Monday, November 12, 2018

Kehidupan Langau dan orang politik

"Adat kehidupan langau mesti mencari sampah".

Sunday, November 11, 2018

JANGAN FIKIR MAHATHIR LEBIH BERSIH DARIPADA NAJIB’ – TUN MUSA HITAM

Tun Musa Hitam dalam satu wawancara dalam program Diskusi, pernah membangkitkan sikap jahat Mahathir yang dianggap sebagai satu dosa besar.

Dalam video yang diterbitkan dalam YouTube atas nama WartaMalayaNews merakamkan wawancara tersebut.

Kata Tun Musa, “Mahathir nak blackmail saya, ‘Kau berhenti kalau tidak aku akan dedahkan aktiviti kau dengan seorang perempuan bawah umor’.

“Dia berdosa.. biarlah dia berdosa besar, dia punya cerita, punya kotor…” tambah Tun Musa.

Walau bagaimanapun Tun Musa Hitam terpaksa tunduk dengan tekanan Mahathir kerana dia berpendapat sekiranya dia melawan diktator zalim itu, dia juga akan mengalami kezaliman sebagaimana yang dialami oleh DS Anwar Ibrahim.

Dengan itu juga Tun Musa Hitam menegaskan, “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh merasakan dirinya lebih bersih daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.”

Najib ada kekuatan tersendiri tetapi Najib tidak berjuang secara diktator.

Mengakui kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi-tubi daripada Mahathir itu, Musa berkata kesempatan untuk diasak dengan lebih teruk akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak Mahathir.

Jika Najib mengaku salah, maka ia akan menunjukkan kelemahan Najib sekaligus tidak boleh dibiarkan berlaku bila berhadapan dengan seorang diktator.

“Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situlah kekuatan Najib.”

Namun hanya Najib yang tahu dia tidak bersalah dan mahkamah akan membuktikannya. Itupun sekiranya mahkamah tidak dikawal oleh kuasa diktator.

“Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan dia akan mengeksploitasi kamu”, kata bekas Timbalan Perdana Menteri.

Namun hari ini, dia bukan sahaja mengeksploitasi, tetapi dia akan seksa sebagaimana dia menyeksa Anwar Ibrahim.

Melihat kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak mudah mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri.

“Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni.”

Dia (Mahathir) tidak akan sekali-kali mudah mengaku kesilapannya, malah dia akan menyalahkan orang lain jika berlaku kesilapan atas arahannya.

“Tapi saya akui satu perkara, walaupun sesetengah orang tidak menyukainya, sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia sangat menakjubkan,” tambah Musa.

Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.

Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya.

Namun dia butakah dengan sumbangan besar Najib kepada rakyat selama ini terutamanya rakyat miskin tegar dan rakyat miskin bandar?

Menurut Musa, perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti.

Jika ada yang salah, jangan sekali-kali berkata  ‘saya minta maaf’, ia satu kesilapan jika mahu menentang seorang diktator.

“Najib mesti ada keberanian,” ujar Musa lagi.

Dalam perjuangan dengan manusia firaun yang terkenal kerana kediktatorannya, Najib tidak boleh sekali-kali ‘mengaku salah’.

Lawanlah habis-habisan kerana asas senjata diktator hanyalah fitnah dan kedengkian.

Setakat ini, jelaslah bahawa DS Najib telah menunjukkan keberanian dan keperwiraan untuk menentang pemimpin tamak haloba yang pandai menangis dipentas, tetapi penuh hasad dengki di dalam kamar.

Sebagaimana kata The Third Force, “Mahathir is the greatest liar Malaysia has ever seen.”

Akhirnya dia telah tunduk pada Anwar dan kemudian memberitahu media, “Anwar tidak bersalah, Anwar dizalimi, maafkan dosa silam saya.”

Namun kenyanyukan diktator itu juga sudah beberapa kali tertonjol akhir-akhir ini. Bukan salah dia, tetapi itulah ketentuan Tuhan, setiap yang bermula akan berakhir juga nanti.

Setiap yang sihat akan sakit, setiap yang sempurna akan rosak juga pada penghujung usia.

(Dipetik daripada group whatsapp)

Tadabur Siri 12

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Maqasid Al-Quran Mengikut Ibnu Asyur*
 
Ibnu Asyur menjelaskan bahawa Maqasid Al-Quran ialah menerangkan perlakuan yang membawa kepada penjagaan terhadap agama.

