Sunday, December 16, 2018

AHLI UMNO PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MELOMPAT PARTI KERANA MENINGALKAN 5 FAEDAH YANG SANGAT BESAR - LOKMAN ADAM


16hb Disember, 2018

Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar, malah angka sebenar adalah 37 orang ahli dan bekas MP UMNO. Namun apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanya kepada sebahagian Ahli Parlimen terbabit berhubung SD tersebut, mereka menjawab, mereka hanya akan menyokong untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu Anwar menjadi PM dan mereka tidak sesekali akan keluar parti. Itu apa yang dilafazkan kepada Presiden Parti”.

Saya tidak pasti siapa 37 orang ini,  namun saya boleh agak ada sekitar 11 MP Umno yang tidak menandatangani SD tersebut antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dato Sri Nazri Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa nama lain.

Malangnya, sepertimana yang saya jangkakan, peringkat demi peringkat, mereka menyusun MP yang telah menandatangani SD ini untuk keluar parti dan meletakkan kesalahan ke atas batang tubuh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid  dan mendesak beliau berundur. Salah seorang pengkhianat utama yang mengusahakan gerakan menarik MP untuk dipersembah kepada Tun M alhamdulillah telah keluar parti semalam, Hamzah Zainuddin.  Cuma yang menyedihkan, sudahlah tidak mempunyai rasa aib meninggalkan parti, ada hati pula beliau ingin mengugut Presiden supaya berundur jika tidak mahu 10 lagi MP UMNO lompat parti.

Kepada pemimpin dayus ini saya ingin berpesan, jangan sesekali kegagalan diri kamu sendiri hendak dipindahkan untuk dipikul oleh Ahmad Zahid.  Yang gagal menjaga isterinya sehingga kononnya digoda Anwar ialah Hamzah, bukan Zahid. Yang menggunakan rakaman perbualan telefon isteri sendiri bersama seorang lelaki yang dikatakan Anwar untuk mendapat habuan dari Daim ialah Hamzah, bukan Zahid.  Dan hari ini, bila Anwar dah hampir-hampir hendak ambil alih sebagai Perdana Menteri, yang gelabah tidak tentu pasal kumpul MP UMNO sokong Mahathir dan atur orang desak Presiden berundur juga adalah Hamzah, bukan Zahid.  Jangan fikir kawan-kawan lama tidak mengikuti perkembangan beliau.

Sehubungan itu, ahli UMNO perlu memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO yang telah melafaskan ikrar beliau untuk mengukuhkan jedudukan UMNO dan ketegasan beliau bahawa UMNO tidak akan berkerjasama dengan DAP.  Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO perlu bersedia menghadapi kemungkinan paling buruk, iaitu kesemua 37 individu terbabit, akhirnya akan keluar daripada parti dan MP UMNO mungkin tinggal kurang dari 10 orang.

Bagi saya, pemergian pemimpin-pemimpin UMNO ini adalah hadiah istimewa bagi akar umbi UMNO.  Mereka yang pergi adalah mereka yang mempunyai masalah dan bimbang akan didakwa oleh regim Mahathir DAP.  Sebaliknya, mereka yang tidak gentar dengan ugutan kerana tahu mereka berada dipihak yang benar, mereka akan tetap menentang Regim Mahathir DAP walaupun berhadapan dengan risiko didakwa.

Perkembangan ini akan bawa 5 faedah besar untuk UMNO :

