Monday, April 16, 2007

PERIHAL SI PENGEMIS

Fenomena pengemis kaya sudah menjadi kebiasaan di negara ini. Profesion itu sudah menjadi antara pekerjaan yang popular seperti juga penjaja pasar malam.

Setiap minggu pengemis yang sama akan mengambil tempat di 'lot' nya di pasar malam, begitu juga di pintu-pintu pagar masjid pada setiap hari Jumaat. Saya tiada bukti sama ada mereka benar-benar susah atau menjadi antara alat sindiket.

Yang pastinya sedekah yang diberi kerana Allah SWT. Ke mana hala duit yang kita hulurkan masing-masing daripada kita tidak pernah mempersoalkannya.

Tetapi kisah yang diceritakan oleh seorang rakan penjaja pasar malam ini perlu diambilkira. Seorang lelaki cacat dan buta pernah mengambil tempat di hadapan lot penjaja berkenaan. Kakinya yang 'cacat' sebenarnya dilepatkan ke belakang, manakala matanya yang 'buta' sebenarnya dipejamkan.

Sesekali apabila tiada orang yang melintas, mata yang 'buta' dibukanya. Dan apabila pasar malam selesai, pergilah kawan kita penjaja ini minum ke kedai makan berhampiran.

Terperanjat beruk dia. "Pengemis" yang mencari duit di depan lotnya rupa-rupanya sihat dan tidak buta. Air yang diminumnya daripada jenama yang mahal-mahal, dan habis satu gelas ke satu gelas dipesannya. Makan malamnya di atas meja pula setanding dengan orang yang makan gaji.

Saturday, April 14, 2007

MAMPU KE JADI AHLI POLITIK?

Bidan Terjun
Hari ini Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong (1), SMKPBP (1) mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Seperti kebiasaan di mana-mana sekolah, majlis itu bagi menghargai pencapaian pelajar-pelajar sepanjang tahun lalu.

Guru Penolong Kanan, Puan Cheaah Halimah orang yang paling sibuk sejak dua menjak menguruskan majlis itu. Selain meminta peruntukan daripada PIBG untuk majlis itu, pelbagai pihak turut dihubungi bagi mendapatkan penajaan.

Perasmi majlis telah ditetapkan iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Petaling (PPD). Semalam saya dihubungi oleh Pengetua sekolah, Puan Siti Rogayah (beliau baru melaporkan diri minggu lalu dan tarikh rasmi bertugas 20 April). Beliau meminta supaya saya dapat mengiringi PPD dan bertindak mengantikannya untuk melobi beberapa perkara. Puan Siti tidak dapat hadir kerana kecederaan dan kini terlantar di SJMC.

Pagi tadi, sebagai YDP PIBG saya tiba di perkarangan sekolah agak awal untuk menyambut ketibaan PPD. Setibanya di sekolah Puan Cheaah memaklumkan, PPD tidak dapat hadir kerana tidak sihat, semua pegawainya yang dihubungi untuk mengantikannya juga mempunyai urusan masing-masing. Siapa lagi yang merasmikannya, YDP inilah jugak. Dapatlah cenderahati sebakul buah-buahan sebagai perasmi.

Sabtu lalu saya turut diminta merasmikan Kem Motivasi Pegawas sekolah (dapat jugak sebakul buah).

Sibuknya kalahkan YB
Sabtu lalu, sejurus selepas majlis perasmian tamat, saya diminta turut berucap pada majlis Maulidul Rasul di surau sekolah. Pada masa yang sama saya juga perlu hadir di sekolah sebelah, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), SKPBP(1) kerana majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG. Di sekolah kebangsaan saya adalah Timbalan YDP.

Disebabkan penceramah belum hadir pada masa yang ditetapkan, saya meminta izin untuk ke SKPBP(1). Setibanya di SKPBP(1) pihak sekolah meminta saya menghubungi perasmi, Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, yang saya jemput secara peribadi untuk merasmikan mesyuarat itu.

Setelah dihubungi, Prof Ali menyatakan dia sesat. Saya terpaksa keluar menjemputnya di suatu tempat yang ditetapkan. Dan ketika bersamanya (Prof Ali) pihak sekolah menengah meminta saya datang ke surau sekolah kerana penceramah telah sampai. Awwwwwww....(pening!..)

