Saturday, January 16, 2010

POKOK BULUH JEPUN



Sudah lama mencari ruang waktu untuk mengalihkan pokok Bunga Buluh Jepun, sehingga hari ini tak kesampaian. (Mungkin selepas entri ini).

Pokok itu sebenarnya sudah mati dan saya letakkannya di tepi jalan. Tetapi tidak disangka pula kini menjadi subur.

Sebaliknya pokok Daun Teh yang dibelai dan diletak di pasu besar di bawah bumbung, semakin hari semakin layu dan terus tinggal ranting.

Jadi saya mengambil keputusan untuk mengalihkan pokok Bunga Buluh Jepun itu ke dalam pasu mengantikan pokok Daun Teh.

Bukanlah saya rajin sangat menanam bunga. Setahun tak tentu dapat dua kali. Cuma isteri tak rasi menanam bunga kerana bunga yang ditanam asyik mati.

4 comments:

leklook said...

Begitulah dalam kehidupan kita, jangan memuji kepada yang cantik dan berada sahaja. Akhirnya yang cantik jadi 'ranting' dan yang kaya 'dibuang' di tepi jalan.

suratraja said...

apalah tuan,pokok buloh jepun pun nak masuk cite
kekurangan idea dah apa ka?tarak kalu bagi pendapat tuan berkenaan isu2 semase ni..

leklook said...

Senarnya bukan pokok itu yang jadi subject matter tetapi yang tersirat di sebalik cerita itu. Lagipun blog ini akan cuba lari daripada memperkatakan isu semasa yang setiap hari mendepaninya. Blog ini adalah dairi perjalanan Leklook.

leklook said...

Senarnya bukan pokok itu yang jadi subject matter tetapi yang tersirat di sebalik cerita itu. Lagipun blog ini akan cuba lari daripada memperkatakan isu semasa yang setiap hari mendepaninya. Blog ini adalah dairi perjalanan Leklook.