Iradah Allah SWT telah berkehendakkan bahawa kitab suci Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab yang jelas sebagai wahyu sementara orang-orang Arab menjadi tulang belakang kepada agama berdasarkan kepada hikmah-hikmah berikut:

1- Bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih serta mudah tersebar. Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang mengandungi maksud yang mendalam dengan ibarat yang pendek.

2- Sementara pemilihan orang-orang Arab sebagai tonggak agama dan peneraju kepada perjuangan baru ini ialah kerana keadaan mereka yang terselamat daripada situasi kemewahan yang telah berlaku di dalam persekitaran mereka pada ketika itu. Dengan itu banyak sahaja ayat-ayat Al-Quran yang menujukan arahan serta pengajaran mereka terhadap orang-orang Arab secara khusus.

Namun demikian, perlu sekali disedari bahawa keadaan di atas bukanlah bermaksud bahawa syariah Islam diturunkan hanya kepada mereka sahaja bahkan syariah Islam adalah diturunkan untuk seluruh manusia di sepanjang zaman.

Bersambung.....

(Disediakan oleh : Ustaz Rosli)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Saturday, November 10, 2018

Tadabur Siri 11

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Maqasid Al-Quran Mengikut Ibnu Asyur*

Di dalam mukaddimah keempat, Ibnu Asyur membincangkan isu berkaitan maqasid Al-Quran. Ketika membincangkan topik ini, Ibnu Asyur menyatakan bahawa salah satu kewajipan ahli tafsir ialah mentafsir Al-Quran berdasarkan kepada maqasid yang betul seperti mana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Mengikut Ibnu Asyur, kitab Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk membawa kebaikan dan rahmat dalam urusan manusia keseluruhannya. Perkara ini berlaku apabila mereka melaksanakan ajaran dan mematuhi apa yang dituntut oleh Allah SWT. Dengan itu Allah SWT menerangkan setiap perkara yang perlu diketahui sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia.

Kebaikan yang dibawa itu bersifat individu, berbentuk didikan terhadap jiwa dan penyucian jiwa. Perkara itu berlaku dengan penekanan terhadap etika kerana etika adalah asas kepada terbentuknya adab dan pemikiran seterusnya dari situ terpancarnya kebaikan individu biarpun ketika bersendirian.

Pendidikan jiwa dilakukan dengan pensyariatan ibadah yang zahir seperti solat serta ibadat batin seperti berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat keji seperti hasad dengki dan sombong.

Adapun islah terhadap masyarakat ianya berlaku dengan adanya islah secara individu, kerana individu adalah komponen bagi masyarakat. Tidak akan terbentuk masyarakat yang mulia kecuali apabila terbentuknya individu-individu yang mulia terlebih dahulu. Dengan itu Islam telah membawa ajaran yang mengatur kehidupan bermasyarakat berupa tatacara-tatacara bermuamalat atau dinamakan dengan as-siasah al-madaniyah.

Adapun Maqasid Al-Quran dari sudut penjagaan terhadap ketamadunan manusia, maka ia adalah lebih luas dari apa yang telah dibincangkan di atas. Ia adalah penjagaan terhadap sistem dalam dunia Islam, pengawasan terhadap tindak-tanduk kelompok masyarakat serta hubungan mereka dengan kelompok yang lain. Kesemua itu demi menjaga kepentingan semua pihak. Ia dikenali sebagai ilmu umran atau ilmu ijtima'

Bersambung......

(sumbangan Ustaz Rosli)

Tuesday, November 6, 2018

ICERD - Faham Tak Perlembagaan?


Kepada Menteri Dato Saifuddin Abdullah,

Saya letakkan dihadapan anda senarai petikan dari tokoh dalam bidang perundangan dan pakar perlembagaan yang mungkin 'TAK FAHAM PERLEMBAGAAN';

1) Tun Abdul Hamid - Mantan Ketua Hakim Negara

"Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/icerd-rugikan-bumiputera-tun-hamid-1.778610#ixzz5VfnANxgv

2) Tuan Hj Haniff Khatri - Peguam Kanan Kes Tun Dr. Mahathir

Beliau secara amnya turut membangkitkan ketidaksetujuan beliau dalam isu ratifikasi ICERD atas hujah-hujah pencabulan Perlembagaan.

