Dubai adalah salah satu kota ekspatriat yang terus memerlukan lebih ramai tenaga kerja sama ada profesional atau bukan profesional dari luar.Tahun 2006 sahaja, seramai lebih 200,000 ekspatriat baru dan 90% dari penduduk adalah ekspatriat terutama dari asia selatan dan eropah.
Sebuah laman dan blog telah diusahakan oleh rakyat Malaysia di negara itu untuk menyiarkan iklan-iklan kerja kosong dari pelbagai sumber untuk mereka yang berminat. Di samping menjawab apa-apa persoalan yang boleh dijawab mengenai peluang pekerjaan dan yang berkaitan dengan iklim pekerjaan.
Dikatakan sudah ada melebihi dua ribu tenaga profesional Malaysia di UAE melitupi pelbagai sektor, terutama penerbangan dan pembinaan. Jumlah ini terlalu kecil berbanding dengan ekspatriat negara lain, jadi kita perlu menambahkan bilangan ekspatriat Malaysia.
Malaysia masih lagi dihormati sebagai sebuah negara yang berjaya menghasilkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang.
Di bawah diperturunkan jemputan karnival kerjaya yang dianjurkan mereka di Malaysia. Rakan saya Fudzail yang sudah menetap di UAE dan kini bercuti sebulan di Malaysia mengirimkan email itu kepada saya.
Adalah dijemput kepada semua yang berminat untuk bersama www.malaysian-uae.com di bengkel 'Peluang-peluang Pekerjaan di UAE' sempena Karnival Kerjaya Kuala Lumpur anjuran JTKKL, Kementerian Sumber Manusia Tarikh : 2 September 2007 Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Dewan Besar, UTM Kampus City Cawangan Kuala Lumpur
Perjalanan Anak Lanang sebagai ahli politik berliku-liku. Untuk mencapai kemuncak dalam karier tidak mudah dan amat berbeza jalannya dengan kawan lain.
Ada kawan Anak Lanang yang baru setahun jagung masuk politik sudah naik ke puncak. Tapi rapuh dan jatuh walaupun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ada kawan Anak Lanang menikamnya dari belakang. Untuk mendapatkan tempat di barisan kepimpinan, kawan itu sangggup menipu, menggunakan wang dan memburukannya. Tapi orang macam ini dapat jugak jadi menteri pasal pandai guna ‘senjata’.
Anak Lanang walaupun dah jadi Ketua Sayap parti masih macam itu juga. Kawan-kawan seangkatan dah jadi menteri kanan, dia masih jadi orang nombor dua di kementerian tak glamour, itupun kena kongsi jawatan.
Pemimpinnya mungkin terlepas pandang atau termakan nasihat mereka yang berkepentingan. Tapi ahli-ahli parti mungkin ada pertimbangan mereka sendiri dan terus memilih Anak Lanang menjadi sebahagian pemimpin mereka.
Apapun tugas dan tanggungjawab Anak Lanang untuk membela bangsa harus diteruskan. Walaupun satu ketika dulu pernah dibenamkan ke dalam lumpur oleh ketua sendiri kerana tidak sehaluan, namun itu tidak mematahkan semangatnya. Sekarang ketuanya semacam jilat ludah sendiri dan lumpur sudah terpalik ke mukanya.
Semasa dibenam dalam lumpur dahulu tiada siapa berani mendekatkan diri dengan Anak Lanang. Baru dia tahu siapa kawan dan siapa lawan, yang tinggal bersama-samanya hanyalah keluarga dan adik-beradik. Kerana hakikatnya semut hanya sukakan gula.
Pernah Anak Lanang putus harapan dan tidak mahu meneruskan perjuangan. Tetapi akhirnya akur dengan liku-liku perjuangan yang perlu ditempuh.
Pada tahun 1998, Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah mengkritik kepimpinan Dr Mahathir dalam isu nepotism dan kronism termasuk menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan yang dimiliki oleh Datuk Mirzan Mahathir.
Bukankah hampir dua jam semasa penggulungan Ucapan Dasar Presiden, Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk membelasah Zahid atas alasan beliau telah mencemar nama baik parti. Saya berani cakap hal ini kerana saya pernah jadi Setiausaha Akhbar kepada Datuk Zahid masa beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jangan pula nanti ditambah fitnah kata saya dipecat oleh Datuk Zahid.Kalau saudara mahir tentang sejarah politik negara khususnya pada hujung tahun 1990 dan awal 2000 pasti sangkaan itu tak berbangkit. Soalnya kenapa Zahid dikatakan menggugat parti kerana mengkritik Dr Mahathir tetapi bila Dr Mahathir membelasah kepimpinan hari ini, ia tidak dikira menjejaskan nama baik UMNO. Apakah tidak menjejaskan UMNO apabila Dr. Mahathir menuduh UMNO akan membeli undi untuk menang dalam pilihan raya.
