Sunday, July 6, 2008
SIAPA DR PADDY BOWIE?

Datuk Dr. Paddy Bowie, berusia lebih 82 tahun dan terkenal sebagai Pengarah Urusan Paddy Schubert Sdn Bhd., sebuah syarikat kumpulan perunding yang ditubuhkan beliau pada tahun 1980.
Graduan di bawah biasiswa Universiti Oxford itu meninggalkan United Kingdom dan bermastautin di Malaysia lebih 45 tahun lalu. Kini beliau sudah menjadi warga negara Malaysia.
Beliau juga dikenali sebagai penulis dan penganalisis politik yang mana pandangannya sering menjadi rujukan media antarabangsa.
Datuk Dr Paddy seringkali diundang sebagai penceramah dalam persidangan yang berkaitan dengan kepakarannya, termasuk Persidangan Pakar Ekonomi dan Forum Lingkaran Pasifik di Amerika Syarikat, Australia dan kebanyakan negara Asia timur.
Pertemuan saya dengan beliau di Kampala, Uganda tujuh tahun lalu diatur oleh seorang tokoh perniagaan yang turut mengikuti rombongan perniagaan sempena lawatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun).
Kehadiran Dr Mahathir di Uganda adalah sempena Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) yang berkonsepkan 'smart partnership'.
Dr Paddy turut menggunakan kesempatan itu untuk melancarkan bukunya yang turut diberikan kepada saya ketika itu.
Saturday, July 5, 2008
BUKU 'MANUAL OF MILITARY LEADERSHIP' DIMAKAN ANAI-ANAI
Beberapa buku kesayangan yang dalam simpanan hampir musnah kerana anai-anai.
Antaranya 'Manual Of Military Leadership' yang diterbitkan di India (1980) dan 'A Vision Realised' (2001) - buku pemberian penulisnya, Paddy Bowie ketika kami bertemu di Kampala, Uganda. Manakala buku pertama yang saya beli melalui internet, 'Growing Up Digital' oleh Don Tapscott (1998) hanya mengalami sedikit kecacatan.
'A Vision Realised' tulisan Datuk Paddy Bowie adalah mengenai transformasi yang dialami syarikat minyak negara iaitu Petronas. Buku setebal lebih 400 halaman itu berkisar kepada kejayaan Petronas selama 25 tahun.
Petronas yang lahir pada 17 Ogos 1974 menjadi titik mula bagi Malaysia dalam meneroka secara serius sumber hidro-karbon. Nama-nama yang dikaitkan terhadap penubuhannya termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ananda Krishnan.
Buku 'Growing Up Digital' pula berkisar kepada generasi baru setelah kemunculan teknologi digital. Ia memaparkan bagaimana kanak-kanak masakini memacu perubahan dalam abad ke-21 dengan menggunakan media baru (new media) yang berpusat kepada Internet. Generasi Net atau N-Gen yang semakin berkembang mewujudkan budaya baru di kalangan masyarakat, sekali gus membentuk cara individu dan masyarakat berinteraksi.
Manakala buku yang hampir tiga dekad dalam simpanan saya 'Manual Of Military Leadership' adalah satu-satunya khazanah saki baki ketika saya menuntut dan menjalani latihan ketenteraan di sebuah institusi latihanan ketenteraan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Ia adalah buku yang dipesan terus dari India oleh seorang pegawai tentera berpangkat Mejar (OC Company) untuk simpanan dan rujukan kami ketika itu. Buku berkenaan sebenarnya pertama kali dicetak semula di India pada 1980. Pra-katanya ditulis oleh Jeneral G.H Deckor, Ketua Staf Tentera Darat Amerika Syarikat.
Buku ini memperkatakan mengenai asas kepimpinan tentera yang merangkumi pelbagai aspek. Namun matlamat utama kepada kepimpinan ketenteraan adalah melaksanakan misi. Dan antara asas kepada pelaksaan itu merangkumi pengembangan dan pengekalan dari segi keberkesanannya, disiplin organisasi yang membentuk moral yang tinggi serta semangat kekitaan atau 'esprit de corps'.
Selain itu beberapa aspek turut ditekankan termasuk ancaman terhadap kepimpinan, prinsip kepimpinan serta indikator kepimpinan. Walaupun prinsip kepimpinannya menjurus kepada ciri keketenteraan, aplikasinya amat relevan digunakan dalam sektor awam dan swasta.
Buku ini pernah dipinjam untuk beberapa tahun oleh seorang abang saya yang ketika itu menjadi Pengurus Pemasaran Amanah Saham Nasional Berhad yang baru ditubuhkan oleh PNB. Beliau juga banyak merujuk kepada buku berkenaan ketika awal kegiatan politiknya.
Antaranya 'Manual Of Military Leadership' yang diterbitkan di India (1980) dan 'A Vision Realised' (2001) - buku pemberian penulisnya, Paddy Bowie ketika kami bertemu di Kampala, Uganda. Manakala buku pertama yang saya beli melalui internet, 'Growing Up Digital' oleh Don Tapscott (1998) hanya mengalami sedikit kecacatan.
'A Vision Realised' tulisan Datuk Paddy Bowie adalah mengenai transformasi yang dialami syarikat minyak negara iaitu Petronas. Buku setebal lebih 400 halaman itu berkisar kepada kejayaan Petronas selama 25 tahun.
Petronas yang lahir pada 17 Ogos 1974 menjadi titik mula bagi Malaysia dalam meneroka secara serius sumber hidro-karbon. Nama-nama yang dikaitkan terhadap penubuhannya termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ananda Krishnan.
Buku 'Growing Up Digital' pula berkisar kepada generasi baru setelah kemunculan teknologi digital. Ia memaparkan bagaimana kanak-kanak masakini memacu perubahan dalam abad ke-21 dengan menggunakan media baru (new media) yang berpusat kepada Internet. Generasi Net atau N-Gen yang semakin berkembang mewujudkan budaya baru di kalangan masyarakat, sekali gus membentuk cara individu dan masyarakat berinteraksi.
Manakala buku yang hampir tiga dekad dalam simpanan saya 'Manual Of Military Leadership' adalah satu-satunya khazanah saki baki ketika saya menuntut dan menjalani latihan ketenteraan di sebuah institusi latihanan ketenteraan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.Ia adalah buku yang dipesan terus dari India oleh seorang pegawai tentera berpangkat Mejar (OC Company) untuk simpanan dan rujukan kami ketika itu. Buku berkenaan sebenarnya pertama kali dicetak semula di India pada 1980. Pra-katanya ditulis oleh Jeneral G.H Deckor, Ketua Staf Tentera Darat Amerika Syarikat.
Buku ini memperkatakan mengenai asas kepimpinan tentera yang merangkumi pelbagai aspek. Namun matlamat utama kepada kepimpinan ketenteraan adalah melaksanakan misi. Dan antara asas kepada pelaksaan itu merangkumi pengembangan dan pengekalan dari segi keberkesanannya, disiplin organisasi yang membentuk moral yang tinggi serta semangat kekitaan atau 'esprit de corps'.Selain itu beberapa aspek turut ditekankan termasuk ancaman terhadap kepimpinan, prinsip kepimpinan serta indikator kepimpinan. Walaupun prinsip kepimpinannya menjurus kepada ciri keketenteraan, aplikasinya amat relevan digunakan dalam sektor awam dan swasta.
Buku ini pernah dipinjam untuk beberapa tahun oleh seorang abang saya yang ketika itu menjadi Pengurus Pemasaran Amanah Saham Nasional Berhad yang baru ditubuhkan oleh PNB. Beliau juga banyak merujuk kepada buku berkenaan ketika awal kegiatan politiknya.
Friday, July 4, 2008
PEMUDA PAS MAHU ANWAR BERSUMPAH
SHAH ALAM 4 Julai – Dewan Pemuda Pas Selangor bersetuju dengan cadangan meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang kedua-duanya dikaitkan dengan kes liwat, supaya 'bermuhabalah' atau bersumpah.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, dengan bersumpah yang bermaksud menyerahkan kepada Allah, masalah yang berkaitan dakwaan liwat itu boleh diselesaikan dari segi peribadi.
"Dalam Islam, cara penyelesaian sesuatu isu seperti isu ini bukan susah, soalnya isu ini tidak boleh dipolitikkan, oleh itu sumpah kedua-duanya (Anwar dan Mohd. Saiful) merupakan sebagai penyelesaian masalah ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta Anwar dan Mohd. Saiful 'bermubahalah' atau bersumpah setelah isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.
Menurut Mohd. Asri, kedua-duanya perlu bersumpah dengan melafazkan : "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya." - Utusan.

