1- Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.
2- Ketika mendengar suara azan dimana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah.
3- Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan.
4- Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah.
5- Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah Subhanahu wa Taala
6- Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu.
7- Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang meyukaimu tetapi Allah membencimu.
8- Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain pula.
9- Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian.
10- Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemunkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak.
*Petikan dari kitab Batinul Ismi karangan al-Syahid al-Buti*
No comments:
Post a Comment