Rujuk rakaman video beliau disini: https://youtu.be/XyIsdNnalnY.

3) Tuan Lukman Sheriff - Peguam & Exco Malaysia Bar Council

"Definisi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan; MARA hendaklah ditutup; MRSM hendaklah ditutup; UiTM ditutup; Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan; Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi; Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan; Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan; Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan."

Baca lanjut disini: https://www.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10155469769517820

4) Tuan Yusfarizal bin Yusoff - Peguam (Bakal bertanding untuk jawatan Exco Bar Council)

"Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebat antarabangsa, sebagaimana Arab Saudi dan Yemen. Ertinya, jelas lagi bersuluh bahawa ICERD adalah hak asasi acuan barat, yang tidak sesuai sama sekali dengan acuan Malaysia, sehingga hampir mustahil untuk menerimanya tanpa merombak hampir keseluruhan asasnya."

Baca lanjut disini: https://www.facebook.com/yusfarizal.yussoff/posts/10216804079801901

5) DATUK SALLEH BUANG - Mantan Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

"Andainya konvensyen ini dilaksanakan di negara ini, beberapa institusi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Rejimen Askar Melayu terpaksa dimansuhkan. Beberapa undang-undang lain yang telah wujud ratusan tahun seperti Enakmen Tanah Rizab Melayu (yang menjadi asas perundangan tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung) juga terpaksa dimansuhkan."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/rekreasi/rakyat-bantah-ratifikasi-icerd-1.777481#ixzz5VfrGYUfU

6) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar - Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
"Ini kerana ia melibatkan pelbagai implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-terburu-buru-ratifikasi-icerd-1.775854#ixzz5VfrgODav

7) Pn. Ilyanie Khuszairy - Peguam Tun Dr. Mahathir & Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

"Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi untuk menghapuskan kleptokrasi, korupsi para pemimpin terdahulu dengan menggadaikan maruah dan kedaulatan Raja berperlembagaan??"

Petikan Facebook beliau: https://www.facebook.com/ilyanie.khuszairy

8 ) Dr. Muhammad Fathi Yusof - Penyelidik Undang-undang & Perlembagaan UTM

"Peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak persamaan dari aspek agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir sudah cukup kuat melindungi rakyat Malaysia. Kenapa kita perlu bergantung kepada undang-undang antara bangsa dalam soal dalaman negara kita sendiri."

Baca lanjut disini: https://bit.ly/2qokvu1

9) Ahmad Yazid Othman, CEO of Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Lukman Sheriff Alias, founder of Malaysian Lawyers Circle (MLC); and Aidil Khalid, activist with Concerned Lawyers for Justice (CLJ) - Joint Statement

"We believe that Malaysia have not signed ICERD all these years for various reasons, and it is certainly not due to racist or supremacist ideology, but rather for the sake of developing and uniting a diverse melting pot of culture in Malaysia."

Baca lanjut disini: https://bit.ly/2P66TCg

10) Prof Dr. Torla Hassan - Pengerusi Panel Hak Asasi Manusia Majlis Dakwah Negara

"ICERD bertujuan menghapus segala bentuk diskriminasi, termasuk 'diskriminasi positif' seperti hak orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan istimewa agama Islam dan Raja-Raja Melayu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,"

Baca lanjut disini: http://www.1media.my/2018/11/icerd-bukan-semua-nilai-baik-global.html

Maka Dato Saifuddin Abdullah,

Dari kesepuluh (malah ramai lagi) pakar perlembagaan dan pakar perundangan yang telah sebegitu lama ahli dalam bidang mereka ini, sebutkan pada rakyat, celah mana yang kamu wahai Menteri, lebih arif dan bijak dari mereka ini?

Jom bantah dan tandatangan petisyen BANTAH RATIFIKASI ICERD disini: https://chn.ge/2O2o7ep

Untuk faham lebih lanjut tentang ICERD klik sini: https://www.facebook.com/669402819/posts/10155475087442820/

Hidup Rakyat!

Hazwan Mohamad
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC)
2/11/2018

Monday, October 29, 2018

Enam Propaganda Dr. Mahathir

*6 PROPAGANDA DR. MAHATHIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA*
Shah Alam.

