Wednesday, October 8, 2008

ISTIKHARAH

Perlu istikharah lagi dan pertimbangkan semula untuk bertanding.

Team sudah berbeza haluan. Janji tidak dikota. Namun gendang telah dipalu dan penyokong sudah menunggu.

Pilihan - antara maju atau undur.

Tuesday, October 7, 2008

MESYUARAT BAHAGIAN - 1

10/10 (Jumaat) :
Machang
Kimanis

11/10 (Sabtu) :
Cheras
Besut

12/10 (Ahad) :
Pontian
Pasir Gudang
Mersing
Pagoh
Batu Pahat
Rasah
Jempol
Jelebu
Shah Alam
Subang
Semporna
Silam
Kalabakan
Kota Kinabalu
Bukit Gelugor
Tasek Gelugor
Kuantan
Rompin
Parit Buntar
Bagan Serai
Taiping
Beruas
Kampar
Bagan Datoh

18/10 (Sabtu) :
Gelang Patah
Tebrau
Kemaman
Kuala Terengganu
Raub

19/10 (Ahad) :
Nibong Tebal
Bagan
Titiwangsa
Segambut
Bandar Tun Razak
Kepong
Kulai
Ledang
Bakri
Tanjung Piai
Bukit Katil
Masjid Tanah
Alor Gajah
Paya Besar

25/10 (Sabtu) :
Tanjung
Setiawangsa
Seputeh
Labis
Simpang Renggam
Tangga Batu
Jasin
Dungun
Marang
Hulu Terengganu
Setiu

26/10 (Ahad) :
Permatang Pauh
Bukit Mertajam
Jelutong
Kluang
Johor Baharu
Pulai
Sri Gading
Parit Sulong
Semberong
Indera Mahkota


1/11 (Sabtu) :
Kuala Krau
Jerantut
Gua Musang

2/11 (Ahad) :
Pekan
Batu Kawan
Bayan Baru
Balik Pulau
Sekijang
Segamat
Ayer Hitam
Muar
Cameron Highlands
Puchong

8/11 (Sabtu) :
Wangsa Maju
Lembah Pantai
Maran

9/11 (Ahad) :
Kepala Batas
Bukit Bendera
Pengerang
Tenggara
Kota Tinggi
Temerloh

Monday, October 6, 2008

PERLU ADA DAYA TAHAN

Kecut perut apabila membaca komen-komen negatif mengenai diri sendiri. Itulah lumrah yang harus ditempuhi oleh calon-calon yang akan bertanding dalam jawatan kepemimpinan tertinggi parti.

Jika pandangan yang positif, sejuk hati dan mata membacanya. Bertambah semangat untuk meneruskan cita-cita.

Namun apabila pandangan yang negatif dilontar terhadap diri, kecut perut dibuatnya, lebih-lebih lagi mengenai hal peribadi yang direka-reka.

Calon perlu ada daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk menghadapi tohmahan dan pandangan yang bersifat serong.

Di sebalik pujian yang diberi oleh penyokong, calon harus bersedia untuk menerima lontaran cacian dan cemuhan daripada mereka yang tidak sehaluan.

Itulah hakikat berpolitik!

Sunday, October 5, 2008

PETIKAN


Muhyiddin, yang sebelumnya mendakwa tidak berniat menyinggung Perdana Menteri melainkan mewakili suara akar umbi, kini mendapati 'grand design' ciptaannya mungkin memakan diri kerana petandanya makin jelas tidak ramai dalam MT sendiri yang sealiran dengannya.

Gara-garanya juga Zahid dengan sendirinya semakin tertonjol – apatah lagi jika diambil kira beliau pernah menjadi setiausaha politik Najib selama tujuh tahun untuk terus diyakini kesetiaannya kepada bos lamanya itu di samping bakal wujudnya gandingan lebih bersefahaman.

Lebih daripada itu, bukanlah Zahid yang tertagih-tagih restu ahli MT untuk dicalonkan, sebaliknya ia adalah hasil persetujuan beberapa daripada mereka untuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu diberikan 'mandat' bertanding.

