir perperangan ini MP Umno yang bersama kita hanya tinggal kurang dari 10 orang.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
12hb Februari, 2019

*Kerajaan Kakistokrasi: Harapan Tinggal Harapan*

Apabila Pakatan Harapan memenangi PRU-14 dan Tun Mahathir dipilih untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, pengundi PH sangat yakin bahawa Tun Mahathir mempunyai 'the magic formula' untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia.

*Tun Mahathir Gagal*
Malangnya, setelah 9 bulan, ternyata harapan hanya tinggal harapan. Rakyat Malaysia tidak merasai perubahan yang dijanjikan. Harga barang tidak turun. Saraan hidup semakin membebankan. Ekonomi tidak bertumbuh dengan baik. Ringgit tidak semakin kukuh, malah jatuh. Kualiti hidup rakyat tidak lebih sejahtera. Malah, 'the rule of laws' yang dicanang-canangkan pun tidak kelihatan terserlah. Sebaliknya integriti badan berkaitan semakin dikecam dan dipersoal.

Apabila Manifesto PH tidak ditunaikan, pelbagai alasan diberikan. Yang paling kerap dikitar semula adalah hutang negara begitu banyak sehingga tidak memungkinkan Kerajaan melaksanakan janjinya. Tiada naratif lain, hanya hutang. Yang peliknya, pada masa yang sama, mereka tambah lagi hutang negara.

Tun Mahathir turut menggambarkan bahawa sistem pentadbiran awam sebagai gagal dan memerlukan pemulihan radikal. Sedangkan, sepanjang 9 bulan lepas, perkhidmatan awam berjalan sahaja dengan baik dan sikap profesional penjawat awamlah yang telah memudahkan proses peralihan kuasa berjalan dengan teratur dan baik. Sudahnya, tiada pelaksanaan kepada perubahan radikal yang dijanjikan.

*Deja Vu Zaman Dahulu*
Kemudian beliau menggambarkan pula UMNO dan BN telah hancur dan musnah. Tetapi UMNO dan BN terus hidup, sudah boleh menerima kekalahannya dan mula dibangunkan kembali dengan iltizam yang sangat jelas oleh kepimpinan baru. Malah menang pula dalam pilihanraya di Cameron Highlands.

Susulan kemenangan tersebut, Tun Mahathir menghentam PAS kononnya PAS bekerjasama dengan 'parti kafir'. Ternyata Tun Mahathir sangat marah kerana di sebalik kehadirannya di Cameron Highlands bersama pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan Harapan, orang Melayu dan orang Asli terus berkeras menolak mereka.

Sewaktu di Oxford, bila berhadapan dengan seorang anak muda pintar Singapura, Tun Mahathir jelas dipintas kebijakannya. Bila diasak dengan soalan yang objektif sifatnya, ternyata Tun Mahathir melenting tanpa usul periksa dan gagal menjawab soalan yang diajukan. Lain ditanya, lain pula dijawabnya.

Jemaah Menteri pula secara umumnya sangat kucar kacir. Dalam kes ECRL dan pelbagai isu nasional yang lain, pelbagai kenyataan yang saling bercanggah dapat kita lihat. Perkara ini menggambarkan kegagalan Tun Mahathir dalam memberikan kepimpinan kepada anggota kabinetnya. Mereka sebaliknya hanya disuruh menutup mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Akhirnya, kita sebagai rakyat juga yang terus terpinga-pinga tentang status sebenar projek mega ini.
Kerajaan Kakistokrasi

Apa yang boleh kita rumuskan? Tun Mahathir tidak lagi mempunya 'formula ajaib' untuk Malaysia. Era beliau telah berakhir. Selama 9 bulan PH memerintah,  tiada pemikiran serta kecerdasan baru yang kita boleh dengar untuk Malaysia. Ini bukan 'a new Malaysia but a miserable Malaysia'. Malaysia yang terperangkap dengan keghairahan mendamba pembaharuan tetapi sangat tersepit dengan pemikiran lama, naratif lama dan pendekatan lama. Kereta nasional, dasar pandang ke timur, pelaburan Jepun, persengketaan berterusan dengan Singapura, serangan ke atas ringgit oleh Amerika. Semuanya deja vu yang kembali bertalu-talu. Perkara dan dasar sama diulang-ulang.

