Thursday, December 27, 2018

*PERKARA-PERKARA YANG MENJAHANAMKAN NEGARA YANG DI BUAT OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN.*

*DAN APABILA BERUK MENJAGA KEBUN DURIAN.*

Kerajaan Pakatan kini memerintah negara ini selama 7 bulan. Pelbagai isu, hala tuju dan dasar yang di kemukakan oleh Menteri-Menteri Kabinet Dr. Mahathir telah membawa pelbagai reaksi dari Rakyat.

*4 PERKARA YANG MENJAHANAMKAN NEGARA :*

1.  *MANSUHKAN GST.*
Memansuhkan Sistem Cukai GST adalah merupakan satu kesilapan besar Kerajaan PH.

Oleh kerana untuk menunaikan janji pilihanraya, maka GST pun di mansuhkan. Dengan termansuhnya GST, Negara tidak dapat mengutip lebih daripada RM 25 billion ringgit setahun dari cukai GST.

SST hanya mampu membawa hasil (income) kepada Negara sebanyak RM 20 billion ringgit sahaja. GST berjaya mengumpulkan hasil sebanyak RM45 billion ringgit setahun.

Hasil kutipan cukai ini telah digunakan oleh Najib Razak untuk memberikan pelbagai bantuan dan insentif kpd. Rakyat. GST juga berjaya menstabilkan Ekonomi Negara ketika harga minyak dunia jatuh menjunam.

Terbukti cukai GST lebih baik daripada SST.

Terbukti GST tiada ketirisan. Terbukti GST cukai yang lebih adil drp. SST.

Terbukti GST bukan penyebab Kos Sara Hidup Naik.

2.  *PEMBATALAN PROJEK ERL KERETAPI KE PANTAI TIMUR.*
Pembatalan Projek ERL ini juga menjahanamkan Ekonomi dan Reputasi negara Malaysia.

Projek ini adalah usahasama antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan & Syarikat dari Negara China.

Apabila batal projek ini. Dr. Mahathir gaduh dengan Kerajaan China.

Maka, Kerajaan China tidak mahu beli Sawit Malaysia. Mereka beli Sawit dari Indonesia. Harga Sawit jatuh menjunam. Ekonomi peneroka jatuh terterap.

Perancangan Ekonomi untuk Negeri-negeri Pantai Timur, menjunam jatuh. Kelantan, Terengganu dan Pahang di takbir oleh PAS dan UMNO. Dr. Mahathir pendendam.

3.  *BATAL DAN TANGGUH PROJEK HIGH SPEED RAIL (HSR) KUALA LUMPUR - SINGAPORE.*
Mula-mula kata batal. Kemudian kata tangguh projek ini selama 2 tahun.

Dah gaduh dengan Kerajaan Singapore. Perancangan membangunkan Ekonomi Negeri-negeri ke Selatan negara pun lingkup. Bayangkan harga harta tanah di kanan kiri HSR ini. Pembangunan pun boleh di bangunkan dalam 10 - 15 tahun mendatang ini.

Apa akibatnya, akibatnya ialah keputusan yang flip-flop oleh Kerajaan Pakatan menyebab *MARKET/PASARAN BURSA KUALA LUMPUR*  tidak lagi berkeyakinan dengan Kerajaan ini.

Maka, pelabur-pelabur (fund managers), meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Singapura. Kerana itu, dana pelaburan asing di Malaysia, menjunam jatuh.

4.  *PETRONAS DAN HARGA MINYAK DUNIA.*
Harga Minyak Petrol di Station-station minyak di negara ini masih lagi belum selesai.

Harga petrol terlalu tinggi, menaikkan kos sara hidup rakyat.

Manakala apabila setelah Kerajaan PH memansuhkan GST, Kerajaan Pakatan ambik duit Petronas sebanyak RM 30 billion ringgit sebagai bayaran khas kepada Kerajaan untuk tutup tak cukup kutip cukai.

