Tuesday, May 24, 2022

MAJER MASLINA (MM) MENYALAH GUNA COP RUBBER STAMP TANDA TANGAN DSZ, CUAI ,LALAI,TIDAK CEKAP & TIADA PENGENTAHUAN AKAUN

MM adalah setiausaha Eksekutif kepada DSZ bagi mengantikan Dato Rosiah yang bersara wajib Antara tugas beliau adalah menjaga akaun peribadi DSZ dan akaun Yayasan akal budi( yayasan) malang nya sepanjang MM menjaga kedua dua akaun tersebut DS tidak pernah di tunjuk kan dengan penyata bank ,apabila diminta oleh DS beliau akan mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Pada tahun 2015 ,DS telah di lantik sebagai TPM yang menyebab kan jadual harian DS menjadi terlalu ketat dan tidak dapat mengawasi lagi akaun yayasan dan di serah kan sepenuh nya kepada MM. Apabila bertukar kerajaan dan MM kembali ke MINDEF , DS ada meminta segala dokumen berkaitan yayasan maka di jawab oleh MM" antara saya dengan DS tiada kena mengena" DS mengata kan bahawa MM telah menyedia kan 1 cop rubber stamp tanda tangan DS dimana tujuan kegunaan cop ini adalah semata mata untuk sijil sijil penghargaan ,memandang kan ada 9 agensi di bawah kementerian DS dan untuk kegunaan kad kad hari raya.DS tidak pernah menberi kebenaran kepada MM untuk mengunakan cop rubber stamp pada cek pembayaran. Sebagai seorang Ex banker DS amat arif bahawa cop tersebut tidak boleh di gunakan untuk cek pembayaran dan DS juga tidak pernah memberi kebenaran kepada Bank pembayar untuk "honour" cek cek yg mengunakan rubber stamp tapi telah di salah gunakan oleh MM untuk mengunakan cop rubber stamp pada cek cek pembayaran kad kredit tanpa pengentahuan DS dan di akui sendiri oleh MM bahawa beliau lalai, cuai dan tiada pengalaman dalam pengendalian akaun sebelum ini. DS juga juga ada menanda tangani beberapa keping cek( pre sign) dengan tujuan untuk pembayaran kepada kontraktor kontraktor yang sedang dalam pelaksanaan 2 buah masjid di Bagan Datuk iaitu masjid Tuminah Hamidi dan maahad Hamidiah di Bagan Datuk memandang kan DS terlalu sibuk dan sentiasa berada di luar negara untuk tujuan resmi kerajaan dan negara. Apabila di tanya samada DS tahu atau tidak mengenai perbuatan MM , DS menjawab beliau tidak tahu langsung dan beliau hanya mengetahui apabila MM memberi keterangan dalam mahkamah dan Siti Musliha, ahli kimia menyatakan bahawa cek cek pembayaran tersebut adalah cek cop rubber stamp tanda tangan DS yang juda di sah kan oleh pihak bank...perbicaraan bersambung... #justice4dszahid

Thursday, May 19, 2022

BLOG BUKAN LAGI PILIHAN

Menyedari blog bukan lagi menjadi pilihan, ramai blogger beralih arah untuk menulis menggunakan platform lain. Namun keunikan yang ada di platform blog tidak harus disia-siakan. Tulisan ini sekadar meninjau serta menguji keberkesanannya masa ini, ketika kita sudah dihadamkan dengan pelbagai corak media sosial yang lebih canggih dan berdaya saing.

Tuesday, October 8, 2019

MAHATHIR LUPA DIRI


Sebagai anak muda ,

Aku jijik melihat dia berucap konon nak mempertahakan MARUAH MELAYU tetapi DIA LAH YANG SEBENARNYA PENCETUS ORANG MELAYU ITU BERPECAH BELAH .