Semua perkara ini mengubah secara drastik persepsi dan kepercayaan orang Melayu kepada kerajaan PH. Lihat sahaja dapatan dari Ilham Centre dan keputusan pilihanraya Cameron Highlands baru-baru ini. Bersatu masih terlalu jauh dari menjadi alternatif kepada UMNO.

Penolakan ini kerana orang Melayu sebenarnya sangat rasional. Mereka tahu bahawa Tun Mahathir telah melewati zamannya dan Kerajaan sekarang adalah sebuah jemaah kakistokrasi. Negara ini tidak boleh dibiarkan tanpa hala tuju yang jelas pasca Mahathir. Apatah lagi Tun Mahathir sekarang bukan seperti Tun Mahathir yang dulu. Seorang 'Ultra Melayu' yang semakin pudar pendiriannya terhadap kepentingan Melayu semenjak bersahabat dengan DAP yang tidak pernah berganjak dari 'no religion, no race Malaysian Malaysia". Ditambah pula dengan jentera kerajaan yang tidak berpengalaman, tidak bermuafakat dan saling berdolak dalih antara satu sama lain.

*Kebimbangan Melayu*
Kebimbangan orang Melayu ini berasas. Sebagai peribumi, orang Melayu mahukan Kerajaan yang boleh memelihara kepentingan tanahair mereka kerana inilah satu-satunya yang mereka ada. Orang Melayu tidak keterlaluan dalam permintaan mereka. Mereka bukan punya wang yang banyak, syarikat dan konglomerat besar serta harta di luar negara. Mereka bahagia dengan tanahair yang dikongsi dengan bangsa lain secara aman dan damai.

Tetapi, orang Melayu mahu hak mereka, agama mereka dan bahasa mereka dihormati. Bangsa Melayu, walau moden dan maju bagaimana sekalipun, pasti akan terus berpegang kepada akar identitinya. Tiada kepentingan nasional atau ideologi politik yang dapat mengatasi semua ini.

Orang Melayu mahu isu mereka didengar dan diselesaikan. Isu ekonomi, isu pendidikan, perlindungan kehidupan beragama. Saya ingin tegaskan, inilah kelebihan terkuat UMNO/BN yang sebenar sebagai sebuah parti. Keseriusan BN membangun peluang ekonomi dan solusi kepada kehidupan masyarakat Malaysia adalah penentu dalam banyak perkara. BN sentiasa memastikan wujud tawaran ekonomi dan dasar pembangunan yang jelas, tersusun dan adil untuk semua. Paling penting, BN tidak mengeksploitasi Islam demi kemenangan.

*Jalan Hadapan*
Justeru, rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu mesti mencari pedoman baru untuk negara yang telah berubah ini. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Tun Mahathir untuk mengemudi Malaysia. Kita berterima kasih kepada sumbangan beliau.

Tetapi kita harus mengambil pandangan jauh. Harus pandang ke hadapan. Malaysia ini lebih penting dari hanya sengketa Tun Mahathir dan Najib Razak. Lebih penting dari kita membuang masa cuba meneka-neka sama ada persefahaman antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang itu tulen atau mereka sekadar bermuka-muka. Semua itu sangat merugikan bangsa Melayu, dan Malaysia.

Ingatlah ramai orang Melayu yang memilih PH bukan kerana mereka terlalu mahukan Tun Mahathir, tetapi kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan lama dan masalahnya. Jadi, adalah sangat tidak bertanggungjawab jika Tun dan kerajaan hanya menyerahkan nasib negara ini untuk dicorakkan oleh sekelompok kakistokrasi yang semakin mencemaskan.

Justeru, UMNO DAN PASmesti tampil mengemukakan dasar alternatif kepada rakyat Malaysia dari semasa ke semasa. Pengalaman panjang UMNO mentadbir negara ini sangat terbukti dalam pelbagai perkara. Pembangunan, ekonomi, dasar luar. UMNO juga berjaya mengurus kemajmukan Malaysia dengan baik sekali. Cuma UMNO sekarang ini melalui apa yang saya panggil 'the national race for Malaysia's progress, competitiveness and prosperity'.