Dan pilihan saya (walaupun berat), saya terpaksa hadir untuk perasmian mesyuarat PIBG di sekolah kebangsaan. Pada pemilihan, saya meminta untuk undur diri, dan memberi peluang kepada muka-muka baru. Ini kerana bagi saya jawatan bukan untuk disimpan dalam poket. Alhamdullilah alasan saya diterima ibubapa yang hadir selepas memberikan pelbagai penjelasan lain.

Korbankan majlis politik
Disebabkan majlis di sekolah hari ini, saya terpaksa membatalkan majlis politik di Shah Alam yang diwajidkan hadir kepada semua Jawatankuasa Bahagian.

Sebenarnya banyak majlis-majlis politik yang terpaksa saya korbankan kerana urusan PIBG dan kerja. Malam ini majlis suaikenal dan ramah mesra bersama jentera pilihan raya Jaya Setia DUN Ijok di Kampung Jaya Setia, Batang Berjuntai terpaksa saya lupakan walaupun wajib hadir sebagaimana diarahkan YB Dato Ketua Bahagian.

Saya telah berjanji dengan anak-anak buah (news room) untuk menjamu mereka makan malam di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail. Tema pakaian Merah/Hitam.

Monday, April 9, 2007

IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT

Kol Yusof dan Lokman

Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga. Perumpamaan itu masih relevan masakini terutama dalam memperkatakan soal jodoh pertemuan.

Begitulah yang berlaku kepada kenalan saya Kolonel Mohd Yusof Sahibjahn, bekas Ketua Staf misi PBB di Layoune, Sahara Barat. Selama lebih dua tahun berada di Layoune mengetuai anggota tentera pelbagai negara, beliau telah tertarik dengan perilaku dan kesopanan seorang gadis Maghribi bernama Hananee.

Bukan sahaja Kol Yusof yang jatuh hati terhadap gadis itu, rupa-rupanya isteri beliau yang sesekali datang ke Layoune untuk menemani Kol Yusof turut terpikat.

Kemesraan ketiga-tiga insan itu rupa-rupanya sudah menjadi perbualan anggota pasukan pengaman PBB, termasuk anggota Kumpulan Perubatan Malaysia, MMU diketuai Lt Kol (Dr) Adnan Abdullah.

Gadis yang menuntut dalam jurusan undang-undang di sebuah universiti di Maghribi itu juga begitu tertarik dengan sikap ramah mesra suami isteri rakyat Malaysia itu.

Dua bulan lalu Kol Yusof telah menamatkan perkhidmatannya bersama tentera pengaman PBB dan pulang ke tanah air, sekali gus bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Namun kemesraan suami isteri itu terhadap Hananee tidak boleh dipisahkan. Kepulangan mereka berdua ke Malaysia ditemani gadis ayu itu.

Hananee kemudian dipertemukan dengan salah seorang anak bujang mereka, Faruskh Sahibjahn. “Faruskh, kamu perlu berkorban untuk Papa dan Mama,” rayu Kol Yusof kepada anak bujangnya.

Dan setelah segala dokumentasi selesai, Faruskh dan Hananee diijabkabulkan. Majlis persandingan dengan adat budaya Maghribi diadakan di rumah Kol Yusof, di Jajang Prima, Kajang, selang dua hari selepas dinikahkan. Ia disiarkan secara langsung untuk ditonton keluarga pengantin perempuan di Maghribi melalui Internet.

Antara yang hadir termasuklah Kol Md Din Abu yang datang terus dari Kuantan (orang kanan Kol Yusof di Batalion Renjer yang juga skot saya), Lt Kol (Dr) Adnan (diterbangkan dari Kuching) dan Lt Kol Nasir Ali (berkereta dari Ipoh) yang mengetuai pasukan pemuzik malam itu.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Hananee, perkahwinan saya diatur oleh ibubapa saya. Ini adalah pengorbanan saya kepada mereka berdua,” jelas Faruskh.

Bagi Hananee, dia amat bergembira dengan perkahwinan itu dan menyukai segala yang ada di Malaysia. Dia berjanji akan terus tinggal di negara ini walaupun terpaksa menangguhkan pengajian undang-undangnya di Maghribi.

AL-FATIHAH BUAT LIZA

Semuga rohnya dirahmati ALLAH SWT.