1. Apabila sebuah parti yang mempunya jumlah ahli teramai, iaitu 3.5 juta orang, tetapi hanya tinggal 10 MP, kita akan kehilangan  “bargaining power”.    Tawaran yang kita akan terima daripada pihak yang ingin membentuk kerajaan campuran dengan kita pasti tidak berbaloi untuk kita terima.  Ini bermakna, tiada lagi pemimpin NO akan cuba bentuk kerajaan dari pintu belakang dan mereka semua akan fokus mula melakukan kerja-kerja menguatkan UMNO supaya kita boleh merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan bersama PAS dan komponen BN lain. 
2. Umno akan jadi sebuah parti yang bersih dari pemimpin yang bermasalah, rakyat akan lebih yakin dengan UMNO. Segala tuduhan sebagai pemimpin rasuah dan korup akan berpindah kepada PPBM.  Lagi banyak modal untuk kita serang PPBM selepas ini.
3. Kemasukan Pemimpin UMNO Sabah kedalam Bersatu adalah mesej jelas bahawa Tun M akan mengkhianati janji-janji yang beliau lafazkan kepada Dato Sri Shafie terutamanya berhubung MA63, hasil cukai yang perlu dipulangkan kepada Sabah dan persetujuan Bersatu tidak akan masuk Sabah. Pengkhianatan ini pasti akan menyebabkan 8 MP Warisan mungkin akan menarik balik sokongan terhadap Mahathir dan beralih ke Anwar.  Bila rakyat Sabah dikhianat, hampir pasti rakyat Sarawak akan mengambil iktibar dan akan menyebabkan 19 MP Sarawak lebih selesa berkerjasama dengan orang lain asal bukan Tun M.
4. Jika sebelum ini banyak permintaan DAP terpaksa ditunaikan Tun M kerana 42 MP DAP menguasai Perdana Menteri yang hanya mempunyai 13 kerusi itu, adakah anda fikir DAP gembira bila jumlah kerusi PPBM semakin banyak?  Malah DAP sudahpun mengugut untuk keluar Pakatan Harapan dan tidak mustahil, parlimen akan digantung malah mungkin dibubarkan sepertimana diidamkan UMNO dan PAS.
5. Penyertaan tokoh-tokoh UMNO kedalam PPBM juga sudah pasti difahami oleh Anwar dan Rakan-rakan PKR lain.  Ini sudah pasti langkah untuk memadamkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.  Tindakan Mahathir ini mungkin akan mengubah sifat penakut Anwar kepada Lawan Tetap Lawan semula!  Senario ini juga akhirnya mungkin membawa kepada pembubaran parlimen.

Itu sebabnya, saya menyeru semua teman-teman UMNO untuk melihat Pengkhianatan Pemimpin UMNO yang lompat parti ini sebagai rahmat dari Allah untuk membantu UMNO kembali ke tampuk pemerintahan bersama PAS. Usah bersedih, yang penting, mulakanlah gerak kerja pilihanraya dari sekarang.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pastikan setiap anak, isteri, jiran, sahabat dan saudara-mara kita mendapat maklumat sahih terus dengan klik join di https://telegram.me/lokmanadam

Saturday, December 15, 2018

Luahan rasa Najib Razak


Saya berasa sedih melihat rakan-rakan seperjuangan lama saya patah semangat dan mula meninggalkan UMNO.

Ada di kalangan mereka ini dahulu saya dan akar umbi UMNO bantu begitu banyak terutamanya dari segi karier politik mereka.

Kerana kita percaya dan yakin walau apa pun berlaku mereka akan terus menjadi nakhoda kapal dan memimpin akar umbi UMNO.

Sudah tentu saya kecewa.

Tetapi apakah daya kita kini jika perjuangan UMNO tidak lagi dalam minda dan hati mereka.

Adakah apa yang dikatakan benar bahawa yang dikejar hanya jawatan dan peruntukan?

Jika begitu, UMNO kini melalui proses pemutihan semula jadi dan Insya-Allah akan bangkit lebih kuat semula.

Kita tidak ada apa-apa lagi di UMNO hari ini. Yang ada hanya kain di tubuh dan hati membara.

Kita berbekalkan semangat perjuangan, persaudaraan dan yang paling penting - keikhlasan untuk rakyat dan kesayangan mereka terhadap kita.

Dan memang pun itu asas penubuhan, perjuangan dan kekuatan UMNO.

Bagi saya, tidak adil juga jika kepimpinan UMNO hari ini dipersalahkan atas segalanya.