Memang boleh minta RM 30 billion ringgit daripada Petronas sebab ketika mereka berkuasa, Kerajaan PH boleh buat Petronas macam bapak mereka punya syarikat.

Tetapi hakikatnya, institusi kewangan dunia tidak boleh di tipu. Rating kewangan Petronas jatuh. Maka, confident pasaran kewangan dunia terhadap Malaysia, jatuh lagi.

Saham jatuh. Dana Asing cabut. Dana yang baru tidak mahu masuk ke Malaysia kecuali Syarikat-syarikat dari Jepun yang rapat dengan Dr. Mahathir kerana mereka berminat untuk beli sebahagian drp. Saham Petronas.

Hari ini, Rakyat subsidi 30 sen se litter minyak RON 95 kepada Kerajaan iaitu rakyat subsidi Kerajaan RM 120 juta ringgit seminggu. RM 480 juta ringgit sebulan.

Udah ler Rakyat (yang tak cerdik), bagi sumbangan kepada Tabung Harapan sebanyak RM 200 juta ringgit setakat 25 Disember ini.

*PERKARA-PERKARA YANG KERAJAAN PAKATAN BELUM SELESAIKAN DENGAN RAKYAT.*

Perkara-perkara yang belum di selesaikan dengan Rakyat ialah Manifesto janji yang melambak-lambak.

Pakatan menjanjikan *PENGHIDUPAN YANG LEBIH BAIK* kepada orang-orang Melayu. Belum di tunaikan. Orang-orang Melayu rasa tertipu.

*PERKARA-PERKARA YANG PH BELUM SELESAI DENGAN PENYOKONG SENDIRI.*

PH belum menyelesaikan pelbagai perkara dengan penyokong-penyokong mereka sendiri iaitu ;

1.  PH janji mahu ratifikasi ICERD.

2.  PH janji mahu iktirafkan UEC.

3.  PH janji mahu mansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

4.  PH janji mansuhkan hukuman mati.

5.  PH janji rendahkan Kos Sara Hidup.

6.  PH janji mansuhkan Toll, PTPTN dan rendahkan harga petrol.

7.  PH janji selesaikan masalah ekonomi orang-orang India. Masalah Kuil di USJ 25 pun tak boleh selesai.

Banyak lagi perkara yang belum di selesaikan dan di tunaikan kpd. Rakyat dan kpd. Penyokong PH sendiri.

*RATING SOKONG UNTUK PH DAN DR. MAHATHIR MENJUNAM JATUH.*

Rating sokongan Orang-orang Melayu kpd. PH jatuh drp. 66% (peratus) kpd. 45%.

Rating sokongan Orang-orang Cina kpd. PH jatuh drp. 87% kpd. 65%. Jatuh 22%.

Rating sokongan Orang-orang India kpd. PH jatuh drp. 84% kpd. 64%.

*APABILA BERUK MENJAGA KEBUN DURIAN MUSANG KING.*

Apabila Kerajaan PH menyuruh Beruk menjaga Kebun Durian Musang King, inilah jadinya Ekonomi Negara.

Keadaan yang tidak terurus. Pengutipan hasil yang tidak di takbir dengan baik.

Pasaran saham menjunam. Bergaduh dengan Negara Ekonomi ke dua terbesar dunia, China, melingkupkan ekonomi negara.

Apabila seekor beruk di tugaskan menjaga kebun, inilah jadinya. Semuanya salah dia, tetapi dia pandai mencari kesalahan orang yang menjaga kebun sebelum dia.

Masalahnya, kalau beruk itu tidak di lantik menjaga kebun. Tuan punya kebun tidak pula dapat menjadi Perdana Menteri.

*DILEMA. DILEMA. DILEMA.*

Oleh :
*GMM*
25 Disember 2018.