Kerana dia lah ORANG MELAYU kini berpecah, kerana DIA lah parti orang MELAYU tempat orang melayu bernaung selepas dan sebelum merdeka iaitu UMNO tersungkur akibat kerakusan dia ingin kan kuasa semata .

Dia lah menjadi pengkianat pada bangsa melayu .

Dan kini DIA INGIN MENJADI HERO bercakap soal maruah MELAYU . hallo ? kau yang menghina bangsa melayu , yang mengelarkan orang melayu sebagai pemalas , peminta sedekah , mengharapkan bantuan etc .

Selepas kemenangan PH puluhan ribu anak-anak melayu di berhenti kan kerja , selepas kemenangan PH segala bantuan yang ada di kecilkan amount ada nya di berhenti kan terus .

Selepas kemenagan PH anak melayu di gelar pemalas , mengharap kan bantuan sedangkan kau lupa kah anak melayu yang kau hina tu lah yang memberi undi pada kau konon nak jatuh kan UMNO .

Wahai anak muda yang beri undi pada si tua ni seronok kah kau melihat dia menghina bangsa kau ? Seronokkah kau melihat dia mempersenda kan orang melayu sebagai PEMALAS ?

Pada aku , yang layak bercakap soal maruah MELAYU ni adalah DS NAJIB .

Kerana dia lah YANG MENAIK TARAF KAN ORANG -ORANG MELAYU dengan idea pemodenan nya .

DS NAJIB lah yang turun ke padang menanya kan masalah rakyat dan membantu orang-orang melayu dengan pelbagai bantuan .

Menerima bantuan itu bukan satu perkara yang hina .

Malah pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang prihatin pada rakyatnya . Prihatin bukan hanya di bibir tetapi di nyatakan

Yang susah di bantu sebaik mungkin .

Anak melayu di zaman DS NAJIB di bantu

Bukan sahaja anak melayu malah pelbagai lapisan masyarakat tak kira bangsa juga dapat merasai sentuhan kasihnya semasa dia sebagai pemerintah .

Ramai anak kampung yang berjaya di zaman DS NAJIB .

Ini kenyataan . Kalau korang pernah baca kisah anak kampung yang berjaya menjadi doktor di zaman DS NAJIB . Itu salah satunya .

DS NAJIB tidak meratip melayu malas , melayu malas semasa dia menjadi perdana menteri malah semasa di zaman najib lah TANGGA GAJI PENJAWAT AWAM YANG MAJORITI NYA MELAYU LAH YANG DIA NAIK KAN .

Setara dengan kehidupan hari ni . Tetapi penjawat awam khususnya MELAYU gigit balik tangan yang memberi . Ini jelas-jelas JILAKER .

Ianya sangat berbeza dengan polisi si tua ni . Kalau boleh GAJI RM1K dah cukup untuk keadaan hari ni ?

Polisi NAJIB mesra kepada rakyat khususnya orang melayu bukan hanya bantu rakyat sahaja + EKONOMI DI ZAMAN NAJIB BAGUS ini tiada siapa boleh nafikan . Bila ekonomi bagus rakyat dapat manfaatnya . Ini yang DS NAJIB lakukan untuk negara dan rakyatnya khusus orang melayu .

Polisi si tua mesra kepada kroni ? Kroni tu bukan rakyat pun .

Lepas tu ada hati nak bercakap soal maruah melayu .

Seriusly aku jijik melihat nya .

Yang hina nya adalah BERUCAP DI ATAS PENTAS YANG GAH TETAPI MULUT TAK LEKANG MERATIB MENGHINA BANGSA SENDIRI DENGAN GELARAN YANG ANGKUH dan SOMBONG .

Itu lebih hina guys .

Kalau kau nak tahu melayu itu bersatu atau tidak ,

Tengok lah PERHIMPUNAN ICERD dan perhimpunan PENYATUAN UMMAH baru-baru ini , ya itu satu permulaan atau kayu ukur yang ORANG MELAYU KINI SUDAH MULA BERSATU .