Dalam menepati proses peralihan juga, kedua-duanya yang sebaya – Zahid hanya tua beberapa bulan pada usia 55 tahun – dilihat lebih bersesuaian pada ketika selebihnya sama ada sudah menghampiri atau melampaui usia 60 tahun.

Daripada asalnya digembar-gemburkan sebagai calon yang pasti mengisi salah satu kerusi Naib Presiden untuk meninggalkan dua kekosongan selebihnya menjadi perebutan kepada yang lain, Zahid kini merenung lonjakan terbesar dalam kerjaya politiknya.

"Lebih ramai, lebih meriahlah," katanya mengulas perkembangan terbaru itu sambil mempertahankan pengumumannya untuk menawarkan diri bagi jawatan nombor dua, adalah atas jangkaan Najib akan mewarisi kepemimpinan – bukan dengan niat menekan Abdullah agar berundur awal.

Mungkin tidak salah juga untuk mengandaikan penyokong Abdullah akan bekerja kuat untuk Zahid berbanding untuk Muhyiddin.
- Berita Minggu

==========
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid contohnya, beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi serta mempunyai latar belakang agama yang baik.

Oleh kerana sejarah UMNO sudah membuktikan bahawa timbalan Presiden tidak semestinya datang daripada Naib Presiden maka tindakan beliau tidak boleh dianggap janggal.

Langkah yang dilakukan Ahmad Zahid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sudah pastilah dilihat positif oleh sebahagian pihak kerana beliau sebelum ini disenaraikan antara bintang-bintang paling bersinar untuk menduduki kerusi naib presiden. Tetapi Ahmad Zahid mungkin mempunyai alasan tersendiri termasuklah ''saya telah diminta oleh akar umbi untuk menawarkan diri.''

Selain itu beliau dilihat sentiasa setia kepada ketua dan akan melakukan apa sahaja bagi mempertahankan pemimpin atasannya. Ahmad Zahid juga sudah menempuh perjalanan politik yang agak getir termasuklah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 1998 dan cemerlang menerajui Ketua Pemuda UMNO selepas menewaskan tiga menteri yang turut bertanding. Malah di kalangan sesetengah ahli politik mereka menyifatkan beliau seorang yang strategis.
- Mingguan Malaysia

========
Umno leaders are open to the idea of Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi contesting the party's deputy president post.

The strongest support came from Perlis Umno liaison chairman, Datuk Seri Shahidan Kassim.Shahidan said he fully supported Zahid's decision "as we would like to have a younger and more religious generation in the leadership".

"We need younger, more religious people to strengthen Umno because of its internal problems," he said in Kangar yesterday."Zahid is a minister in the Prime Minister's Department in charge of religious affairs. So, with him, it will strengthen the party."

Zahid sprang a surprise on Thursday when he announced that he was offering himself for the deputy president post "in obedience to party grassroots". "They want me to stand." Most other leaders agreed, however, that Zahid could contest any post as long he received enough nominations.
-NST

Saturday, October 4, 2008

TANDING KERANA NAJIB AKAN MENGAMBIL ALIH JAWATAN PRESIDEN PARTI

MASJID TANAH, 3 Okt (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesediaannya bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti Mac ini berdasarkan telahan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan presiden Umno.

Katanya apabila ada kekosongan jawatan timbalan presiden, beliau telah diminta oleh akar umbi untuk menawarkan diri ke jawatan berkenaan."Saya tidak berhajat untuk "mendahului" mana-mana pemimpin, bagi saya keputusan yang saya buat berdasarkan telahan saya, Najib akan mengambil-alih jawatan sebagai presiden," katanya kepada pemberita di sini pada satu majlis rumah terbuka di kediaman mertuanya di Kampung Empang Batu, Durian Daun, di sini.

Akhbar hari Jumaat melaporkan Zahid yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno sebagai pemimpin yang pertama menyatakan kesediaannya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Sementara itu, Naib Presiden Umno yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyatakan hasrat bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya berlaku kekosongan.

Ahmad Zahid, 55, ketika ditanya sama ada pengumuman beliau untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu terlalu awal, beliau berkata pengumuman itu perlu kerana persidangan mesyuarat bahagian-bahagian akan bermula Khamis ini (9 Okt).