UMNO tidak mempraktikkan amalan diktator dan menggalakkan akar umbi dan ahli-ahli bersuara memberi pandangan membangunkan semula UMNO.

Ya, ini satu masa yang mencabar kerana kita di bangku pembangkang. Namun, tidak ada juga sekatan suara terhadap sesiapa untuk memberi pandangan terhadap dasar Kerajaan hari ini.

Kita masih diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka.

Berikanlah keyakinan semula kepada rakyat bahawa kita mampu dan berkebolehan, kita benar-benar bangkit untuk rakyat.

Jangan kita lupa perjuangan UMNO.

UMNO hidup bukan kerana seorang dua.

UMNO adalah satu perjalanan dan perjuangan hidup bersama.

UMNO adalah sebuah parti yang pada awalnya ditubuhkan oleh rakyat dan kerana rakyat selama berdekad lamanya, dan tetap akan berjuang untuk rakyat.

Saya menyeru kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan halatuju politik sendiri.

*Sama-sama kita kukuhkan UMNO yang telah memayungi kita selama ini, sama-samalah kita bangkit dengan UMNO yang kita sayangi ini.*

*Hanya kerana satu sebab tuan-tuan dan puan-puan - rakyat di hati.*

*Luahan Hati Tan Sri Shahrir Samad* SIAPA KITA, KALAU KITA SEORANG WAKIL …

Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini.

Yang dijadikan sebab, pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!

Jadi sebaliknya, adakah halatuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?

Pelik juga, saya memikirkan pilihan perjuangan mereka ini.

Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya-tanya adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat. Itukah hak mereka sejujurnya?

Saya tertanya-tanya keputusan mereka yang melom pat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janjijanji mereka kepada pengundi walaupun manifesto PH bukan kitab suci. Jadi mengapa pula halatuju PH lebih baik daripada UMNO?

Sebaliknya, dari tinjauan saya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang. PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing pusing dan berdolak dalik dalam banyak perkara. Dalam soal "rule of law" pun, jelas nampak penguatkuasaan undang2 pun memilih bulu. Kalau tidak bersama mereka, bolih dituduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan ataupun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu. Tuduhan yang diuar-uarkan dalam media pun bolih berubah bila dihadapkan di mahkamah.

Isu ratifikasi ICERD pun bolih berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana.

Ahli-ahli menteri PH tetap berkokok ICERD akan diratifikasikan tahun depan.

Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula dikelirukan olih menteri agama PH. Sehingga ada kenalan saya yang baharu sahaja menunaikan fardhu Haji yg termenung seketika memikirkan samada ibadah Haji nya dibiayai dengan duit tidak sah. Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu. Betul-betul menteri agama PH tidak cukup bijaksana!

Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan. Apa lagi kalau ditenguk lagi pengurusan kewangan negara! Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!

Tenguk-tenguk, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang dicekau dan aset Khazanah yang dijual!

Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir. Harga sawit dan getah, kedua-dua sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon2 UMNO, pun di paras harga yang merbahaya. Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal2 kommoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu. Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang bolih dilakukan kerajaan PH. Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luarbandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat. Ekonomi bebas lah!

Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi2 wakil2 rakyat UMNO

Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti dijanjikan? Sebenarnya, kalau hendak dilaksanakan olih kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua-pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun

Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?

DAP dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini. Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadia melompat parti ini. PAS pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu.

Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju. Namun, kepada rakan-rakan saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka mencari-cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka.

12hb Dis 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Kerja pembangkang lemahkan Kerajaan bukan Presiden parti sendiri


https://pakdin.my/kerja-pembangkang-lemahkan-kerajaan-bukan-presiden-parti-sendiri/

Yang dah kalah bertanding dalam parti dan yang melompat parti jangan jadi macam enau dalam belukar.

1. Saya bukan orang Presiden. Tapi apabila Ahmad Zahid menang beliau perlu diberi ruang mencorakkan hala tuju UMNO dalam tempoh tiga tahun ini.