Akhir kalam ,

Pada aku SI TUA tu tak layak bercakap soal maruah melayu kerana dia lah PENGHANCUR bangsa melayu .

Tak usah pergi jauh lah ,

kalau PARTI ORANG MELAYU pun dia boleh langgar sesuka hati dia sedangkan parti itu lah yang menaikan namanya dan karier nya apa lagi yang kau boleh harapkan kat dia .

Nothing guys . HIDUP SI TUA TU LALANG dan tiada jati diri .

Dan lalang biase nya Tak berguna .

And YES Antara SI TUA tu dan DS NAJIB , DS NAJIB lebih bermaruah dan sejuta kali bagus dari si tua tu .

Sekian ,

Mohd Izwan Abu Bakar

Monday, October 7, 2019

LETTER TO DR MAHATHIR

Assalamu Alaa Manittabaalhudaa(QS:Thaha-47)
Peace to all who follow the guidance.
October 6th, 2019

Dear Tun Dr.Mahathir,

Following my letter on May 13th, 2018 and the launching of The SPV
2030 yesterday, with humbleness and full of respect with no
intention to get involve in local Malaysian politics but as
International Observer for the humanity, I would like to remind you
that there is no way Malaysia will achieve that noble vision UNLESS
drastic measures have to be taken.

Your government had admitted the lies to all Malaysians that the
Manifesto for winning the general election last year was not
workable because you didn’t expect to win but only to trap the
previous administration.

There has been no nation on earth could claim the success in
combating the poverty, simply because the monetary system they
applied was actually designed to fail and to impoverish the entire
population and USURY and the compound Interest are the main
culprits.

Thus people are labouring in Debt Money system.
I have written books on the matter and would like to present them as gifts:
The Mystery of Money finally unfolded & The Lessons from France
that unlearned by the world.

Malaysia which loaded with 1 Trillion of Public or National Debt has
asked the other nations ‘to help’ and those nations particularly the
Japanese is in fact ‘the most Indebted nation on earth’, how can this
reality be really true. Obviously something is very wrong in this
regards. Perpetual debt money system will never ever reach the aim
of prosperity and therefore the SPV 2030 will in the end become
another Scam for all Malaysian to swallow.

Your Malaysia’s vision of 2020 is still possible to achieve as I have
mentioned earlier in my previous letter BUT all of us must follow the
footsteps of the great hero of humanity, Jesus the Messiah.

He singlehandedly lambasted and dealt a decisive blow to the Money
Power and the Dark Side ruling through it. He described them as ‘The
Synagogue of Satan, who called themselves Jews, but are not’.

He daringly attacked the Money Changers and thrown them out from
the Holy Temple of Jerusalem, and he did find his own life worth
defending and declared holy war on Riba forever. He was the only
man untouched by Satan and he was driven only by his love of God
and the compassion for his brethren, the fellow human beings.

Good luck for the Shared Prosperity Vision 2030, and may Malaysian
dreams will come true.

Sincerely,
ADAM Mikail

NOMAD Consultant International : (SIRET No: 44101567400027) 185, rue Saint Maur F-75010 Paris / F R A N C E
Phone:+33.6.24 17 67 80 Fax: +33.5.81646232 E-mail : Davmiadam@gmail.com & Skype ID : Mikailadam

Wednesday, October 2, 2019

Pengganti PM: Mufti Perlis harap Dr. Mahathir tidak calonkan 'si rakus'



26 September 2019 7:24 AM

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tidak mencalonkan pengganti jawatan nombor satu negara itu kepada 'si rakus' yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak diri.

Saranan itu dibuat Mohd. Asri dalam satu surat terbuka yang ditulis dan dikongsi beliau dalam Facebooknya malam tadi.

YAB Tun, pandanglah reda Allah dalam mencari penganti

YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini.

Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya. Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salahguna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata.

Malangnya dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu.

Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian:

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan perlantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

Rakyat Marhaen.
Dr. MAZA,
Kangar, Perlis

Monday, May 27, 2019

Be a true Malaysian, Kit Siang!

BLAST you, Lim Kit Siang. You only care for Teoh Beng Hock and Indira's girl, the two old cases which you tried to put the blame on the past government. To you, the previous did nothing to find an amicable solution to the cases amid suspicion that there were cover-ups.

You also want the new IGP Hamid Bador to eliminate the 'sharks' within the PDRM, the force which you never 'trusted' all this while.

Why didn't you rake the past nicely? Don't be a racist (like what Dr Mahathir used to label you) by using the platform to dignify your politics? Remember what you said about Dr M and Anwar once, that you despised both of them?

What do you say about the Malays and Muslims cases involving fireman Adib who was killed recently, and reports of 'babi' being tosses into mosques and surau compounds a few years ago and of lately?

And how do you explain the bias judiciary against cases involving Umno top leaders and the 'escape from hell' saga involving your son Lim Guan Eng. Did the past government ever take any action in bringing the then leaders of the opposition to court over so many allegations, including building your 'lie factory' to tarnish the country's image?

Where is your fair mind about other cases?

The 19902 Forex scandal, for instance? Why the tight lips when you once hammered it nicely? Is it because your son Lim Guan Eng holds the finance portfolio now or because Dr M now your buddy in the Cabinet?

Where is Memali case? What's your stand when you yourself had wanted the culprits to be unveiled and punished? You are becoming a real maggot now!

Be practical, please my friend. Get rid of that racist stigma by championing the legal rights of all Malaysians, not just the non-Malays. Be a leader whom the rakyat can trust and rely in.

Know what? I have the original diary of the late Dato Harun Idris in jail and will produce the full transcript very soon. Your name is in it, and so is Mahathir's. You know, I adore Dr M when he was the fourth PM but it changed after he left Umno and after reading the diary.

You are a good politician, LKS... but you are also a person who is right and wrong. I have some 'likings' for you too...

Posted by bujai

Wednesday, May 22, 2019

CIKGU MELAYU MENGAJAR BAHASA MELAYU DI SEKOLAH CINA AKHIRNYA BERSUARA ============================== UEC: Antara tidak tahu dan buat tidak tahu Oleh ARIF ATAN


"Saya mengajar homeschool IGCSE. salah seorang pelajar saya bekas aliran UEC. ibu bapa mereka menukar sekolah kerana anak mereka tidak mahir berbahasa English dan Melayu. Sampai sekarang sudah 7 bulan, anak murid saya tidak mahu bercakap dengan saya menggunakan bahasa Melayu. Bersungguh saya mengajar dia bahasa Melayu. Dan dia tidak ada minat langsung dengan bahasa Melayu. Bukankah dengan bahasa, kita akan jadi lebih rapat bukan? dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan saya dan pelajar yang bukan berbahasa mandarin."

Itu antara reaksi mereka yang bergelumang dan berdepan sendiri dengan hakikat sikap murid asuhan UEC. Mungkin Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak tahu. Mungkin pula Timbalannya, Teo Nie Ching buat-buat tidak tahu. Mungkinlah. Kita pun tidak tahu.

Mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebenarnya satu langkah ke belakang kerana UEC datang dari sistem pendidikan berasaskan perkauman bukan berteraskan kebangsaan bagi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

UEC lahir dari sekolah vernakular Cina warisan zaman penjajah yang tidak diiktiraf pendidikan kebangsaan. Mengiktiraf UEC bersifat kontradik dengan semangat Malaysia Baru dan ketika satu dunia bercakap tentang Revolusi Industri 4.0.

Mengiktiraf UEC sekaligus memberi isyarat bahawa kerajaan PH akan memberi muka kepada lebih banyak lagi tuntutan perkauman yang hanya meningkatkan lagi darjah prejudis antara rakyat berbilang kaum bahkan mencabar semangat Perlembagaan.