Untuk mengikuti tulisan Hanafiah Man sepenuhnya, sila klik AgendaDaily.
Maaf lama saya tak layari laman blog sdr ni. Sebenarnya saya tak sihat & dalam medication. Ni baru lega sikit.
Kita nak organise reunion ni pun tak tau macamana. Tempat dah okay cuma saya nak organise catering je. Setakat ni saya tak tau berapa ramai yg nak dtg. Kalau tak ada sambutan kita minum kat kedai mamak je la. Anyway saya harap tuan/puan dapat sahkan kehadiran.Sekian, terima kasih. August 21, 2007 12:01 AM
Itu komen Mejar (B) Fauzi Abdullah salah seorang penganjur reunion Regular 21. Tetapi setahu saya ramai skot yang sudah tahu mengenai penganjuran majlis pada 2 September itu. Mungkin kita kena 're-confirm' melalui telefon kerana tidak semua daripada kita yang senang untuk membuka email.
Semalam Kol Fadzelette ada memberitahu majlis di Mess Pegawai Jurutera Pakar (dekat Tugu negara) itu 'on' dan dia telah meminta PAnya menghubungi skot-skot dalam ATM. Manakala Kol Masranipun begitu agresif mewar-warkan majlis itu.
InsyaAllah kita dapat bertemu di majlis reunion itu.
Sejak emak dan bapak menerima rawatan di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), hospital ini telah menjadi rumah kedua kami. Masyarakat pekedai dan jemaah Masjid Jamek Kampung Baru pula sudah menjadi seperti masyarakat kampung saya di Bagan Datoh.
Kedudukan KBMC yang berhadapan pintu besar Masjid Jamek menyenangkan waris pesakit, pekerja hospital dan doktor-doktor menyertai jemaah setiap kali waktu solat tiba. Saya yang sering menemani emak dan bapak di KBMC seolah-olah berada berdekatan Masjid Nabi di Madinah atau Masjidil Haram di Makkah. Setiap kali azan berkumandang, berduyun-duyun mereka menuju masjid meninggalkan pekerjaan masing-masing.
Kampung Baru adalah satu-satunya kampung tradisi Melayu yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1920-an oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selangor, iaitu semasa rancangan pembangunan semula Kuala Lumpur dari sebuah kampung lombong timah kepada sebuah bandar utama.
Hari ini, Kampung Baru menjadi sebuah kampung Melayu moden. Beberapa rumah berkayu telah ditukar kepada rumah batu-bata. Namun, masih ada lagi beberapa rumah tradisi yang kekal.
Banyak rumah sudah ditukar menjadi kedai-kedai dan restoran. Laman-laman rumah pula menjadi kunjungan pelanggan untuk menikmati pelbagai juadah.
Rumah banglo pusaka keluarga Mohsin Abdullah (Ketua Editor NTV7) yang berada berhampiran masjid yang biasa saya kunjungi ketika zaman reformasi dulu, kini juga sudah bertukar wajah. Di lamannya kini terdapat sebuah replika kapal yang digunakan sebagai dapur dan kaunter bayaran sebuah restoran masakan barat.
Restoran-restoran baru bagaikan cendawan tumbuh, antaranya Restoran Wong Solo, yang mempunyai lebih 40 rangkaiannya di Indonesia.
Selain itu terdapat Kafe Roti Arab Baladi milik ‘orang Perlis’ yang sekali rasa hendak lagi. Di seberang jalan bertentangan dengan mimbar masjid terdapat Restoran masakan Minang kepunyaan anak saudara tukang jahit dan pelakon Den Wahab. Restoran terbuka masakan Siam, Tom Yam 3000 juga baru dibuka berhadapan Kafe Roti Arab.
Bagi mereka yang menemani saudara-mara yang sakit di KBMC, lupakan sajelah untuk mengamalkan ‘diet’.
Stadium Merdeka bakal mencatat sejarah dengan penganjuran pertunjukan Tatu Antarabangsa KL 2007.
Ia julung kali diadakan dengan menghimpunkan 13 pasukan angkatan tentera dan pertahanan dari dalam dan luar negara yang bermula dari 7 hingga 9 September ini.
Tiket-tiket berharga RM5 dan RM10 mula dijual sejak 1 Ogos lalu. Sila layari Pautan Angkatan Tentera Malaysia di bawah atau laman ini.