Friday, December 21, 2018

Congrats to KJ, Asyraf and Umno termites

JUST READ!
DEC
19

FINALLY, Zahid Hamidi takes a 'political hybernation' by announcing Tuesday that his deputy Mohamad Hasan will expedite the duty of Umno president with immediate effect. Its indefinitely.

Congratulation to so-called Umno political wallabies Khairy Jamaluddin, Asyraf Wajdi and self-proclaimed 'party's directors' for getting what they've wanted all the while - to see the contitutionally-elected president quits or taking leave amid the court cases orchestrated by Pakatan Harapan government.

KJ, a loser in Umno's presidential election, must be happy enough while Asyraf - who leads the pact of gangsters in Umno Youth - is actually hoping for Zahid to relinquish his position.

Good news for Umno?

I don't think so. What is the guarantee that the 3.5 million Umno members can be rallied better under Tok Mat? Does each and every Youth member in support of Asyraf? Will KJ be able to convince members and pool the together?

Tok Mat will, I believe but not KJ, and not Asyraf, and not some dubbed as 'pain in the ass' in the party. They are either PPBM incliners, PKR supporters and even DAP sympathisers. Will Tok Mat dare to include them in his team knowing that three quarters Umno members are with Zahid and him?

Umno is facing a lot of predicaments now. Will Zahid 'hybernation' augur well for the group of 'political pariah' wanting to dissolve the party in order for PPBM takes over the role of Umno?

There are already factions in Umno now. Knowing Zahid, the support for him is not small. Never underestimate it. He is not chosen to be a party president, he is elected.

What can KJ offer to Umno when he himself must take the blame for failing to entice the youths to join Umno before the last general election? What can people like Asyraf, Khaled Nordin (maybe) gotta offer to keep the party going?

And what is their interest in relating to offer made by PPBM?

I hope we don't see a breakaway party here. I also hope (as Zahid hopes too) there won't be anymore exodus. Still, the boiling question is what is the guarantee? Let's see how KJ and 'his friends' control this situation.

Maybe KJ can get PH to unfreeze Umno's bank accounts. Maybe he thinks he's the best person to lead Umno. Is he that clean anway? The ex-Puteri chief is facing writ summon for wrongdoings, and she is now with PPBM.

Come what may. Umno will brace another sad episode.

By the way, will the 30 MPs (six already accepted into PPBM today) retract their threat to leave Umno? Hehehe... I'll keep my fingers crossed!

Posted by bujai
   

Thursday, December 20, 2018

REALISME AHMAD ZAHID


Oleh AB Jalil Backer

KEPUTUSAN Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan, sehingga satu tempoh yang diputuskan kelak merupakan satu kejutan politik kepada rakan dan musuh politiknya.

Ia kejutan kerana ia dilakukan sebaik beliau menamatkan satu wawancara bersama UMNO Online yang menjelaskan pelbagai kekeliruan isu membabitkan akar umbi UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya.

Rakan politik sudah tentu terkejut dan redha, musuh politik Ahmad Zahid dan UMNO pasti tersentak sebentar mencari alasan baharu untuk memusnahkan UMNO.

Pada hemat saya ada tiga isu besar yang melingkari keputusan Ahmad Zahid melepaskan tugas-tugas Presiden iaitu, dakwaan beliau cuba mengadakan kerjasama dengan DAP; serangan politik yang menyatakan UMNO tiada hala tuju di bawah kepimpinan Ahmad Zahid; dan ancaman Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa akan ada lagi yang keluar parti jika Ahmad Zahid tidak membuat perubahan.

Mungkin isu kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang paling melukakan beliau. Ini dimainkan oleh musuh-musuh dalam parti dan luar parti bagi menunjukkan Presiden UMNO hilang prinsip perjuangan untuk berkuasa.

Sebenarnya sesiapa yang hadir dalam majlis penerangan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz tentu faham bahawa Nazri tidak pernah menyatakan UMNO akan bekerjasama dengan DAP. Nazri hanya menyatakan UMNO akan menyokong dan bekerjsama dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun akan datang. Anwar Ibrahim juga telah mempunyai sokongan DAP, PAN dan parti Sabah dan Sarawak.

