Tuesday, March 27, 2007

TENTERA DARAT BERSAMA MEDIA


Pertandingan menembak sabtu lalu membawa kenangan manis bagi tim Berita TV9 yang pertama kali menyertai acara itu. Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan menembak jatuh piring, pasukan itu telah mengungguli acara sampingan iaitu kemahiran asas ketenteraan.

Antara acara yang dipertandingkan, memasuk dan mengeluarkan peluru, menamakan pangkat, membuka dan memasang senjata serta memasang khemah.

Anggota pasukan yang terdiri daripada ‘orang muda’ (kecuali seorang Otai) telah menunjukkan semangat keperwiraan yang tinggi. Mereka telah membawa pulang sembilan hadiah berupa hamper (5 daripadanya dimenangi oleh Otai yang seorang itu).

Kekecewaan terbayang di wajah tim TV3 yang mempertarungkan tiga pasukan pada pertandingan itu. Oleh kerana semangat ‘Media Prima’ yang tinggi, tim Berita TV9 dengan hati terbuka menghadiahkan kepada mereka satu hamper bagi mengurangkan kekecewaan kerana tidak memenangi sebarang hadiah.

Otai yang seorang itu juga telah memenangi tempat pertama dalam kumpulan VIP menembak jatuh piring. Dia telah menyumbang kemenangan kepada pasukan gabungan diketuai Panglima 1 Divisyen, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Efendy yang mengalahkan pasukan gabungan diketuai Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhamad Ismail.

Rahsia keunggulan tim berita TV9 akhirnya terbongkar. Rakan-rakan skot Otai (kebanyakannya berpangkat Lt Kol dan Kolonel) yang turut berada di lapang sasar telah membocorkan rahsia. “Otai itu rakan skot kami di RMC”, bisik mereka.

Seorang pegawai berpangkat Leftenan Kolonel pula menyapa Otai yang berjalan seiring dengannya menuju ke tempat letak kereta, “Mana boleh, skot SO1 masuk bertanding”, usiknya.

Seorang lagi pegawai berpangkat Mejar dari unit PR Mindef pula mengusik anggota tim Berita TV9 yang lain, “Tahun depan boss you tu tak boleh bertanding, hilang peluang orang lain’.

Dan ketika Otai tak putus-putus tampil ke pentas utama untuk menerima hadiah, beberapa pegawai kanan (termasuk seorang senior Otai berpangkat Brig Jen) membisik sambil bergurau, ‘Lokman, mana boleh you saja yang bolot”.

Sebenarnya sebelum pertandingan Brig Jen Razif (seorang senior Otai yang baru balik daripada berkhidmat di London) mencabar, “Lokman, kalau you tak boleh kena target dan menang, malulah….malu RMC…lebih baik buat “forward roll” kat padang tu”.

Rakan-rakan skot lain juga banyak yang mencabar. Seorang lagi senior (Kolonel Malik) sambil bergurau berkata, “ Kalau you tak boleh, aku hantar you Court Marshall”, ketika beliau melihat Otai menyertai pertandingan mengira simbol dalam peta.

Sebenarnya kalau Otai tak boleh, memang tak patut. Bukan kerana Otai terror, tapi apa yang dilakukan itu hanyalah asas ketenteraan yang rekrut biasapun lebih pantas melakukannya berbanding seorang Jeneral.

Bukan kerana Jeneral lemah. Tetapi tanggungjawab Jeneral lebih menumpukan kepada strategi dan dasar pertahanan. Pelaksanaan operasi pula lebih tertumpu tanggungjawabnya kepada Panglima Medan, yang seterusnya kuasa memerintah dilakukan Panglima Divisyen, Panglima Briged, Pegawai Pemerintah Batalion dan pasukan sokongan. Itulah “Change in command” istilah yang sering digunakan.