Kita tidak akan membiarkan rakyat Malaysia terus terpesona dengan 'Tun Mahathir dan kenegarawanannya'. Untuk itu, UMNO mengajak rakyat Malaysia, bersungguh-sungguh kembali kepada realiti masa hadapan tanahair kita. Kita mesti ingat, membangunkan Malaysia, khususnya bangsa Melayu, tidak lagi boleh disandarkan kepada individu. Tetapi kepada kebingkasan rakyatnya. Malang bagi Malaysia, jika negara ini  akhirnya terperangkap dengan kakistokrasi.
SAMA2 KTA SOKONG PENYATUAN UMNO DAN PAS DEMI ISLAM DN MLAYU
*Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin*
*Naib Presiden UMNO*
*5 Febuari 2019*

Monday, February 4, 2019

MELAYU... OH MELAYU (sebagaimana yang diviralkan)

Yang bawa kaum cina ke sini buka lombong timah... orang British.

Yang bawa kaum india jaga ladang getah ke sini... orang British.

Yang Benggali pula ikut orang British kesini jadi askar...

Bila orang british balik negeri dia suruh India, Cina dan Benggali duduk sini elok2...

British suruh Melayu buat macam adik beradik...

Itu syarat beri merdeka...
Melayu berlapang dada...

Melayu beri kerakyatan kpd pendatang yang menumpang...

Raja Melayu tanda tangan.

Merdeka...! Merdeka...! Merdeka...!

Cina India nak buat sekolah...
Melayu kata buatlah...

India nak buat kuil besar mana pun...
Melayu kata buatlah...

Cina tebang balak sampai botak hutan...
Melayu kata tebanglah...

Cina korek lombong timah sampai tinggal pasir.
Melayu kata koreklah...

Pasir lombong yang tinggal cina nak jual.
Melayu kata juallah..

Tanah bekas lombong, cina nak ambil pajak sampai 999 tahun lamanya.
Melayu kata ambillah..

India buat kumpulan gengster pun.
Melayu kata tak apalah...

Wakil rakyat India kata Melayu Celaka..!
Melayu sabar diam aje...

Wakil Rakyat Cina dan India kata Melayu pendatang..!
Melayu senyum diam aje...

Ahli Majlis Perbandaran buang tulisan Jawi ganti tulisan Cina.
Melayu tak kisah buatlah...

Hari ini Melayu nak Azan Subuh orang cina dan india bising bantah. Melayu tutup pembesar suara tak mahu jiran terganggu...
Melayu diam sabar lagi...

India kata khatankan anak perempuan islam jenayah, kelam kabut Menteri Melayu Buta Kayu nak tanya doktor..!

Cina kata pondok tahfiz, perkauman, teroris Menteri Agama Melayu Pak Turut suruh tutup pondok tahfiz...

Hati orang cina india wajib dijaga...
Melayu diam lagi...

Mereka buat semua itu sambil tuduh...

Melayu rasis...!
Melayu pelampau...!
Melayu diam lagi...

Hebat orang2 Melayu melayan... yang dulunya tetamu kini menjadi Tuan Rumah Bersama...!

Esok2 entah2 mungkin tidak berumah lagi..!

SEBENARNYA KITA BUKAN BERTOLAK ANSUR TAPI KITA DITOLAK BERANSUR-ANSUR...!!!

FIKIR2KAN....

Ayuh bangkit lah... Org. Islam wajib bersatu
Jgn jadi melayu kayu Dan layu..
SABAR ADA BATASAN
SABAR JGN HINGGA. DIRI KITA TIADA TANAH UNTUK KITA

Monday, January 28, 2019

KISAH NST, DEDAK DAN KREDIBILITI


Mengapa akhbar New Sunday Times di bawah NST Group tidak menyiarkan walau sepatah perkataanpun kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands pada muka depan akhbar itu hari ini?

Ia agak menghairankan. Berita yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia, seperti tiada nilainya bagi NST.

Ketika media lain menyajikan sama ada sekadar cebisan, kecil mahupun besar berita keputusan PRK itu, NST kelihatan mahu menyorokkan berita tersebut.

Tetapi sekiranya Pakatan Harapan menang walaupun tipis, pasti ia akan menjadi laporan penuh muka depan melimpah ke muka belakang (wrap around).