Malangnya ada yang salah faham sokongan terhadap Anwar Ibrahim bermakna kita bekerjasama dengan DAP. Sokongan Ahmad Zahid kepada Anwar Ibrahim bukanlah kerana mereka sahabat atau mahu mencari kedudukan dalam kerajaan. Sebaliknya ia hanyalah untuk menyelamatkan UMNO dari berkubur.

Politik UMNO tidak begitu mudah apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beriltizam mahu UMNO dibubarkan dan ahlinya menyertai Bersatu. Ahmad Zahid mendedahkan semalam bagaimana dua pertemuan dengan Dr Mahathir, Pengerusi Bersatu itu mahu UMNO menyertai Bersatu dengan cara terhina dan hilang maruah. Justeru Ahmad Zahid berpandangan UMNO hanya selamat sebagai parti politik jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Semalam juga Ahmad Zahid menjawab dakwaan bahawa UMNO di bawahnya tiada hala tuju, yang sebenarnya telah pun beliau gariskan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu. Hala tuju UMNO selepas perhimpunan tempoh hari adalah jelas. UMNO perlu menjadi kerajaan semula bagi menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam – sama ada lebih awal atau dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Sudah tentu UMNO dengan 3.6 juta ahli mempunyai pelbagai pandangan dan pendirian. Namun kekalahan besar kali pertama ini menjadikan sebahagian pemimpin pertengahan UMNO hilang sabar. Mungkin sebahagian mereka termasuk yang paling vokal, Khairy Jamaluddin, sendiri tidak pasti apa yang perlu dibuat dan apa masa depan. Maka menyalahkan Presiden adalah “escapism” yang paling realistik walaupun Ahmad Zahid hanya baharu menjadi Presiden selama 6 bulan.

Faktor terakhir yang mungkin menjadi “final straw” Ahmad Zahid ialah ugutan dan ancaman broker 36 orang wakil rakyat UMNO, Hamzah Zainuddin, bahawa akan ada lagi wakil rakyat akan keluar parti jika Ahmad Zahid tidak berundur.

Ahmad seorang yang realis. Daripada membenarkan musuh-musuh luar melemahkan parti menggunakan faktor dalaman, Ahmad Zahid memilih untuk mengorbankan dirinya terlebih dahulu. Dengan pengumuman penyerahan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya, beliau menstabilkan parti buat seketika dan menutup alasan untuk wakil rakyat keluar parti.

Ini merupakan satu “checkmate” kepada Hamzah. Beliau tentu tidak terfikir bahawa seorang pejuang dan ahli politik tidak mudah putus asa seperti Ahmad Zahid akan mengalah dengan mudah.

Hamzah sudah lama mengenali Ahmad Zahid sebagai seorang yang tidak mudah melatah dan putus asa. Pada zaman mudanya Ahmad Zahid pernah menjadi pengkritik Dr Mahathir biarpun berjawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dalam sejarah UMNO baharu mungkin beliaulah satu-satunya Ketua Pemuda yang berani mengkritik Presiden dalam Perhimpunan Agung.

Ramai orang berkata keberaniannya ketika itu kerana beliau orang Anwar Ibrahim. Namun beliau tetap bersama UMNO ketika dihumban ke ISA dan Anwar Ibrahim memilih jalan reformasi. Beliau tetap bersama UMNO ketika Dr Mahathir menyisihkan beliau dan menggugurkan beliau dari jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Beliau tetap bersama UMNO ketika boleh sahaja mengambil jalan mudah berhenti politik dan menyelamatkan diri dari pelbagai dakwaan hari ini.

Pastinya bukan mudah untuk Ahmad Zahid mengambil keputusan melepaskan tugas-tugas Presiden kepada timbalannya setelah hanya baru enam bulan memenanginya mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaliegh Hamzah. Hanya insan yang berjiwa besar mampu melakukannya.

Saya percaya beliau berbuat demikian kerana tidak mahu parti berpecah-belah kerananya. Bertabahlah Ahmad Zahid. Percayalah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Ahli UMNO hanya berharap dengan keputusan ini jangan pula ada acara membelasah Mohamad Hassan bagi menjustifikasi tindakan mereka merebut jawatan dalam parti atau melompat keluar parti lagi.

Wakil rakyat UMNO jangan nanti jadi seperti peribahasa Melayu, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apa salah kita bersabar dan beristiqamah dengan perjuangan.

http://m.utusan.com.my/rencana/utama/realisme-ahmad-zahid-1.807748

Tuesday, December 18, 2018

Penyucian UMNO dari Hishammuddin BANGSATWAN

(INI Whatsapp yg saya terima dan saya percaya sudah pun tersebar didalam grup2 Whatsapp lain..)

1. Umum tahu 36 MP yang akan lompat keluar dari UMNO adalah kerja Hishammuddin Tun Hussein dengan kerjasama Azmin Ali dan mesyuarat di bilik kebal rumah H20.

2. Jom kita pandang belakang kemuncak kemarahan Tun M pada Najib bermula apabila Najib guna pengaruh untuk memenangkan Kerismudin sebagai Naib Presiden UMNO.

3. Tindakan Najib adalah mengalahkan Mukhriz Tun Mahathir. Malah kemenangan Hisham yang patut bertanding Ketua Pemuda dengan Mukhriz adalah amat tipis. Mukhriz turut memang undi popular.

4. Detik kekalahan itulah membuatkan Tun M mula patah arang dengan Najib. Walaupun 1MDB sebenarnya telah diketahui oleh Tun M mengenai penyelewengannya tahun 2013 lagi.

5. Tun M mula marahkan Najib apabila Hishammuddin mengalahkan Mukhriz dengan bantuan Najib serta Kunan. Kunan diarah Najib untuk endorse ketiga-tiga Naib Presiden kekal dan beri sokongan pada H20.

6. Dalam satu pertembungan dengan Kunan, Tun M telah sound Kunan ' U buat anak I kalah VP'. Kunan jawab saya terima arahan Presiden iaitu Najib. Reaksi Tun M agak marah.

7. Turut dipaksa sayap buat program bersama Hisham serta nyatakan sokongan pada Hisham. Boleh tanya Kak Jat macam dia dipaksa sokong Hisham oleh Najib.

8. Kemenangan Mukhriz membawa kepada permusuhan Najib - Tun M memuncak. Dan akhirnya UMNO tergadai dek POLITIK BANGSATWAN.

9. Bayangkan jika Hisham kalah dan Mukhriz mengisi Naib Presiden UMNO. Mungkin situasi berlainan. Gerakan Tun tumbangkang Najib or UMNO mungkin berbeza. Kerosakan Najib dalam Parti dan Kerajaan mungkin kurang jika Tun n geng masih dalam UMNO.

10. Baru-baru ini,Hisham Pondan takut lawan Timbalan. Sebaliknya bantu Wak Jahid sebagai Presiden UMNO. Kenapa? Sebenarnya tidak lawan Timbalan kerana takut kalah pada Mat Hassan. Simple je. Bukan berjiwa besar sgt pun mamat 2 alam ni.

11. Bantu Wak Jahid pada masa sama buat gerakan MP2 lompat selepas Hari Raya Puasa. Agar seperti biasa kerismudin dilihat clean dan bukan orang yang jahat. Macam biasa Playsafe @ condom. Menteri Amaran kan

12. H20 ini anti KJ. Maka akan diusahakan agar KJ tidak berjaya sebagai pesaingnya. Malah jika UMNO masih kerajaan,KJ musuh wajib tanam utk Naib Presiden agar tidak usik laluan BF Anwar Zain ni.