2. Sudah tentu kita berhak mengkritik kepimpinan beliau kerana ini parti demokrasi. Saya juga sering melakukan perkara yang sama. Namun kritikan dan teguran harus ada batas dan adab. Janganlah meroyan macam seorang calon Presiden yang kalah.

3. Andaian bahawa wakil rakyat UMNO tidak akan keluar parti jika Presiden UMNO hebat adalah penyedap rasa sahaja. Hakikatnya wakil-wakil rakyat UMNO akan tetap keluar parti walau siapa pun Presiden.

4. Ini kerana yang keluar parti bukan faktor dalaman tetapi kerana faktor luaran yang tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa Presiden UMNO pun.

5. Kenapa ahli perlu gundah gulana apabila ada wakil rakyat keluar UMNO. Adakah kita tidak dapat makan bila mereka keluar parti? Apakah hidup kita terjejas kerana parti kekurangan wakil rakyat?

6. Hakikatnya, apabila tidak berkuasa, sama ada parti ada 50 ahli parlimen atau 10 orang sahaja tidak banyak berbeza.

7. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak mempunyai kerusi sebanyak UMNO hari ini namun mereka berjaya menjadi kerajaan.

8. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini juga kehilangan ramai pemimpin sebelum pilihan raya namun mereka menang kerana isu dan ahli yang kekal dengan perjuangan parti.

9. Kita kecewa dengan sikap wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menyertai Bersatu. Namun mereka juga perlu membuat pilihan atas keutamaan diri.

10. Percayalah sesiapa pun menjadi Presiden UMNO, ahli parlimen ini tetap akan keluar parti kerana ada desakan lain di luar kawalan parti.

11. Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.

Oleh: Ab Jalil Backer

Friday, December 7, 2018

BILA CINA JADI TUAN, MELAYU JADI HAMBA

1. Speaker DUN Perak dari DAP, Ngeh Koo Ham dengan angkuh telah menolak usul ICERD untuk dibahaskan.

2. Usul itu yang dibawa oleh Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Seri Ahmad Faizal bersama wakil BN, Ahmad Saidi telah ditolak mentah-mentah oleh Ngeh Koo Ham.

3. Itulah hebatnya parti bernama DAP ini. Usul yang ingin dibentang oleh Menteri Besar pun boleh ditolak begitu sahaja.

4. Jadi siapa tuan sekarang?

5. Usul yang bertujuan untuk menyatakan bantahan kepada ICERD kini perlu meminta izin dari Speaker Cina DAP.

6. Mana maruah orang Melayu bila dipijak dengan begitu senang sekali oleh pemimpin DAP?

7. Sebenarnya Ngeh Koo Ham tiada hak pun untuk bersuara kerana usul anti-ICERD itu adalah hak orang Melayu. Tapi malangnya di dalam PH, DAP adalah Tuan Besar.

8. Kalau masih buta lagi tidak tahulah. DAP tidak akan sesekali redha jika ICERD tidak dilaksanakan, dan mereka pasti akan mencari jalan untuk memastikan rancangan jahat mereka berjaya.

9. Pemimpin Melayu PH patut malu kerana mereka kini bagaikan hamba, terpaksa minta izin tuan DAP mereka, walaupun dalam hal kepentingan orang Melayu sendiri.

10. Sungguh memalukan.

.
*sila like page kami NEGARA INSIDER. Kami memerlukan sokongan anda*

*Catatan:*

Mohon setiap ahli group yg terima mesej ini sila viralkan ke seluruh group yg anda ada....viralkan setiap posting2 berkaitan   *HIMPUNAN KESATUAN UMMAH 812* agar sasaran kita utk capai 1juta org tercapai ... wlupn pihak musuh sedaya upaya menggagalkan perhimpunan ini....