Dan apabila Markas Pemerintah Tentera Bersama diwujudkan pertengahan tahun ini, perlaksanaan operasinya pula akan berbeza dengan apa yang sedia ada, sama ada di peringkat Panglima Medan (TDM) atau Panglima Armada (bagi TLDM). Ia melibatkan operasi bersepadu diantara ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Berbalik kepada senario di lapang sasar, gambaran-gambaran itu menandakan rasa sukacitanya rakan-rakan skot, senior dan junior Otai yang hadir pada hari itu. Mereka masing-masing gembira dengan kehadiran Otai , begitu juga Otai yang lama tidak bersua dengan mereka (ada yang lebih 20 tahun).

Seorang Pengarah Kor bertanya kepada Otai, “mengapa kamu berhenti?”. Jawab Otai, “Banyak benda Datuk, mungkin emak bapak tak restu. Kerana bila saya berhenti, mereka buat kenduri kesyukuran. Benda-benda lain mungkin hanya penyebab untuk saya berhenti”.

Tetapi yang peliknya, baru tahun lalu kakak Otai memberitahu, “Look, kamu tahu tak, emak dan bapa dulu selalu berdoa supaya kamu berhenti askar cepat”.


(Apapun susulan daripada pertemuan yang tidak disangka di Lapang Sasar, Kem Sungai Besi , Regular 21 mengadakan reunion makan malam di Restoran Seri Angkasa Menara Kuala Lumpur semalam (Isnin) yang dihoskan Kolonel Hassan Loman. Get together atau gether-gether seterusnya akan diatur)




Sunday, March 25, 2007

REUNION REGULAR 21



Pertandingan menembak Tentera Darat Bersama Media pada 24 March lalu mempertemukan sahabat lama yang sama-sama menjalani latihan dan belajar di RMC. Ada diantara mereka lebih 20 tahun saya tidak pernah bersua.

Banyak nostalgia lama yang terpancar di wajah kami. (Dari kiri : Mejar Muhammad, Lokman, Lt Kol Azmi, Kol Kamarul, Lt Kol Fadzellete, Lt Kol Aziz, Kol Hassan dan Mejar Fuad)



Ada cerita di sebalik foto ini.

Thursday, March 22, 2007

MENEMBAK LAGI.......

Sabtu ini Kementerian Pertahanan, khususnya Tentera Darat sekali lagi menganjurkan pertandingan menembak untuk rakan-rakan media. Maka akan berentaplah lagi orang-orang media di Lapang Sasar kem Sungai Besi menunjukkan bakat "ala Rambo" mereka.

Kali ini penganjur sekali lagi mengadakan acara sampingan sebagaimana tahun lalu antaranya memasang khemah, keluarkan peluru dari magazine, memasang raffle dan menamakan pangkat tentera. Tahun ini peserta turut dikehendaki mengalunkan lagu ketika jamuan tengahari.

Kita jumpa di sana....(tapi kali ini saya membawa jenama lain)

Wednesday, March 21, 2007

RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN PANJANG UMUR

KUALA LUMPUR, March 21 (Bernama) -- The average life expectancy for Malaysians has risen to 74 years now compared with 55 years during the country's independence, said Health Ministry Parliamentary Secretary Datuk Lee Kah Choon. He said the government was satisfied with the achievement because it showed that the standard of health for Malaysians had improved.

"Generally, the government is satisfied with the present status and will continue to raise the standard of health in the country to ensure a longer life expectancy," he said at the Dewan Rakyat sitting, here today.

(PANJANG UMUR UNTUK KESEJAHTERAAN MANUSIA LEBIH UTAMA...)

ANUGERAH SERI ANGKASA

Tahun ini Angkasapuri sekali lagi menganjurkan anugerah yang dikatakan berprestij, bukan untuk RTM tapi untuk semua stesen TV di negara ini. Tetapi dengar cerita pusingan awal mesyuarat oleh penganjurpun dah nampak lesu. Ramai "orang kuat" penal juri tidak hadir. Mengapa begitu? Atau memang itu "style" orang kerajaan bekerja.

