Kecewa tidak dapat kedudukan dalam parti. Kecewa tidak dapat habuan kontrak. Kecewa tidak dapat jawatan istemewa ketika dalam perkhidmatan.
Dan kecewa kerana diri merasakan ada pihak menghalang aktiviti seninya untuk mencari rezeki.
Atas rasa kecewa itulah maka terdapat kelibat artis-artis, pegawai-pegawai kerajaan termasuk pegawai kanan tentera menjadi 'pelaris' majlis ceramah pembangkang.
Mereka menari ronggeng sambil mendendangkan muzik tong kosong di pentas-pentas pembangkang walaupun tahu alunannya sumbang.
Kerana dendangan alunan sumbang, kini ramai rakyat semakin menjauhkan diri daripada majlis itu. Maka banyaklah kerusi-kerusi kosong mengambil peranan memasang telinga pekak.
Ada beberapa artis pula yang kononnya berhijrah daripada aktiviti mungkar dan memilih parti politik pembangkang berbanding berusaha mendalami ilmu agama untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Maka wujudlah ustaz maggie dan uztazah segera serta ustazah jadian.
Semalam saya menerima panggilan daripada rakan lama yang sama-sama menjalani latihan ketenteraan di Maktab Tentera Diraja.
Pegawai berpangkat Kolonel itu sedia menunjukkan bukti salah laku bekas pegawai kanan tentera itu yang menyertai pembangkang.
Bekas pegawai kanan tentera itu menjadikan Kolonel itu kambing hitam untuk melaksanakan projek muzium tentera darat di Port Dickson yang dilaksanakan tanpa mengikut prosedur tender kerajaan.
Akhirnya Kolonel itu yang ketika itu berpangkat Leftenan Kolonel dikenakan sekatan istemewa selama dua tahun oleh Panglima Tentera Darat yang mengambil alih jawatan itu daripada pegawai berkenaan pada tahun 2008.
Dan rakyat juga didedahkan bahawa rasa kecewa tidak dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera sebagai antara punca bekas pegawai kanan tentera itu beronggeng sumbang di pentas pembangkang.
No comments:
Post a Comment