Syarat mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menghalalkan UEC untuk diiktiraf hanya solekan semata-mata sebabnya kurikulum dan format soalan penguasaan Bahasa Melayu bagi UEC jauh lebih rendah arasnya berbanding Bahasa Melayu SPM.

Bandingkan saja format Bahasa Melayu UPSR bagi kertas Penulisan dan Pemahaman antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Kalau mata pelajaran Bahasa Melayu bagi SMPC, apa tah lagi.

Dari segi roh dan praktikalnya, lepasan UEC berkiblatkan semangat Cina melangkaui jati diri sebagai anak Malaysia. Bayangkan bagaimana pemegang sijil UEC mahu hidup di universiti awam (UA) atau bekerja dalam perkhidmatan awam, atau UA dan sektor kerajaan akan datang perlu diubah ikut nilai pemikiran mereka yang tidak fasih berbahasa kebangsaan dan berkiblatkan Taiwan?

Sudah puluhan tahun Dong Zong menuntut supaya kerajaan memberi ruang lebih luas kepada pendidikan kaum Cina dengan mengenakan tekanan demi tekanan perkauman melalui pelbagai tuntutan menjelang setiap kali pilihan raya.

Sejarah asal usul lahirnya UEC mesti diketahui apa lagi di pihak kerajaan PH kerana setiap polisi yang hendak dibuat bukan sekadar untuk memancing undi kaum setiap kali pilihan raya tetapi paling penting kestabilan negara dan pengukuhan negara bangsa untuk jangka panjang.

Jadi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini jangan malas mengkaji sebelum membuat keputusan. Kerajaan PH perlu meneliti susur galur perjuangan pendidikan Cina termasuk bagaimana wujudnya sijil UEC ini yang  merupakan hasil 'perjuangan' menolak sistem pendidikan kebangsaan.

Itu realiti, kerajaan dan penyokong PH tidak harus nafi. Laungan Malaysia Baru juga tidak ada makna jika kerajaan PH tunduk pada tuntutan perkauman ketika banyak lagi manifesto Harapan belum nampak tunas pun lagi.

Sebaliknya, jika PH cepat-cepat mengiktiraf UEC sekalipun terang-terang boleh menjejaskan usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan kebangsaan, hanya akan membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PH atau pemimpin-pemimpin Melayu dalam PH adalah alat atau tunggangan DAP.

Adakah itu yang PH mahu ketika kerajaan pasca PRU-14 terbina pun atas sokongan undi Melayu yang relatif jauh lebih rendah berbanding bukan Melayu?

Bahkan, kalau PH terpaksa mengiktiraf UEC dengan sebab terhutang budi dengan pengundi Cina pada PRU-14, jelas itu juga anggapan yang terlalu naif politik. PH buat pertama kali berjaya tumbangkan BN di peringkat Persekutuan kerana turut mendapat sokongan pengundi Melayu bukan hanya Cina semata-mata.

Kalau PH tidak mengiktiraf UEC pun dengan hujah tegas mengutamakan kepentingan kebangsaan dan menumpukan usaha menggilap perpaduan nasional melalui pemerkasaan sebenar sekolah kebangsaan, mustahil PH akan hilang majoriti sokongan bukan Melayu terutama pengundi Cina.

Tapi kalau PRU-15 nanti, pengundi Cina boleh pula majoritinya menolak PH atas alasan kerajaan tidak mengiktiraf UEC seperti termaktub dalam buku Harapan, itu isyarat jelas untuk kita semua sebagai RAKYAT yang mencintai tanah air ini satu-satunya, BANGKIT tidak memberi muka langsung kepada bermacam-macam desakan perkauman sejak zaman merdeka lagi yang sebenarnya mengancam penerapan nilai-nilai kebangsaan yang telah lama disepakati untuk masyarakat berbilang kaum hidup rukun damai.

#TolakUEC
#JanganLayanDesakanCauvinis
#UtamakanPendidikanKebangsaan