Segala janji pengurusan baru editor NST Group diketuai Mustapha Kamil untuk lebih terbuka dan adil, hanyalah retorik kosong.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Editor (semasa berada di luar NST), beliau ghairah menuduh media arus perdana termasuk NST sudah tiada kredibiliti dan menjadi alat kerajaan.

Malah Mustapha seperti juga Datuk Kadir Jasin kerap menuduh pengamal media arus perdana sebagai pemakan dedak. Kini tanpa rasa malu, mereka menjilat ludah sendiri.

Siapa yang menjadi alat kerajaan, siapa yang sudah hilang wibawa, siapa yang tabur janji palsu dan siapa sebenarnya pemakan dedak?

Ini bukan kali pertama NST sejak di bawah teraju Mustapha (yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan) tidak objektif, tidak adil dan tidak seimbang dalam laporannya.

Hampir saban hari itu yang berlaku, penuh ampu dan bodek sehingga muntah untuk membaca NST dan juga Berita Harian (di bawah Kumpulan NST).

Elemen kritis apatah lagi keberanian untuk mempersoalkan serta membantah banyak kepincangan kerajaan, langsung tiada. Mustapha hanya ikut telunjuk Kadir dan Tun Mahathir.

Inilah kebebasan dan keterbukaan media di bawah era Malaysia Baharu, yang sebenarnya berundur ke belakang.

Amatilah betapa hodohnya kebebasan media mengikut Pakatan Harapan. Ketika berkuasa, mereka lebih buruk daripada kerajaan BN.

Tidak kurang memalukan adalah laporan Bernama yang tidak lagi profesional dan bebas sebagaimana sebelum ini. Terdapat beberapa laporan Bernama seperti laporan Roket iaitu organ media DAP.

Bernama sebagai agensi berita tidak sepatutnya memihak secara ketara. Contohilah agensi berita negara-negara lain.

Inilah masalah apabila Pengerusinya, Datuk Seri Azman Ujang terlampau bermain politik, oportunis dan menjadi lalang yang mudah ditiup angin.

Dahulu ketika era BN, beliau licik membodek dan kini pada era Pakatan Harapan, lagi galak membodek malah menjadi suara DAP. Ramai wartawan dan staf Bernama, kecewa melihat hilangnya kredibiliti Bernama sekarang.

Satu lagi media yang mengecewakan adalah Astro Awani. Sentiasa ada sahaja usaha untuk menafikan BN dan Pas sebaliknya menjadi alat Pakatan Harapan secara terang-terangan.

Kemenangan BN di Cameron Highlands semalam misalnya dilaporkan secara sinikal dan angle yang menampakkan seolah-olah ia bukan kemenangan sebenar.

Mereka lupa dalam demokrasi menang apatah lagi majoriti besar adalah kemenangan kepada rakyat dan demokrasi. Hormatilah keputusan rakyat.

Nampaknya Kumpulan NST, Bernama dan Astro Awani kini bukan lagi berorientasikan rakyat tetapi menjadi alat kerajaan semata-mata. Memalukan dan tiada kelas.

Dengan NST, Bernama dan Astro Awani semakin tidak relevan, rakyat akan lebih banyak beralih kepada media sosial sebagai sumber rujukan.

Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh media arus perdana yang menyokong kerajaan secara taksub akan makan diri.

Sejarah telah membuktikan dan belajarlah daripada sejarah.

Oleh Fakhrul Mohd. Salihin

21 Januari 2019

Dr Mahathir diperbodohkan DAP

Assalamualaikum Tun

Ini semua berpunca dari Tun. Tun terlalu tamakkan kuasa. Tun dan kuncu²  politik Tun sanggup menipu dan menfitnah rakyat. Apabila Tun dan kuncu²  Tun dalam Pakatan Harapan membina kerajaan, semuanya termasuk Tun tidak bersedia untuk mentadbir.  Para menteri dilantik sekadar tangkap muat.

Ketika di bawah PH, kami rakyat marhaen tidak pun dapat melihat sebarang kebaikan. Segala yang keluar dari mulut para menteri termasuk Tun adalah kata² kebencian dan dendam terhadap pimpinan terdahulu.