REKA BENTUK KREATIF SEBUAH MAJALAH

Semasa belajar dalam bidang komunikasi massa di sebuah institut pengajian tinggi dulu, antara subjek yang saya gemari ialah copy editing. Antara perkara yang dipelajari termasuk bagaimana cara mereka cipta sebuah iklan dan muka majalah.
Elemen yang dipaparkan dalam sesuatu gambar dapat merangsang minat pembaca untuk melekat dan mengetahui isi kandungannya.
Seseorang 'copy editor' memerlukan pengetahuan yang luas disamping penguasaan bahasa yang tinggi. Selain itu profesion ini memerlukan seseorang itu mahir berfikiran secara kreatif, berdiplomasi dan berupaya bekerja dalam pelbagai tekanan.
Majalah bulanan yang saya perolehi setiap bulan ini antara beberapa majalah yang tidak kering dengan pelbagai idea bagi menghiasi muka depannya.
Thursday, July 3, 2008
LAOS JANJI PELUANG PELABURAN

Laos, satu daripada anggota ASEAN yang dahulunya terpinggir dari segi pembangunan dan ekonominya kini semakin melangkah maju. Dari segi geografinya negara itu diapit oleh beberapa negara dengan Mynmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan dan Thailand di barat.
Sejarah Laos bermula ketika zaman pemerintahan Lan Xang atau lebih dikenali sebagai 'tanah sejuta gajah'. Setelah sekian lama dijajah Perancis, Laos kemudian mendapat kemerdekaannya pada tahun 1949. Namun negara itu terus menghadapi perang saudara berpanjangan.