Pendakwaan Zahid dan Najib Razak bermotif politik. Jumlah pertuduhan merupakan rekod dunia bagi memberi gambaran betapa Korupnya Kerajaan terdahulu (BN) dan betapa Rakyat *AMAT MEMERLUKAN DR. MAHATHIR* untuk membetulkan keadaan.

*PROPAGANDA PERTAMA*

Pada awalnya, Dr. Mahathir kata dia tiada kena mengena dengan pertuduhan yang dikenakan. Tetapi ketika di Bangkok, Dr. Mahathir menegaskan lebih ramai lagi akan dituduh dengan pelbagai tuduhan rasuah dan penyalah gunaan kuasa.

Propaganda ini mempunyai 2 tujuan yang pasti :

i.  Memastikan Propaganda bahawa pemimpin-pemimpin UMNO terus menerus dipertontonkan kpd. Rakyat M'sia sebagai pemimpin yang Rasuah dan Korup.

ii.  Ini juga bertujuan menakut-nakutkan pemimpin-pemimpin UMNO bahawa mereka ada kes rasuah ditangan Dr. Mahathir. Kalau tak mahu didakwa, keluar UMNO dan masuk Parti PPBM. Kemungkinan ini yg. berlaku kpd. Dato' Mustapa Mohamad. Ini merupakan *POLITIK UGUT* yang sering menjadi Strategy politik Dr. Mahathir.

Sekiranya betul-betul adil, kenapa hanya pemimpin UMNO yang disiasat dan diambil tindakan ?

Tak ada Menteri atau pemimpin MCA, MIC atau PPBS (Sarawak) yang disiasat ?

*PROPAGANDA DUA*

Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng memulakan Propaganda bahawa Ekonomi Negara berada didalam keadaan yang teruk dengan hutang RM 1 trillion ringgit.

Ini satu *PEMBOHONGAN*. Didalam dokumen Laporan Separuh Penggal tertulis hutang sebenar negara ialah RM 686 billion ringgit.

Tujuan Propaganda ini :
Supaya Rakyat ditakut-takutkan dengan berita Negara akan bangkrap. Dan Kerajaan BN terdahulu memang tidak pandai menjaga ekonomi negara.

Sebenarnya, Ekonomi negara berada ditahap terbaik dgn. Sistem Cukai GST. Iaitu sistem cukai yang adil dan membawa pulangan yang baik untuk Rakyat.

*CUKAI SST* bukan sahaja berlaku ketirisan, tetapi menyebabkan Kerajaan kekurangan pendapatan menyebabkan pelbagai Projek Pembangunan dan pembayaran insentif dibatalkan.

*PROPAGANDA KETIGA*

Kerajaan Pakatan baru memerintah Kerajaan Persekutuan selama 5 bulan, Rakyat perlu bersabar dan bagi peluang dulu.

Hakikatnya, Menteri-Menteri Pakatan bukan sahaja tiada pengalaman mentadbir negara tetapi sebenarnya tiada knowledge, tiada standard dan memalukan. Tiada dasar yang baru untuk negara. Kebanyakkan dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan BN. PH hanya follow-thro sahaja.

*PROPAGANDA KE EMPAT*

Dr. Mahathir berkali-kali kata, Anwar Ibrahim bakal mengantikan dia sebagai Perdana Menteri ke 8.

Dr. Mahathir akan turun dalam jangka masa 2 atau 3 tahun ini, selepas menyelamatkan negara Malaysia.

Hakikatnya, Dr. Mahathir nampak spt tidak bersedia untuk turun begitu cepat. Malaysia masih jauh lagi dari di selamatkan. Ini semua propaganda Dr. Mahathir untuk kekal lama sebagai P.M.

Ini menyebabkan Anwar Ibrahim semakin resah setiap hari berlalu.

*PROPAGANDA KE LIMA*

Dr. Mahathir kata :
*UMNO SUDAH TIADA*.
UMNO akan mati.
Rakyat sudah tidak sokong UMNO.

Sebenarnya, ini bertujuan untuk menutup kelemahan Parti PPBM yang tidak banyak ahli di Bahagian dan Cawangan. Kepimpinan di Bahagian sangat rapuh. Di Parlimen hanya ada 14 Ahli Parlimen sahaja (campur Tok Pa).

Dr. Mahathir sering dibuli oleh parti DAP dan Lim Guan Eng yang mempunyai 42 kerusi Parlimen. Dr. M asyik kena dengar cakap DAP dan Menteri Kewangan. Kepentingan orang-orang Melayu setiap hari semakin terhakis. Jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan dan GLC sudah mula diberikan kepada orang berbangsa Cina, mengikut kehendak parti DAP.

