Tuesday, May 29, 2007

PRODUK BATANG KELAPA

(Murah...! Hanya RM4 sebatang)

Bagan Datoh memang sudah dikenali dengan tanaman kelapanya. Buku geografi sekolah rendah semasa saya belajar dulu ada mencatatkan fakta itu.

Sebatang pokok kelapa boleh digunakan untuk 1001 macam keperluan. Daripada akar sehinggalah ke pucuk pohon kelapanya. Antaranya daun kelapa boleh dijadikan sarung ketupat dan sebagai hiasan untuk majlis keramaian masyarakat India dan Orang Asli. Lidinya pula boleh dibuat penyapu dan batang satay.

Umbutnya boleh dibuat sayur dan popular untuk masakan lemak. Buah kelapanya sudah tentu sebagai produk utama untuk menghasilkan minyak masak disamping air kelapa muda menjadi pembasah tekak. Di Kuala Lumpur harga sebiji kelapa muda sudah mencecah RM2.50, itupun yang dijual di bawah-bawah pokok tanpa ada lesen penjaja.

Balik kampung membawa anak-anak bercuti semalam, disambut dengan deretan batang-batang kelapa yang sebahagiannya dimasukan ke dalam parit. Sepanjang hidup di kampung sebelum bersekolah dan berhijrah ke bandar, saya belum pernah melihat suasana itu.

Sejak dulu saya memang terdedah dengan kewujudan kilang tempurung dan sabut kelapa di kampung. Kilang tempurung kelapa milik saudara sepupu saya hanya di seberang jalan dari rumah ibubapa saya. Tempurung kelapa selepas diproses boleh digunakan untuk lapisan atas meja perabot yang dikenali sebagai ‘fomica’.

Kilang sabut kelapa di Teluk Intan dulu pernah menghasilkan beribu-ribu tan tali kapal dan beraneka jenis tali sebelum tali plastik diperkenalkan.

Di pekan kecil Simpang Tiga yang jaraknya hanya tiga kilometer dari rumah ibubapa saya, ada sebuah lagi kilang menghasilkan bahan daripada kelapa. Kilang santan kelapa secara peket itu memasarkan keluarannya ke seluruh negara dan luar negara.

Dan batang kelapa yang direndam sebahagiannya ke dalam parit itu pula dikatakan dibeli oleh sebuah syarikat. Sebatang dibeli dengan harga hanya RM4. Walaupun saya tidak pasti harga pasarannya yang sebenar, saya rasa harga itu terlalu murah.

Ia dikatakan untuk diproses sebagai papan lapis. Dibeli daripada penduduk atau pemilik kebun kelapa yang akan mengantikan tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit.

Mengapa direndam di dalam parit? Disebabkan tiada tempat untuk mengumpul batang kelapa itu, ia terpaksa diletakkan sebegitu rupa sebelum diangkut ke kilang memproses.

Walaupun tinggal di bawah pohon kelapa yang mempunyai 1001 kegunaan, pendapatan penduduk hasil daripada keluaran tanaman itu amat menyedihkan. Semua harga bahan berasaskan kelapa terlalu murah.

Perbezaan harga diantara kampung dan Kuala Lumpur seperti langit dengan bumi. Contohnya sebiji kelapa yang dijual kepada peraih hanya berharga 25 sen berbanding kelapa parut di kedai runcit di Kuala Lumpur dijual dengan harga RM2.00 sebiji.

12 comments:

  1. salam....
    tlg bg alamat penuh kilang sabut kelapa...sy mmg mencari kilang sabut kelapa...0192580833

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamat tak pasti .
      .kene nnt tya kat guard dia tya alamat".

      Delete
  2. salam...
    sy adlh student ukur bahan....
    leh x bg almt kg nie...
    coz skunk nie kami ngh wat research psl batang pokok kelapa...
    kami nak jadikan btg pokok kelapa sbg kemasan lantai...
    dihrp saudara dpt membantu...
    terima kasih...

    ReplyDelete
  3. kalo boleh sila emailkan ke amieyra_58@yahoo.com...
    tq so much...;p

    ReplyDelete
  4. saya pun ada 12 batang pokok kelapa tua nak dibuang. Siapa berminat sila emel pulutkuning@gmail.com.. tq

    ReplyDelete
  5. Mencari ruangan pengiklanan..???
    kami menawarkan pakej menarik untuk mengiklankan perusahaan anda dimana terdapat hebahan percuma melalui radio web.

    Sumbangan iklan yang anda berikan akan disalurkan ke Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) iaitu Badan Bukan Kerajaan (NGO) DAN anda juga akan mendapat "penolakan cukai pendapatan".

    sekarang ini terdapat "promosi harga" bagi pengiklanan anda yang jauh lebih murah berbanding pengiklanan di luar sana.Promosi sah Sehingga 20/11/2013

    Pembelian ke atas iklan ini dianggap sebagai sumbangan dan dapat pengecualian CUKAI TAFSIRAN

    saiz A4(FULL PAGE ) = RM22OO
    Saiz 1/2 (130mm x 195mm) = RM1200
    saiz 1/4 (100mm x 130mm) = RM 600
    saiz 1/8 (63mm x 95mm)= Rm 280.00
    saiz 1/14 (23mm x 78mm)=RM 200
    saiz 1/20 (25mm x95 mm ) = Rm 150
    saiz 1/35 (35mm x 37mm ) = RM 100

    ReplyDelete
  6. Berape harga sabut kelape d pasaran skrg?

    ReplyDelete
  7. Tak de ni nak jual sabut kelape byk nih;.

    ReplyDelete
  8. Klau tmpurung kelapa sahaja xda ke...sy nk kuantiti yg byk..

    ReplyDelete
  9. Saya nak cari cocopeat..boleh tlg bagi no tel utk dihubungi. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Saya nak cari cocopeat..boleh tlg bagi no tel utk dihubungi. Terima kasih
    No saya 0182022182

    ReplyDelete
  11. Saya ada 20 batang pokok kelapa
    SeSiapa nk batang pokok kelapa
    0173219504 call me

    ReplyDelete