Wednesday, February 26, 2014

TAFADHDAL ENTERPRISE


Tafadhdal nama  yang digunakan untuk blog ini telah didaftarkan sebagai Tafadhdal Enterprise.

Pendaftarannya pada 18 Februari 2014 lalu sebagai legasi kesinambungan pengalaman dan kelayakan pemiliknya dalam bidang komunikasi.

Untuk mendaftarkan Syarikat peniagaan milik tunggal ini amat mudah. 

Di Kuala Lumpur ia boleh didaftarkan  di pejabat SSM di :

Menara SSM@Sentral

No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.

atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROB)

Tingkat 16, Sunway Putra Place,
100 Jalan Putra,
50622 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4043 0811 
Fax: 03-4043 0832 

Pendaftannya mengambil masa tidak sampai satu jam dengan bayaran RM60 sahaja.

Selepas didaftarkan, pemiliknya bolehlah membuka akaun semasa syarikat di mana-mana bank.


Pastikan cop syarikat (bulat) dibawa bersama ketika membuka akaun di bank serta membawa butiran dan tanda tangan introducer. Jika pemilik ada akaun semasa sendiri, pemilik boleh menjadi introducer.

Tidak perlu membawa wang ketika membuka akaun. Deposit sebanyak RM2,000 hanya perlu dimasukkan ke dalam akaun syarikat setelah kelulusan diperolehi dari bank, sebelum buku cek boleh dikeluarkan.

No comments: