Monday, March 21, 2011

PILDACIL bag2"Adab Berpakayan"

ANTARA ADIK-ADIK KU TV1 DAN PILDACIL LATIVI

Adik-adikku - program realiti di TV1 malam ini sudah sampai ke peringkat akhir. Tujuh peserta terdiri daripada kanak-kanak yang pintar berpidato berupaya menunjukkan bakat yang tinggi mutunya.

Ini adalah musim kedua ia diadakan. Ada pihak mahu bakat peserta ini ditonjolkan ke luar negara khususnya negara jiran.

Tapi perlu diingat, program konsep berpidato kanak-kanak telah lama dilakukan di Indonesia dengan nama PILDACIL LATIVI. Konsep program itu pernah mahu disiarkan oleh TV9 tetapi RTM telah terlebih dahulu diberikan laluan.

Mutu pidato kanak-kanak pada program PILDACIL LATIVI itu tidak kurang malah ada yang lebih berkualiti daripada yang disiarkan TV1. Namun jika bakat kanak-kanak dari kedua-dua negara itu dapat digarap dan diwujudkan kerjasama, mungkin hasil yang lebih tinggi lagi mutunya dapat dicapai.

Wednesday, March 16, 2011

NASIB PENJAMIN PINJAMAN KORPORAT

Rupanya cerita bankrap tak berkesudahan. Itu yang terjadi ke atas Mamat (bukan nama sebenar). Dia pernah menanggung azab sebagai orang bankrap selama hampir 10 tahun. Itu semua gara-gara abangnya yang menggunakan namanya sebagai penjamin pinjaman korporat, tanpa izinnya.

Habis semua akaun bank dan saham di institusi kewangan dibekukan. Saham ESOS daripada majikan turut lesap kerana hilang kelayakan menerimanya. Rumah dan harta benda dijadikan cagaran. Namanya disenarai hitamkan oleh imigresen untuk ke luar negara. Tiada kemudahan pinjaman untuk membeli kereta dan apa juga bentuk pinjaman lain. Ibarat digantung tidak bertali.

Mamat mula mendapat tahu akaunnya dibekukan hanya beberapa hari sebelum menjelang 1 syawal. Gajinya yang dikreditkan ke dalam akuan bank tidak dapat dikeluarkan. Dia terduduk apabila persiapan hari raya untuk membeli baju anak-anak dan keperluan lain tidak dapat dilakukan.

Dalam tempoh kesengsaraan itu abangnya yang menyebabkan dia jatuh bankrap tidak melakukan apa-apa untuk membantu. Nasib baik majikannya tutup sebelah mata dan membenarkan dia terus bekerja, walaupun mengikut undang-undang dia hilang kelayakan untuk menjadi pekerja.

Dia tidak lagi layak untuk membuka akuan di bank-bank komersil untuk memudahkannya menerima gaji. Nasib baik Bank Rakyat sebagai bank koperasi membenarkannya membuka akauan. Sejak bankrap, dia menerima gaji menggunakan cek yang kemudian didepositkan ke dalam akaun Bank Rakyat. Namun, wang hanya dapat ditunaikan kira-kira seminggu selepas cek didepositkan iaitu seminggu selepas rakan-rakan lain menerima gaji bulanan mereka.

Nasibnya hanya dibela selepas adik dan abangnya yang lain membantu melunaskan pinjaman yang dijaminnya iaitu kira-kira RM190 ribu. Itupun baru selesai selepas beberapa tahun turun-naik bank dan Pejabat Insolvensi di Ipoh.

Dan hari ini selepas dua tahun bebas daripada bankrap rupanya tangannya masih diikat. Ketika pulang dari Singapura dulu dia ditahan kerana namanya masih disenarai-hitamkan. Hari ini ketika mahu membuka akaun semasa di sebuah bank namanya juga masih tidak dipadamkan, walaupun ketika Mamat membuka semula akaun simpanan dua tahu lalu, segala proses dokumentasi bagi membersihkan namanya telah dilakukan.

Begitulah nasib Mamat yang menjadi penjamin tanpa kerelaan dan jatuh bankrap sebelum pernah membuka perniagaan.

Hukuman kepada si bankrap :

Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.

Si bankrap pula tidak boleh dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37.

Dia juga tidak boleh meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi.

Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);

Si bankrap juga dilarang keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c).

Dia juga dilarang menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d).

Seseorang yang bankrap juga dilarang terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e).

Bagaimanpun si bankrap dibolehkan membuka Akaun Simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.

Namun bagi Akaun Semasa, si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun bagi apa-apa jua tujuan.

Untuk tujuan ke luar Negara, si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal Jabatan Insolvensi Malaysia.

Namun Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. Bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya.

Bagi memudahkan urusan, si bankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain.

Dia boleh mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.

Mengenai pemindahan hak milik hartanya, si bankrap tidak dibenarkan melakukannya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua tahun hingga lima tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.

Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual atau memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Untuk membuat pembayaran, si bankrap tidak dibenarkan melakukannya terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.


Tuesday, March 15, 2011

HITAM PUTIH

Entah mengapa sejak beberapa tahun ini saya suka menggunakan warna hitam putih. Baju dan seluar sudah banyak yang beralih ke warna hitam putih. Kalaupun mencari alternatif warna lain, pasti ada sedikit warna hitam-putih di dalamnya.

Kedua-dua kereta yang saya miliki juga ada warna hitam dan ada warna putih. Jubah dari Makkah juga menggunakan warna hitam dan putih.
Di Dunia barat, hitam seringnya digunakan dengan konotasi negatif. Terdapatnya pelbagai alasan untuk ini, tetapi penjelasan yang diterima dengan paling meluas adalah bahawa malam dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang negatif dan berbahaya.

Alasan sekunder adalah kerana bintik-bintik kotor boleh dilihat dengan terang-terang sebagai tambahan gelap, khususnya pada bahan-bahan yang berwarna pucat.

Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat yang berdasarkan kelas, kulit "pucat" menunjukkan kelas-kelas atasan, kerja-kerja intelektual atau kerja-kerja di rumah, bertentangan dengan kerja-kerja kasar di ladang. Aspek-aspek pertentangan hitam/putih bukannya unik sahaja di Barat, umpamanya sistem varna di India.

Manakala Putih ialah sejenis waran yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik"; hitam merupakan ketiadaan warna.

Tanggapan cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, iaitu merah, hijau, dan biru, tetapi pencahayaan yang dihasilkan oleh teknik ini adalah jauh berbeza daripada pencahayaan yang dihasilkan oleh pijaran.

Dan blog ini juga saya tukarkan dengan konsep hitam-putih yang berlantarkan kayu mengambarkan asal usul saya dari kampung yang dilahirkan di rumah kayu.

Begitulah kehidupan kita yang sentiasa ada hitam dan putih sebagaimana lirik lagu yang pernah dinyanyikan Sheila Majid.

"Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana sini
Beburung riang menyanyi
Bebunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Menyukuri nikmat yang Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari daripada masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasi dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
HITAM PUTIH masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan."

Monday, March 14, 2011

PERCUTIAN LIMA HARI DI KUALA LUMPUR

Cuti penggal persekolahan kali ini saya memperuntukan lima hari cuti termasuk dua hari cuti mingguan. Bermula hari Jumaat saya sudah bercuti bagi menghadiri majlis Hari Lahir emak yang masih terlantar di hospital.

Sambutan Hari Lahir ke-81 emak kali ini kami mengadakan majlis bacaan Yassin di sisi katil emak. Majlis hanya dihadiri adik-beradik, ipar-duai, anak-anak dan cucu-cicit.

Masing-masing membawa juadah termasuk nasi arab, nasi dagang, kueh-mueh dan minuman.

Laman sosial Facebook menjadi wadah untuk kami berkomunikasi menentukan pembahagian juadah dan berbincang bagi melaksanakan majlis itu.


2. Hari sabtu saya dan isteri menghadiri majlis perkahwinan kakitangan di Segamat. Perancangan awal selepas majlis itu kami meneruskan cuti ke Johor atau Melaka. Namun anak-anak memilih untuk duduk di rumah dan menghabiskan masa bermain games dan melayari internet. Itulah realiti kehidupan mereka. Sudah tidak mahu mengikut ibubapa ke majlis seperti itu. Akhirnya saya memutuskan balik hari itu jugak.

Saya tidak terserpak dengan kakitangan lain yang hadir pada majlis perkahwinan rakan mereka itu walaupun menunggu dan mengharapkan untuk bersama mereka. Mungkin mereka cuba mengelak untuk bersama saya.

Kerana tersalah letak kad jemputan, saya menghubungi seorang kakitangan untuk menghantar sms alamat rumah pengantin. Namun dia seperti tidak sudi untuk berbuat begitu.

Akhirnya ketika dalam perjalanan saya menghubungi seorang kakitangan lain meminta alamat dan nombor telefon rumah pengantin. Kami tiba ketika penganti perempuan masih bersiap untuk bersanding. Oleh kerana hari mendung, kami mengambil keputusan pulang sebelum majlis persandingan. Namun sebelum itu, saya dan isteri dijemput bertemu penganti di bilik persalinan dan mengambil gambar sama.

3. Percutian hari ketiga kami sekadar makan tengahari dengan semua anak-anak di Plaza Low Yat. Rupanya aktiviti seperti itu lebih digemari mereka daripada melancong ke Melaka atau Johor.

4. Dan siang tadi awal pagi saya dan isteri menghantar anak ke UiTM di Lendu. Perancangan yang sepatutnya dilakukan semalam selepas maghrib, namun kerana kelas bermula jam 10:30 pagi, kami tukar keputusan. Oleh kerana tiba awal, isteri mengajak ke rumah rakannya di Londang untuk menghantar hadiah kepada rakannya itu yang lama tertangguh. Kerana kedatangan kami secara mendadak dan hanya beberapa minit, ia mengundang ketidakpuasan hati tuan rumah. Kita datang lain kali ajelah ye!

Sebelah petang empat anak yang masih tinggal di rumah menghabiskan masa menonton Hikayat Merong Mahawangsa di IOI Mall, sementara saya membereskan lain-lain hal. Esok kami masih meneruskan percutian bersama-sama anak-anak di Kuala Lumpur walaupun kami tinggal di Lembah Klang.

Thursday, March 3, 2011

FENOMENA TUNGGU SAAT AKHIR

Sudah menjadi lumrah kebanyakan rakyat Malaysia membuat sesuatu pada saat akhir. Sejak di bangku sekolah lagi perangai itu sudah disemai. Belajar untuk menghadapi peperiksaan pun dilakukan pada saat akhir. Dakwa mereka cara itu lebih berkesan dan lekat di minda.

Tapi saya tidak boleh begitu. Persiapan saat akhir akan mengakibatkan perasaan gundah dan tidak tenteram.

Ketika kerajaan mengumumkan bayaran saman untuk memperoleh potongan 50% akan berakhir 28 Februari, saya sudah lama cuba memeriksa di internet. Malangnya mungkin disebabkan tidak berapa mahir , cubaan saya gagal walaupun pada tahun-tahun sebelum ini saya pernah mendapat ekses pada capaian itu.

Akhirnya saya meminta bantuan daripada kakitangan saya di pejabat. Seorang kakitangan memperkenalkan saya dengan laman dan perkhidmatan myeg (http://www.myeg.com.my/). Bagaimanapun saya perlu mendaftar sebelum dapat mengekses kemudahan perkhidmatan di situ.

Percubaan pertama gagal kerana nama pengguna (username) yang saya masukkan tidak sama dengan nama yang saya daftarkan kerana kesilapan menaip sewaktu mula mendaftar. Namun akhirnya saya berupaya mengekses perkhidmatan itu.

Dan saya dapati ada empat saman – tiga saman berdasarkan pendaftaran kereta atas nama isteri saya dan satu saman baru yang dilakukan minggu lalu menggunakan kereta yang didaftarkan atas nama saya. Kesemua kesalahan itu saya pasti, saya yang melakukannya.

Saya cuba membuat pembayaran di internet menggunakan kad kredit kerana malas untuk ke kaunter pembayaran di balai polis atau pejabat pos. Namun setelah beberapa kali mencuba ia masih gagal. Percubaan itu saya teruskan di rumah selepas pulang kerja jam 10 malam.

Di rumah percubaan untuk membayar melalui kad kredit di internet masih gagal dan berlarutan sehingga tempoh perkhidmatan internet tamat jam 11:00 malam. Saya menunggu sehingga perkhidmatan disambung semula jam satu pagi. Namun ia terus gagal sehingga jam 2:30 pagi. Lantas kerana kecewa dan keletihan saya terus tidur.

Hari Jumaat selepas mesyuarat pagi, saya lantas ke pejabat pos Taman Tun Dr Ismail untuk membayar saman. Alhamdullilah, orang belum ramai dan tidak lama menunggu. Bagaimanapun ketika saya menunggu giliran, orang ramai mula memenuhi ruang menunggu untuk membayar saman.

Kelmarin kerajaan memutuskan untuk melanjutkan lagi sehingga sepuluh hari untuk membayar saman itu. Hari ini tinjauan di beberapa kaunter pembayaran, suasana tidak sesibuk minggu lalu. Namun dikhuatiri keadaan yang sama akan berlaku pada hari terakhir pada 10 Mac ini.

Ingatan saya jangan menunggu sehingga saat akhir untuk membuat sesuatu. Sebolehnya beri sedikit ruang bagi pelan kontinjensi supaya pelan lain dapat dilaksanakan jika pelan yang awal gagal.

Wednesday, March 2, 2011

GOUT MENYERANG LAGI

Kali ini kali kedua diserang GOUT. Kali pertama Januari lalu selepas balik dari makan tengahari di sebuah restoran di Segamat ketika meninjau liputan sekitar Pilihanraya Kecil Tenang.

Kali ini simpton gout dirasai ketika turun kereta pulang dari hospital selepas menyambut hari lahir bapak.

Simpton kali ini tidak dapat ditafsirkan kerana lebih mirap kepada seolah-olah sakit sendi di bahagian kaki. Apa yang dilakukan hanya menyampu dengan lotion sakit sendi di bahagian yang sakit. Biasanya saya akan memakan colchicine, tetapi kerana kehabisan stok penyakit melarat.

Bangun tidur keesokan pagi, kaki bengkak, tak boleh menapak dan terpaksa dipapah

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam

sendi.

  • • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu

kala lagi.

  • • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan

kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

  • • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout

  • • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu

menyeksakan.

  • • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk

reda jika tidak dirawat.

  • • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan

dan jari.

Komplikasi

  • • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

o Kegemukan

o Darah tinggi

o Hiperlipidemia

o Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkahlangkah

untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

  • • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.

Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika

digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

  • • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia

boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh

diambil melalui preskripsi doktor)

  • • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang

o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak

boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak

boleh diambil berpanjangan.

  • • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal,

penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah

mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan

badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Mengelakkan minuman keras

Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin

yang tinggi

Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi

purin yang tinggi.

Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN

  • Organ dalaman seperti hati, paruparu,

ginjal dan otak

  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti

Marmite) dan kiub rebusan

daging

  • Makanan bercengkerang seperti

ketam, udang dan kerang

  • • Asparagus, bunga kobis,

cendawan dan bayam

  • • Peanuts, lentil, beans and

peas

  • • Poultry
  • • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

  • • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang

berhubungkait dengan gout

  • • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • • Minum banyak air

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan

pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

  • • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah

satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang

baik, ianya boleh dikawal.

  • • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.