"Kenapa perlu saya melambatkan pengumuman (jawatan itu), perwakilan bahagian akan membuat pencalonan bermula tarikh itu dan biarlah akar umbi yang akan menentukan," katanya.

Ketika ditanya hirarki dalam Umno, jawatan timbalan presiden adalah terdiri dari kalangan mereka yang telah berkhidmat sebagai naib presiden, beliau berkata bekas timbalan perdana menteri allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman ketika memenangi jawatan timbalan presiden Umno ketika itu beliau bukanlah penyandang jawatan naib presiden Umno.

"Sudah ada precedent dalam Umno, jawatan timbalan pernah dimenangi di kalangan mereka yang bukan terdiri daripada naib presiden," katannya.

Ahmad Zahid pernah memenangi jawatan pemilihan Ketua Pemuda Umno bagi 1996 dan secara automatik jawatan ketua pemuda juga setaraf naib presiden.Mengenai reaksi setelah pengumuman itu, Ahmad Zahid berkata ramai yang sokong tetapi ada juga yang memintanya bertanding sekali lagi jawatan naib presiden.
-- BERNAMA

Friday, October 3, 2008

TIADA LAGI EMBARGO

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Presiden sebelum tarikh itu.

Pak Lah akan mengumumkan pendirian itu minggu depan sebelum Persidangan Agung UMNO Bahagian bermula.

Menurut Zahid keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dan sokongan daripada peringkat akar umbi.

Sesetengah pihak pula berkata Zahid layak bertanding ke jawatan itu berdasarkan hubungan yang selesa beliau dengan Pak Lah dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Zahid juga dilihat mempunyai hubungan peribadi yang istimewa dengan pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian.

Ada juga yang menyatakan, aset yang dikira amat menarik pada Zahid ialah beliau mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR, dan dapat duduk semeja untuk menyatu-padukan umat Melayu pada masa depan.

Menurut Zahid keputusan itu perlu dibuat sekarang. Beliau juga telah meminta restu daripada ibubapanya untuk bertanding, pada majlis hari raya bersama keluarga di Tanjung Malim. Perkara yang sama pernah dilakukannya ketika mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi dahulu.


Foto : Atas - mohon restu Emak. Bawah - tekun mendengar nasihat Bapak.
Ayahnya pernah berkata, "terimalah tanggungjawab itu sebagai amanah. Berusaha dan bertawakal kepada Allah. Jika diizinkan menang bersyukurlah dan jangan takbur serta riak.

Zahid perlukan sokongan anda semua!

Wednesday, October 1, 2008

BERHARI RAYA DI TANJUNG MALIM


Kami mula berkumpul di rumah Kak Mahah di Tanjung Malim sejak semalam.

Selepas menghantar isteri dan anak-anak, saya berpatah balik ke Kuala Lumpur untuk bertugas. Abang Zahid dan keluarga tiba beberapa minit sebelum maghrib. Malam tadi selepas program Berita TV9 tamat, saya terus ke Tanjung Malim menyertai adik-beradik yang lain.

Dan kami semua bermalam di hotel di pekan ini.

Pagi tadi kami bersolat aidil fitri di masjid Tanjung Malim, kecuali abang Zahid.

Sejak awal pagi lagi beliau sudah ke Istana Negara menyertai anggota kabinet lain beraya dengan Yang Dipertuan Agong, sebelum bersolat di Masjid Negara dan hadir pada rumah terbuka di PWTC.

Foto : Atas - turut berpeluang berucap. Bawah - Fayyadh (anak) turut berucap & menginsafi kesilapannya kerana tertinggal baju raya. Baju putih ini dipinjamkan oleh Kay-kay.

Kami berkumpul lagi setelah abang Zahid dan Nasaee tiba dari Kuala Lumpu. Setiap keluarga diberi peluang berucap termasuk anak-anak. Antara isi ucapan termasuk perkembangan politik tanahair membabitkannya yang masih embargo. Inilah perkumpulan hari raya pertama di luar kampung Sungai Nipah Darat.

Tahun lalu kami hanya berkumpul di hospital menemani emak.
(Foto menyusul di Penatumpul)