*#SukarelawanBelaIslam/SBI*
*#UmmahBangkitBersatu812*
*#UMMAH BANGKIT/BERSATU/BERUBAH/BERKUASA/BERJASA*

Monday, December 3, 2018

Kenyataan Media Dato’ Mohamed Khaled Nordin Naib Presiden UMNO Malaysia (Bahawa penjawat awam dimanjakan & kenaikkan gaji punca kos sara hidup meningkat)


1. Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mendakwa pentadbiran dahulu terlalu manjakan penjawat awam sehingga perbelanjaan pengurusan negara meningkat berbanding era beliau sebelum ini. Saya berpandangan Beberapa perkara mesti diambil kira dengan teliti dan mendalam sebelum membuat penilaian yang terlalu umum dan bersifat pukul rata seperti itu.

2. Pertama, kita mesti melihat jumlah dan nisbah kakitangan awam berbanding penduduk negara kita.

3. Misalnya, pada tahun 2003, dengan populasi kira-kira 25 juta orang, penjawat awam kita adalah kira-kira 1 juta orang. Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:25.

4. Sedangkan kini pada tahun 2018, jumlah saiz populasi kita adalah seramai 32.4 juta orang dengan kekuatan penjawat awam seramai 1.62 juta orang. Ini menjadikan nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:20.

5. Lebih penting, kita mesti melihat siapakah golongan atau sektor yang membentuk peratusan terbesar dalam keseluruhan komposisi penjawat awam di negara kita. Mereka adalah dari sektor pendidikan seperti guru, anggota keselamatan seperti tentera, polis, pegawai kesihatan dan lain-lain.

6. Berbanding dengan negara-negara di Eropah misalnya. Kakitangan awam mereka didefinisikan dengan sangat spesifik sehingga dipecahkan kepada perkhidmatan awam, sektor kesihatan dan hospital serta keselamatan.

7. Jadi, jika digabungkan kesemuanya, seperti yang dilakukan oleh Malaysia, sudah pastilah jumlah mereka juga amat besar dengan anggaran nisbah kira-kira 1:10. Jumlah ini hampir dua kali ganda lebih ramai dari Malaysia.

8. Begitu juga dengan nisbah perkhidmatan awam kepada populasi penduduk di negara-negara lain seperti Jerman ( 1:16), UK (1:11), AS (1:14), Australia (1:12) dan New Zealand (1:13).

9. Jadi, ini bermakna, jumlah kakitangan awam Malaysia sebenarnya tidak besar. Sebaliknya, berpadanan dengan keperluan dan nisbah populasi penduduk negara. Sekali pun berlaku peningkatan jumlah kakitangan awam, ia tidak secara automatik bermaksud kita mempunyai lebihan kakitangan awam.

10. Zaman sudah berubah, populasi kita bertambah, orientasi dan bentuk kerja hari ini juga sudah tidak sama seperti dahulu. Kita tidak booeh bandingkan semua perkara dengan zaman silam. Seolah-olah sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.
11. Kedua, kita perlu bersetuju bahawa sumbangan kakitangan awam dalam pengurusan serta pembangunan negara kita adalah sangat besar dan penting. Tidak ada kerajaan biar dari mana-mana parti sekalipun yang dapat menafikan perkara ini.

12. Jadi, saya bersetuju dengan pandangan yang melihat kenyataan YAB Perdana Menteri ini sebagai tidak wajar. Sebaliknya, beliau perlu mengambil pendekatan untuk mengukuhkan keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam.

13. Misalnya, memberikan lebih banyak ruang untuk menerima latihan dan kursus khas yang berkualiti, meletakkan KPI dan sasaran yang jelas serta mengubah suai sistem yang ada dengan menjadikannya lebih bersifat teknologi terkini, mesra pengguna dan mudah. Malah, kerajaan mesti menawarkan insentif yang menarik untuk menggalakkan bakat-bakat terbaik bangsa kita menyertai perkhidmatan awam.

14. Ketiga, YAB Perdana Menteri mendakwa kenaikan gaji 2 kali setahun juga menyebabkan penjawat awam dimanjakan dan ia menyebabkan kos sara hidup meningkat dan menyebabkan perbelanjaan negara tinggi.