09 April, 2007 14:18 PM

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penerbit Kanan Bahagian Wanita TV3, Aliza Aziz, 44, meninggal dunia hari ini akibat kanser payu dara dan ketumbuhan di otak.Suaminya, Mohd Rashid Ahmad, Pengurus Unit Kamera TV3, memberitahu Bernama, Aliza meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada pukul 2.15 pagi tadi.Allahyarham menghidap penyakit itu sejak dua tahun lepas dan telah dua kali menjalani pembedahan di bahagian kepala."Pada Jumaat lepas beliau mengadu sakit seluruh badan dan tidak sedar diri daripada pagi semalam hinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir," kata Rashid di kediaman mereka di Kelana Jaya.Beliau berkata Aliza sepatutnya berlepas ke Mekah pada 31 Mac lepas untuk menunaikan umrah tetapi ia tertangguh kerana kesihatannya tidak mengizinkan.Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan, Arissa Mohd Rashid, 4 tahun.Aliza, yang berasal dari Alor Star, Kedah, memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan di Bernama pada September 1984 sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Setelah menamatkan pelajaran, beliau berkhidmat di Karangkraf sebelum menyertai TV3.Jenazah allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Kiara pada 11.30 pagi ini.-- BERNAMA

ALIZA AZIZ (TV3) TENAT - TUNTUTAN ZIARAH ORANG SAKIT

Seorang rakan wartawan (Aliza Aziz, bekas penerbit program 999 TV3) dalam keadaan tenat di SJMC sejak pagi tadi.

Berita mengenai keadaan kesihatannya itu diterima daripada rakan-rakan melalui SMS. Pantas dan berkesan kaedah komunikasi cara itu. Saya dan beberapa rakan di pejabat terus menziarahi beliau pada sebelah tengahari.

Beliau telah keluar masuk hospital sejak dua tahun lalu.

Keadaannya itu sebenarnya ditentukan oleh Allah s.w.t. Itu adalah ujian kepada beliau (semuga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan itu). Dan bagi kita ujian seumpama itu akan sampai juga, sama ada ia cepat atau lambat, dan berlaku dalam pelbagai keadaan.

Sebenarnya menziarahi orang sakit adalah disunatkan dan digalakkan dalam Islam. Rasulullah s.a.w sangat menyukai sahabatnya menziarahi orang yang sakit.

Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagus engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!’ (Hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi)

Namun untuk menziarah orang sakit perlu juga mengikut adab-adabnya. Diperturunkan beberapa adab-adab sebagaimana dipetik daripada beberapa rujukan;

a) Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik. Sebagaimana puisi Ibn Duraid: "Ziarahi dari semasa ke semasa, kalau kerap dilakukan merimaskan, Hujan kalau selalu turun menjemukan, kalau terhenti tangan menadahkan harapan"

b) Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.

c) Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....( sebut namanya).

d) Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

e) Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.

f) Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.

g) Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)

h) Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.


i) Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.

Saturday, April 7, 2007

PAPARAN YANG TIDAK INGIN DILIHAT

The page cannot be displayed
The page you are looking for is currently unavailable. The Web site might be experiencing technical difficulties, or you may need to adjust your browser settings.
Please try the following:
Click the Refresh button, or try again later.
If you typed the page address in the Address bar, make sure that it is spelled correctly.
To check your connection settings, click the Tools menu, and then click Internet Options. On the Connections tab, click Settings. The settings should match those provided by your local area network (LAN) administrator or Internet service provider (ISP).
See if your Internet connection settings are being detected. You can set Microsoft Windows to examine your network and automatically discover network connection settings (if your network administrator has enabled this setting).
Click the Tools menu, and then click Internet Options.
On the Connections tab, click LAN Settings.
Select Automatically detect settings, and then click OK.
Some sites require 128-bit connection security. Click the Help menu and then click About Internet Explorer to determine what strength security you have installed.
If you are trying to reach a secure site, make sure your Security settings can support it. Click the Tools menu, and then click Internet Options. On the Advanced tab, scroll to the Security section and check settings for SSL 2.0, SSL 3.0, TLS 1.0, PCT 1.0.
Click the Back button to try another link.
Cannot find server or DNS ErrorInternet Explorer

Friday, April 6, 2007

DIGITAL DIVIDE

Bukan malas atau tiada idea untuk menulis. Masalah perisian atau perkakasan Laptop yang menyukarkan untuk saya menulis. Mungkinkah ia disebabkan "digital divide" antara kita, ataupun pakar komputer itu sendiri yang mempunyai masalah kejurangan ilmu.

Kalaupun saya tidak mahir dalam ilmu perisian atau perkakasan, sekurang-kurangnya jika Laptop dihantar ke kedai untuk beberapa kali, masalah yang sama tidak akan berulang. Tetapi inilah yang sering berlaku.

Setiap kali saya cuba browse maka akan terputuslah laman yang sedia ada, walaupun talian internet masih berfungsi.