Niat Dr. Mahathir cuba mendapatkan sebanyak mungkin Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai parti PPBM kerana untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR didalam Kerajaan Pakatan sekiranya ada cubaan dari Blok Ahli-Ahli Parlimen PKR yang menyokong Anwar Ibrahim ingin menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

*PROPAGANDA KE ENAM*

Propaganda keadaan Ekonomi negara yang teruk dan tidak stabil juga menyebabkan mudah bagi Kerajaan Pakatan menjual idea bahawa FELCRA juga berada di paras yang bahaya.

*ASET FELCRA* iaitu Menara Felcra di Jalan Semarak, Kuala Lumpur perlu dijual kata Azmin Ali, bagi menyelamatkan FELCRA.

Sebenarnya, Pakatan (ada kemungkinan) mempunyai tujuan menjual Aset ini pada harga dibawah pasaran. Aset yang paling penting untuk FELCRA ini, pasti akan mempunyai harga yang berlipat ganda dimasa akan datang.

Propaganda untuk menyelamatkan FELCRA dan lain-lain GLC Kerajaan, sebenarnya dijadikan peluang untuk mereka (Pakatan)  *MENYAMUN ASET-ASET NEGARA INI*.

*KESIMPULANNYA*

Kesemua 6 Propaganda Dr. Mahathir ini bertujuan untuk kelabukan mata Rakyat negara daripada kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir negara ini.

Selain daripada menjadikan *ALASAN AGAR JANJI-JANJI PILIHANRAYA TIDAK PERLU DITUNAIKAN*.

Dan Rakyat tidak memanggil *KERAJAAN PAKATAN DR. MAHATHIR INI, SATU KERAJAAN PEMBOHONG*.

Kita perlu bertindak menyedarkan Rakyat mengenai 6 Propaganda Dr. Mahathir ini. Agar Rakyat lebih bijak menilai :
*ANTARA PERMATA DAN KACA*.
(Mohon di viralkan untuk kesedaran Rakyat).

Salam hormat,
*DSBA*
28 Oktober 2018.

Saturday, January 2, 2016

BERSEJUK DI BEIJING

Cuti panjang persekolahan hujung tahun 2015 kali ini menikmati udara sejuk di Beijing.

Setelah berkunjung ke China sebelum ini untuk urusan kerja, kali ini membawa isteri dan anak bongsu bercuti ke negara Tembok Besar.

Ada pilihan sebelum pergi, sama ada ke Guilin dan Shenzhen. Guilin lebih kepada tarikan keindahan alam semulajadinya manakala Shenzhen metropolitan belibelah. Kedua-duanya tidak sesejuk di Beijing kerana kedudukannya lebih ke selatan dan lebih hampir dari Malaysia.

Akhirnya kami membuat keputusan ke Beijing.

Kami menggunakan pakej persendirian. Maknanya pemandu pelancong bersama kenderaan dan pemandu dikhaskan untuk kami bertiga sahaja.

Walaupun pada mulanya bersetuju untuk menggunakan pakej Seat In Coach iaitu berkongsi bas pelancongan bersama pelancong lain, tetapi kerana jadual penerbangan tidak anjal maka kami tolak pilihan itu.

Antara tempat yang dikunjungi; 
1.Tian An Men Square,
2. Forbidden City,
3. Kawasan seni 798,
4. Pertunjukan Acrobatic,
5. Great wall,
6. Snow world termasuk bermain ski
7. Summer palace,
8. Niujie Moseque,
9. muslim supermarket,
10.The place-LED Screen
11. Panda house,
12. Nanluogulane,
13. Nandouya mosque,
14. Xiushui Market dan
15. Silk Market
Perlu diingat, walaupun dipaksa untuk singgah di tempat yang wajid dilawati dan membeli belah, tapi tidak perlu rasa terkilan jika tidak membelinya.

Antara tempat berkenaan;  Crystal, Foot massage,Tea, Silk dan Bamboo charcoal.

Jika nasib kurang baik, kita juga akan mendapat pemandu pelancong yang mengelat dan hanya membawa kita melalui atau singgah beberapa minit di tempat yang disenaraikan untuk dikunjungi.