15. Kalau kita semak semula, salah satu naratif Kerajaan semasa sewaktu kempen PRU adalah gaji kepada tenaga kerja Malaysia yang rendah dan tidak kompetitif.

16. Sebab itulah, had gaji minimum sebanyak RM1500  adalah antara perkara utama yang mereka tawarkan sebelum ini, walaupun selepas menang hanya menetapkan gaji minimum sebanyak RM1050 dan kemudiannya disemak semula kepada RM1100.

17. Jadi, jika Kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam, ini adalah satu langkah baik yang wajar disokong dan terus ditambah baik. Bukannya dipertikaikan tanpa asas yang jelas.

18. Lebih penting, tanpa kenaikan gaji sekalipun, harga barang akan tetap naik.

19. Hujah yang menuduh bahawa kenaikan gaji kaki tangan awam adalah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang adalah sangat tidak tepat dan tidak logik.

20. Ia ibarat satu naratif dan alasan baharu yang kini dikeluarkan oleh Kerajaan semasa akibat kegagalan mereka untuk mengawal harga barang.

Saturday, December 1, 2018

Surat untuk Tun.....

Assalamualaikum Tun

Ini semua berpunca dari Tun. Tun terlalu tamakkan kuasa. Tun dan kuncu²  politik Tun sanggup menipu dan menfitnah rakyat. Apabila Tun dan kuncu²  Tun dalam Pakatan Harapan membina kerajaan, semuanya termasuk Tun tidak bersedia untuk mentadbir.  Para menteri dilantik sekadar tangkap muat.

Ketika di bawah PH, kami rakyat marhaen tidak pun dapat melihat sebarang kebaikan. Segala yang keluar dari mulut para menteri termasuk Tun adalah kata² kebencian dan dendam terhadap pimpinan terdahulu.

Ekonomi negara tidak terurus dan hutang negara meningkat.  Rakyat semakin melarat dan tertekan.  Dalam situasi begini, rakyat diapi-apikan dan dilaga-lagakan.  Tun gagal mengawal tindak-tanduk menteri² yang menjadi batu api membakar semangat perkauman. Tun gagal menghentikan perilaku menteri yang sengaja mahu mengkucar-kacirkan negara.

Kami melihat Tun dibonekakan DAP. Tun tunduk kepada telunjuk mereka. Rakyat di luar bandar yang rata-rata orang Melayu dipinggirkan. Rakyat yang berpendapatan rendah di bandar juga terhimpit.

Majoriti kaum Cina menyokong DAP. Mereka menjadi semakin tamak. Mereka menguasai ekonomi. Mereka juga telah mengambil alih kerajaan. Namun ada lagi yang mereka mahu. Mereka mahu ICERD diraktifikasikan. Tapi Tun bagaikan patung tanpa nyawa. Tun biarkan mereka bersuara walaupun ianya ditolak oleh kaum Melayu dan pribumi. Tun sudah tidak lagi mampu mengawal kuncu²  Tun.

Peristiwa kekecuhan di kuil menjelaskan segalanya. Kelemahan Tun mengawal buak-buak perkauman kini ditangguk oleh mereka yang berkepentingan.  Kaum Melayu dipergunakan untuk membuat kekecuhan di kuil Hindu. Ianya mudah sekali meletuskan ketegangan antara kaum. Kakitangan dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Tun, zaman Tun sudah berlalu. Terimalah hakikatnya. Kuasa Tun terhad kerana Parti PPBM di bawah Tun adalah minoriti berbanding DAP dan PKR. Matlamat perjuangan Tun tidak selari dengan matlamat perjuangan DAP dan PKR.  Ianya samada Tun diperbodohkan ataupun Tun memperbodohkan diri Tun sendiri.