Tunggu malam sebenar Anugerah Seri Angkasa. Harap-harap penonton di rumah dapat mendengar suara...

Sunday, March 18, 2007

PANGGILAN DR. J

Pengadu baru sahaja terima panggilan daripada Dr. J mengenai paparan di bawah. Harap-harap segala yang dikata, dikota. InsyaALLAH.

KISAH BENAR - JANJI DR. J.....

(Masih boleh bersabar........... Anda yang membaca petikan SMS inipun belum tentu boleh bersabar untuk membacanya sehingga ke penghujung...)

01/01/2004 1:27 pm
Ass ####. Maaf tidak dpt adakan dana spt sebut dulu kerana blm dpt. Krna kom hanya dpt keluar around 20 hb. Kalau ada mana mana yg awal saya hubung you seger.

22/01/2004 12:03 pm
Ass. Apa yg di beritahu ready about 5 up to 12 Feb. Ada I call you immediately. Wass. Tq.

06/02/2004 3:59 pm
Ass. Mlm ini dpt news terkini. Beritahu esok. Tq.

09/02/2004 10:23 pm
Ass. Terakhir saya dpt mengetam padi on 25/2 tapi kena reconfirm lagi besok mlm. Tq

06/03/2004 1:19 pm
Insha ALLAH ujung bulan ini kita dpt beras bukan padi lgi. Kilang sendiri. Reconfirm sabtu depan. Tq.

29/04/2004 10:42 am
Dpt confirm smlm funder arah bank hntr belanja. Tunggu bukti dri bank. Funder cakap tak smpai sini minggu ni. Jangka mingu dpn. Lps tu I kna mhon BNM. Baru dpt.

02/11/2004 8:39 am
Tq. InsyaALLAH akan smpai. Not before raya. Jangkaan end dec. Struggling to keep off running. My n Gabe health not the best. Kita still waiting yg sendiri control.

07/12/2004 9:16 am
Assall terakir diberitau dah ok hasil end dec or early jan. Doalah sentiasa. Tq

11/01/2005 9:21 am
Blm ada lagi. Saya akan dberitau pd 17 to 20 jan. Tq. Wass

27/01/2005 4:45 pm
Just talked 2 fund manager. He’ll email on mon. Busines stil good.

04/02/2005 9:22 am
No. Tak ada email n fax spti djanji. Tapi 2 director naik flight ptg smlm jmpa fund manager. Any new 2morrow I sms to u.

05/02/2005 9:25 am
Fr my dir this morning, we’ll get partial paynt end of month or early mar. Sama doakan moga jadi kenyt.


21/03/2005 5:10 pm
Tak ada berita terkini dari FIN MANAG I call sejak 2 day ago tak dpt tapi ikut my direct OK. Cuti sek I balik kg hpone kena cut. Pone pakai bil. Thir week dpt bri

25/03/2005 10:33 am
till last night blm dpt invt 4 me 2 go to sign doc. But acc my rep business is good. 4 your inf GABE is in GHKL since end DEC n in critical counting month.

04/05/2005 4:48 pm
Memang banyak x kena tipu. Tapi I rasa bleh kali ni. Jgn terlampau rigid date yg dberi. Sumpah apa yg dbritau my men still wking in HKG. Not finish yet. Don’t lo hop

10/05/2005 7:58 am
Dpt berita last night my people still in HKG n say they need up 2 weekend 2 comp the work. I’ll imf when new update. Tq

12/05/2005 3:51 pm
org I blk KL smlm. Krja blm siap. Fund manag stil wking in HKG n wait time POF to release out. We have to wait 4 anot 2 weeks bfor ready 2 go 2 bsiness. Sorry tq