13. Sekarang kerja keras 6 bulan sudah kemuncak. Disusun wave 36 MP keluar secara berperingkat dengan skrip Wak Jahid tiada hala tuju. Itu skrip yang sudah disusun sebelum PAU lagi.

14. Melalui Rottweiler media sosial H20 seperti Papa Gomo bekas perasuah kes Dadah, pemain media maya UMNO menekan Wak Jahid letak jawatan kerana gagal jaga parti sebabkan ramai lompat. Turut diarahkan diserang minggu lepas adalah KJ. Semua askar h20 digesa diamkan tweet2 KJ pasal Bangsatwan.

15. Skrip MP keluar parti sudah siap lama. Presiden letak jawatan hari ini sekalipun minggu ini tetap 11 orang akan keluar.

16. Kenapa kena keluar?
Mereka dijanjikan bebas dari semua kes Korupsi SPRM serta peruntukan sama seperti MP Kerajaan dari PH. Sementara dapat bajet dari PH mereka diberikan elaun 10k-30k sebulan oleh H20.

17. Siapa buat kerja utk H20?
Boleh pergi Bangsar Shopping Centre jumpa Akbar Khan dan Firdaus Abdullah mesyuarat jual beli MP ini. Malah ada bekas ketua staf ibupejabat yang kayaraya cetakan bahan pilihnaraya turut mainkan peranan memandangkan ada data parti.

18. Turut terlibat secara tak langsung adalah orang yang anggap H20 sebagai Mentor iaitu Dr Asyraf Wajdi. DAWD ini bukanlah banyak pengaruh dan tak banyak duit. Segalanya melalui h20 kerana itu dilantik Khairul Firdaus anak Akbar Khan sebagai Bendahari Pemuda. Skrip dan halatuju Pemuda sebelum ini adalah mengikut acuan Firdaus Akbar Khan.

18. Apa H20 dapat?
Dijanjikan TPM apabila Anwar Ibrahim disingkirkan. Dan paling penting korupsi selamat. Bangsatwan ni kalau balun lagi teruk dari Azeez Mamak yang akan masuk PPBM tak lama demi cuci korupsi balun projek.

19. Semaklah saham Ekovest dijual pada KWSP lebih harga pasaran. Projek Pipeline Sabah dengan

China yang lebih bayar dari kemajuan. Berapa banyak h20 dan Rahman Dahlan Vishantie dapat. Sampai hari ni SPRM belum dakwa. Selak juga Mindef kerana asyik timbul macam2 walau cuba didiamkan Mat Sabu.

20. Kepada H20 tolong muhasabah diri.
Musuh no 1 kamu adalah Mukhriz Tun M. Beliau sampai harini geram kalah VP kepada kamu. Ingat anak daddy akan benarkan kamu berjaya potong dia sebagai TPM?

21. Kepada KJ.
Kerjasamalah dengan parti utk bentuk pasukan kuat. Kami tahu kemampuan anda semasa budak tingkat 4 huru harakan negara. Belajar hormat orang dan kerja sebagai pengikut sebelum jadi Ketua. Ini parti bukan ECM Libra atau team Bola MyTeam.

22. Kepada Wak Jahid.
Cukuplah kenyataan akhbar or PC. Tak kemana pun parti kalau asyik di PWTC. Gerakkan parti kearah GE 15. Baru didakwa Regim bukan kena ISA mcm 1998. Cukuplah dengar nasihat salah dari orang salah. Duduk dan muhasabah diri sebagaimana sebelum ini susun parti utk hadapi pilihanraya umum. Yang kalah kerana persepsi bukan kerana persiapan jentera.

23. Sebagai Ketua Pembangkang tolonglah lawan habisan isu penjualan aset TH, listing 25% Petronas serta jualan aset2 strategik lain mengikut polisi ekonomi Tony Pua.