Halatuju Tun dan mereka jauh berbeza. DAP berjuang untuk kaum Cina, PKR hanya berjuang untuk Anwar, tapi PPBM hanyalah sekadar tapak sementara yang tidak stabil dan tidak nampak arah haluannya.  Mereka yang di bawah PPBM rata2 terdiri daripada ahli politik gersang yang kecewa ataupun opportunists. 

Tun, sejak kemerdekaan sehingga sekarang pembangunan dan kestabilan negara diterajui oleh parti keramat orang² Melayu iaitu UMNO. Realitinya, Malaysia mampu berdiri kerana bertunjangkan UMNO. Benar, sekarang kerajaan di bawah kuasa PH, akan tetapi ketiadaan UMNO jelas sekali memperlihatkan kepincangan pentadbiran. Pengalaman yang ada pada UMNO sudah tidak boleh disangkal.

Sayangnya, Tun terlalu berdendam pada UMNO. Tun mahu melenyapkan UMNO dari bumi Melayu ini. Tun juga se ia dan se kata dengan pemimpin parti cauvanis DAP yang beria-ia mahu melemah dan menghancurkan UMNO serta bangsa Melayu. Lupakah Tun bahawa bertahun Tun dinaungi oleh UMNO? Lupakah Tun bahawa segala kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh anak² dan cucu² Tun datangnya dari perjuangan UMNO. Nama Tun juga diangkat melalui parti UMNO.

Satu lagi perkara yang kami tidak mengerti ialah tentang dendam kesumat Tun terhadap mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib. Apakah Tun menyangka kami gembira dengan tindakan Tun yang beria-ia mahu menyumbat DSN ke penjara?

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu dihadapkan dengan berpuluh-puluh pertuduhan. Kenapa Tun begitu mahu mengaibkan DSN dan isterinya DSR?  Tidakkah Tun merasa malu pada rakyat yang sentiasa memerhatikan niat jahat Tun?  Atau setidak-tidaknya malu pada anak-anak dan cucu-cucu?  Beliau dan arwah bapa beliau banyak berbakti pada negara. Bangsa Melayu tidak pernah mengajar kita menjadi kurang ajar.  Kita diajar untuk menghargai.  Tindakan Tun terhadap DSN sudah keterlaluan dan melangkaui norma kemanusiaan.

Cukup-cukuplah Tun. Kami semua tahu bahawa Tun sebenarnya terjerat dengan DAP yang Tun jadikan rakan politik.  Menjatuhkan dan mengaibkan DSN ada dalam agenda DAP.  Mereka mahukan hasrat untuk berkuasa tidak diganggu-gugat. Mereka tahu DSN begitu kuat pengaruhnya, jadi mereka tiada pilihan selain memenjarakannya. Dan Tun menjadi tonggangan mereka untuk menjayakan niat jahat mereka.

Nama Tun yang pernah satu ketika dulu gah sudah jatuh ke lembah kehinaan. Maruah Tun dan keluarga teruk tercemar. Tun kini menjadi hamba kepada satu bangsa yang mengkhianati kaum Melayu. Dulu DAP menghina Tun tapi kini mereka mempergunakan Tun.

Tun mungkin merasa hebat kerana kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi dunia sekarang sudah berubah. Teknologi membenarkan kami bersuara, memerhati dan memantau setiap yang berlaku. Kami tidak melihat Tun sebagai Perdana Menteri. Kami melihat Tun sebagai seorang insan yang tamak, haloba, pendendam serta orang suruhan bangsa DAP.  Tidakkah Tun merasa bersalah ketika melihat seorang anggota bomba yang punya niat suci dan murni berkhidmat untuk negara di perlakukan sedemikian rupa?

Maaf sekiranya ada kekasaran. Kami perlu menyuarakannya agar Tun sedar. Kami mahu melihat negara in kembali pulih dari kemelut ekonomi dan politik. Kami mahu kembali ke suasana tenang dan harmoni yang pernah kami rasai ketika di bawah teraju UMNO. 

Ikhlas dari saya,
RAJA ANNUAR RAJA ADNAN