Pendedahan Kementerian Pertahanan semalam, ada pembocoran rahsia oleh orang dalam ATM kepada kedutaan asing memberi satu lagi kejutan.
Media ghairah dengan pendedahan seperti itu. Namun bagi pihak menteri dan Kementah ia suatu yang perlu dirahsiakan.
Pendedahan sebagai amaran untuk mengingatkan anggota tentera dan pegawai kedutaan asing supaya lebih ‘berjaga-jaga’.
Pendedahan lanjut hanya akan mengeruhkan hubungan dengan negara kedutaan berkenaan dan melondehkan kerahsiaan yang dimiliki Kor Risik Diraja.
Tiada pihak harus mempolitikan dan mensensasikan pendedahan itu.
1 comment:
Kerja perisikan ni kerja kerja yang dilakukan dalam senyap dan penuh kerahsiaan
Setiap orang dari peringkat prebet hingga kepada Pak Menteri harus "senyap" dan tindakan harus dilakukan secara underground kerana ini lah dunia perisikan
Post a Comment