27/05/2005 3:46 pm
Blm ada lgi. Org I pergi lewat ptg rabu. Blum dpt apa berita. I bersama dia d airport. Mengikutnya buss insyall smpai. Cuma found ada pertuk lemb pengarah. See 1 jun

19/06/2005 9:25 am
Sory, x jwab on time sbab no news. Last night at 11 dpt tel fund manag. Dia bank off n found people stil working n yestday work 3 hr. He said tue can finish n need

19/06/2005 9:29 am
2 weeks for proof of fund ready 4 business. Ada org dlm senarai lama kena disqualify sbab latar blakang n sikap. Lebih 10 org kena n GABE x in th list. Ni aja dlu

12/07/2005 10;50 am
Fund manager said need 2 more week. Orgnya cakap dia sdg cukupkan fee kpd foundation 20 org tlibat. Dlm group cuba adakan bulan ni. Business is still good n betul

25/07/2005 4:05 pm
So far ok. Diberitau apabila selesai. Doa aje moga berjaya dgn segera krana dah lama tunggu

25/08/2005 11:38 am
Inshallah tak jauh sgt. Ada progress. Banyak obstacles. I bergabong dgn group baru n now masih usaha tambah fee. New grp harap dpt dana terdekat. Harap dpt ok soon



22/09/2005 12:33 pm
Blm lagi. Told get something bfor end of th month. Will infm u upon getting th conf. Pl doa sama moga kerja selesai cepat . Tq

02/10/2005 9:40 pm
InshaALLAH we get something during Ramadan. Group is confident. Tolong doa sama.

22/10/2005 7:50 am
Mengikut perkembangan terakhir kelulusan ok dpt sikit sblm raya insyaALLAH berdasarkan terakir mlm tadi. Give u update bila dpt mungkin rabu tq.

26/10/2005 11:13 am
Saya akan hubung mlm mini bagitau perkembangan terakir. Tk

31/10/2005 10:28 am
Dah terima. Nanti lewat mlm saya dpt berita terkini

31/10/2005 8:16 pm
Blm lagi. Minggu dpn. Saya dgn group tu skrg. Dah lulus. Tunggu kemasukan saja. Confirm OK. Sabar. Tq

15/11/2005 11:45 am
Terpaksa sabar krana ketua no. 1 kita sgt sibok. Pada hari yg d sebut beliau dpt jmpa group ni. Tapi kerja dah lulus secara informal. Tk

28/11/2005 6:59 pm
Mayt be ok. Beritahu bila ada berita

16/12/2005 10:30 pm
Saya sdg mencuba mungkin antara 27 to 29. kalau ada lebih awal saya bagitau

27/12/2005 6:08 pm
Blm ada. Tapi kerja betul, Cuma akhir tahun n terlibat bank n bankers luar negeri. Dulu kita kira n mahu blaku sblm akir thn. Worst within 12 to 17 hb. Hrap leb aw

26/01/2006 12:07 pm
Masih menunggu. Business is moving. Hanya cara, perjalanan n pentadbiran has 2 to the authority req, I am working closely. Tq



04/03/2006 10:08 am
Tak d masa terdekat. Saya sdang bekerja menyiapkan kerja dgn group KL. Siap nanti saya akan beritahu. Tk

03/04/2006 4:24 pm
Memang ada. Skrang tunggu siap kecil dahulu baru d ikuti yg besar. Buat macam ini krana modal terhad. Beritahu u bila slesai. Tk

05/07/2006 2:39 pm
Blum dapat. No 1 blum ada masa utk jmpa bos saya. Tk

11/09/2006 6:04 pm
InsyaALLAH ready soon. Infm u when ready. Ini dana utk projek oleh kl group. Tiada kaitan dgn MR GABE’S company. Tk

20/02/2007 9:07 am
Ok. Tk InsyALLAH tak lama lagi. Akan hubung u bila selesai nanti.


(Nama penuh : Dr. J########## No K/P : 511############)
(Sentiasa berdoa.......…….)