Ekonomi negara tidak terurus dan hutang negara meningkat.  Rakyat semakin melarat dan tertekan.  Dalam situasi begini, rakyat diapi-apikan dan dilaga-lagakan.  Tun gagal mengawal tindak-tanduk menteri² yang menjadi batu api membakar semangat perkauman. Tun gagal menghentikan perilaku menteri yang sengaja mahu mengkucar-kacirkan negara.

Kami melihat Tun dibonekakan DAP. Tun tunduk kepada telunjuk mereka. Rakyat di luar bandar yang rata-rata orang Melayu dipinggirkan. Rakyat yang berpendapatan rendah di bandar juga terhimpit.

Majoriti kaum Cina menyokong DAP. Mereka menjadi semakin tamak. Mereka menguasai ekonomi. Mereka juga telah mengambil alih kerajaan. Namun ada lagi yang mereka mahu. Mereka mahu ICERD diraktifikasikan. Tapi Tun bagaikan patung tanpa nyawa. Tun biarkan mereka bersuara walaupun ianya ditolak oleh kaum Melayu dan pribumi. Tun sudah tidak lagi mampu mengawal kuncu²  Tun.

Peristiwa kekecuhan di kuil menjelaskan segalanya. Kelemahan Tun mengawal buak-buak perkauman kini ditangguk oleh mereka yang berkepentingan.  Kaum Melayu dipergunakan untuk membuat kekecuhan di kuil Hindu. Ianya mudah sekali meletuskan ketegangan antara kaum. Kakitangan dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Tun, zaman Tun sudah berlalu. Terimalah hakikatnya. Kuasa Tun terhad kerana Parti PPBM di bawah Tun adalah minoriti berbanding DAP dan PKR. Matlamat perjuangan Tun tidak selari dengan matlamat perjuangan DAP dan PKR.  Ianya samada Tun diperbodohkan ataupun Tun memperbodohkan diri Tun sendiri.

Halatuju Tun dan mereka jauh berbeza. DAP berjuang untuk kaum Cina, PKR hanya berjuang untuk Anwar, tapi PPBM hanyalah sekadar tapak sementara yang tidak stabil dan tidak nampak arah haluannya.  Mereka yang di bawah PPBM rata2 terdiri daripada ahli politik gersang yang kecewa ataupun opportunists. 

Tun, sejak kemerdekaan sehingga sekarang pembangunan dan kestabilan negara diterajui oleh parti keramat orang² Melayu iaitu UMNO. Realitinya, Malaysia mampu berdiri kerana bertunjangkan UMNO. Benar, sekarang kerajaan di bawah kuasa PH, akan tetapi ketiadaan UMNO jelas sekali memperlihatkan kepincangan pentadbiran. Pengalaman yang ada pada UMNO sudah tidak boleh disangkal.

Sayangnya, Tun terlalu berdendam pada UMNO. Tun mahu melenyapkan UMNO dari bumi Melayu ini. Tun juga se ia dan se kata dengan pemimpin parti cauvanis DAP yang beria-ia mahu melemah dan menghancurkan UMNO serta bangsa Melayu. Lupakah Tun bahawa bertahun Tun dinaungi oleh UMNO? Lupakah Tun bahawa segala kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh anak² dan cucu² Tun datangnya dari perjuangan UMNO. Nama Tun juga diangkat melalui parti UMNO.

Satu lagi perkara yang kami tidak mengerti ialah tentang dendam kesumat Tun terhadap mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib. Apakah Tun menyangka kami gembira dengan tindakan Tun yang beria-ia mahu menyumbat DSN ke penjara?

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu dihadapkan dengan berpuluh-puluh pertuduhan. Kenapa Tun begitu mahu mengaibkan DSN dan isterinya DSR?  Tidakkah Tun merasa malu pada rakyat yang sentiasa memerhatikan niat jahat Tun?  Atau setidak-tidaknya malu pada anak-anak dan cucu-cucu?  Beliau dan arwah bapa beliau banyak berbakti pada negara. Bangsa Melayu tidak pernah mengajar kita menjadi kurang ajar.  Kita diajar untuk menghargai.  Tindakan Tun terhadap DSN sudah keterlaluan dan melangkaui norma kemanusiaan.