Pertelingkahan hanya tamat pada tahun 1975 apabila pergerakan komunis Pathet Lao mengambilalih kuasa. Bagaimanapun sengketa terus berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas itu.
Ekonomi Laos mula berkembang pesat pada tahun 1990an apabila reformasi ekonomi dilaksanakan. Lesen perniagaan selepas itu dikeluarkan secara meluas. Keterbukaan terhadap dasar luarnya memberi peluang peniaga dari luar termasuk Malaysia melabur ke Laos.

Sebuah hotel terbesar (240 bilik) di Vientiane yang berada di tebing sungai Mekong dibangunkan oleh seorang rakyat Malaysia keturunan Cina dari Seremban. Beliau mendapat anugerah tanah yang luas itu daripada kerajaan Laos. Bagaimana Datuk itu memperolehnya untuk membina Hotel Don Chan tidak pula diketahui secara terperinci. Tetapi daripada apa yang saya diberitahu oleh Datuk berkenaan, ia melalui proses mudah yang penuh diplomasi.Beberapa tahun dahulu, ketika makan malam di sebuah restoran mamak di Vientiane (makanan halal hanya dijual oleh beberapa restoran India Muslim), saya didatangi sepasangan suami isteri rakyat Malaysia keturunan Melayu. Menurut mereka selepas habis belajar dan mendirikan rumahtangga, mereka berhijrah ke Laos membuka kelas Bahasa Inggeris. Alhamdullilah sambutan memberangsangkan.
Menurut mereka sebenarnya banyak peluang perniagaan di Laos. Penerbangan terus oleh Air Asia dari Kuala Lumpur ke Vientiane memudahkan urusan perniagaan dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Dahulu penerbangan dari Kuala Lumpur terpaksa transit di Bangkok. Namun jaraknya yang tidak berapa jauh dari Malaysia memungkinkan perjalanan darat boleh dilakukan. Malah pemilik hotel berkenaan dahulu sering membawa Estimanya dari Seremban ke Vientiane bersama pemandu serta keluarganya.

Perjalanan memakan masa dua hari sahaja. Bagaimanapun menurut pemandunya faktor keselamatan perlu juga diambil perhatian. Untuk itu beliau sering berjaga-jaga dan membawa senjata dengan menyembunyikannya dicelah-celah sudut di dalam kenderaan.
Masyarakat Laos amat mesra dengan rakyat asing walaupun bermasalah dari segi bahasa untuk berkomunikasi. Pada hari-hari tertentu terutama apabila membabitkan kunjungan pemimpin asing, semua wanitanya dipaksa memakai pakaian kebangsaan ketika ke luar rumah. Peraturan itu mudah dipatuhi kerajaan pemerintahan sosialis yang diamalkan negara itu.
Tuesday, July 1, 2008
NABIL DAN RAKAN PAMER LAWAK BODOH
Nabil yang dikatakan Raja Lawak Astro musim ini yang dibantu Azizan dan Johan buat kelakar tak bertempat. Tapi lawak mereka bukan free. Mereka dibayar untuk membuat persembahan sempena Malam Anugerah Media oleh sebuah kementerian.
Rata-rata mereka yang menonton persembahan malam tadi geleng kepala. “Apalah lawak bodoh ni..?” kata seorang Datuk dari Bernama.
Tetamu khas Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan Panglima-Panglima yang hadirpun semua tunjuk muka toya dengan persembahan itu. Persembahan syok sendiri.
Selepas mereka bertiga memulakan persembahan hambar, ramai yang hadir tidak memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di atas pentas. Hadirin sebaliknya berbual sesama sendiri dan menumpu kepada ‘handphone’ masing-masing.
Persembahan malam itu yang menarik dengan tema ala-60an musnah dengan penampilan ‘three stogers’ di atas pentas.
Kalau saya jadi penganjur malam itu, saya tak akan bayar kepada mereka bertiga. Kalau bayar pun cukup sekadar duit minyak dan duit makan.
Jadi kepada mereka yang merancang untuk memanggil mereka bertiga selepas ini bagi menyerikan majlis makan malam, hati-hatilah jangan terpedaya dengan nama glomour mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)