Cukup-cukuplah Tun. Kami semua tahu bahawa Tun sebenarnya terjerat dengan DAP yang Tun jadikan rakan politik.  Menjatuhkan dan mengaibkan DSN ada dalam agenda DAP.  Mereka mahukan hasrat untuk berkuasa tidak diganggu-gugat. Mereka tahu DSN begitu kuat pengaruhnya, jadi mereka tiada pilihan selain memenjarakannya. Dan Tun menjadi tonggangan mereka untuk menjayakan niat jahat mereka.

Nama Tun yang pernah satu ketika dulu gah sudah jatuh ke lembah kehinaan. Maruah Tun dan keluarga teruk tercemar. Tun kini menjadi hamba kepada satu bangsa yang mengkhianati kaum Melayu. Dulu DAP menghina Tun tapi kini mereka mempergunakan Tun.

Tun mungkin merasa hebat kerana kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi dunia sekarang sudah berubah. Teknologi membenarkan kami bersuara, memerhati dan memantau setiap yang berlaku. Kami tidak melihat Tun sebagai Perdana Menteri. Kami melihat Tun sebagai seorang insan yang tamak, haloba, pendendam serta orang suruhan bangsa DAP.  Tidakkah Tun merasa bersalah ketika melihat seorang anggota bomba yang punya niat suci dan murni berkhidmat untuk negara di perlakukan sedemikian rupa?

Maaf sekiranya ada kekasaran. Kami perlu menyuarakannya agar Tun sedar. Kami mahu melihat negara in kembali pulih dari kemelut ekonomi dan politik. Kami mahu kembali ke suasana tenang dan harmoni yang pernah kami rasai ketika di bawah teraju UMNO. 

Pelanduk dan jerat

Sunday, January 27, 2019

Maafkan saya wahai Tuan Manogaran


Anda kalah bukan kerana BN gunakan 'race card' atau isu perkauman,

Anda kalah kerana,
Anda menghina orang asli apabila anda sebut orang Melayu tidak akan beli kuih pun dari orang asli.

Anda kalah kerana,
Bila anda kantoi beri 'duit minyak' kepada pengundi CH namun anda masih nak acah-acah suci.

Anda kalah kerana,
Senator dari pakatan anda mengugut Tok Batin orang Asli.

Anda kalah kerana,
Menteri-menteri dan pemimpin dari pakatan anda dilihat menyalahgunakan dana dan jentera kerajaan untuk memenangkan anda.

Anda kalah kerana,
Pemimpin parti anda menghina orang asli dengan menggangap mereka bukan warganegara.

Anda kalah kerana,
Setiausaha parti anda yang main sentimen perkauman dengan mengugut rakyat, jika BN menang PRK Cameron Highlands ini, maka pada masa akan datang nanti, orang bukan Islam tidak akan boleh jadi menteri bahkan nak jadi MP.

Anda kalah kerana,
Orang menyampah tengok PAMPLET KERAJAAN BARU HARAPAN BARU:PENDIDIKAN CINA SEMAKIN HEBAT, bila anda sembang anda tidak perkauman.

Anda kalah kerana,
Pemimpin anda seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang sepatutnya memberikan janji penambahbaikan di CH sebaliknya sibuk bercerita mengenai BN.

Anda kalah kerana,
Orang FELDA perlukan BMT dan pemulihan harga sawit bukannya mesin ATM tambahan.

Anda kalah kerana,
Orang menyampah dengan poster 'Pembunuh Adib' yang kononnya tular persis taktik pilihanraya kampus.

Anda kalah kerana,
Pemimpin no 1 anda datang naik helikopter yang sepatutnya datang berkempen untuk anda atau memuji anda, tapi sebaliknya sibuk berkempen mengenai 'keburukan' Najib.

Anda kalah kerana,
Pakatan anda mengarahkan JAKOA untuk memasang papan tanda projek Harapan dengan mesej 'JASA UNTUK ORANG ASLI'.

Anda kalah kerana,
Anda bijak sangat pakai baju ada logo HARAPAN di PDM yang mana kalau anda menang pun akan dibatalkan di kemudian hari.
.

Jadinya, kalau anda masih tak boleh terima kekalahan ini dan masih menyalahkan BN dan acah-acah suci tak main kad perkauman, sesungguhnya anda sememangnya seorang SORE LOSER.

Sekian.