24. Akhir sekali buat Tun M.
Kami tau Tun perlukan UMNO. Merge sahaja PPBM dgn UMNO. Tun jadi PM dgn lebih tenang utk majukan ekonomi dari asyik memikirkan langkah politik.

Wallahhualam..

Sunday, December 16, 2018

AHLI UMNO PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MELOMPAT PARTI KERANA MENINGALKAN 5 FAEDAH YANG SANGAT BESAR - LOKMAN ADAM


16hb Disember, 2018

Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar, malah angka sebenar adalah 37 orang ahli dan bekas MP UMNO. Namun apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanya kepada sebahagian Ahli Parlimen terbabit berhubung SD tersebut, mereka menjawab, mereka hanya akan menyokong untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu Anwar menjadi PM dan mereka tidak sesekali akan keluar parti. Itu apa yang dilafazkan kepada Presiden Parti”.

Saya tidak pasti siapa 37 orang ini,  namun saya boleh agak ada sekitar 11 MP Umno yang tidak menandatangani SD tersebut antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dato Sri Nazri Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa nama lain.

Malangnya, sepertimana yang saya jangkakan, peringkat demi peringkat, mereka menyusun MP yang telah menandatangani SD ini untuk keluar parti dan meletakkan kesalahan ke atas batang tubuh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid  dan mendesak beliau berundur. Salah seorang pengkhianat utama yang mengusahakan gerakan menarik MP untuk dipersembah kepada Tun M alhamdulillah telah keluar parti semalam, Hamzah Zainuddin.  Cuma yang menyedihkan, sudahlah tidak mempunyai rasa aib meninggalkan parti, ada hati pula beliau ingin mengugut Presiden supaya berundur jika tidak mahu 10 lagi MP UMNO lompat parti.

Kepada pemimpin dayus ini saya ingin berpesan, jangan sesekali kegagalan diri kamu sendiri hendak dipindahkan untuk dipikul oleh Ahmad Zahid.  Yang gagal menjaga isterinya sehingga kononnya digoda Anwar ialah Hamzah, bukan Zahid. Yang menggunakan rakaman perbualan telefon isteri sendiri bersama seorang lelaki yang dikatakan Anwar untuk mendapat habuan dari Daim ialah Hamzah, bukan Zahid.  Dan hari ini, bila Anwar dah hampir-hampir hendak ambil alih sebagai Perdana Menteri, yang gelabah tidak tentu pasal kumpul MP UMNO sokong Mahathir dan atur orang desak Presiden berundur juga adalah Hamzah, bukan Zahid.  Jangan fikir kawan-kawan lama tidak mengikuti perkembangan beliau.

Sehubungan itu, ahli UMNO perlu memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO yang telah melafaskan ikrar beliau untuk mengukuhkan jedudukan UMNO dan ketegasan beliau bahawa UMNO tidak akan berkerjasama dengan DAP.  Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO perlu bersedia menghadapi kemungkinan paling buruk, iaitu kesemua 37 individu terbabit, akhirnya akan keluar daripada parti dan MP UMNO mungkin tinggal kurang dari 10 orang.

Bagi saya, pemergian pemimpin-pemimpin UMNO ini adalah hadiah istimewa bagi akar umbi UMNO.  Mereka yang pergi adalah mereka yang mempunyai masalah dan bimbang akan didakwa oleh regim Mahathir DAP.  Sebaliknya, mereka yang tidak gentar dengan ugutan kerana tahu mereka berada dipihak yang benar, mereka akan tetap menentang Regim Mahathir DAP walaupun berhadapan dengan risiko didakwa.

Perkembangan ini akan bawa 5 faedah besar untuk UMNO :

1. Apabila sebuah parti yang mempunya jumlah ahli teramai, iaitu 3.5 juta orang, tetapi hanya tinggal 10 MP, kita akan kehilangan  “bargaining power”.    Tawaran yang kita akan terima daripada pihak yang ingin membentuk kerajaan campuran dengan kita pasti tidak berbaloi untuk kita terima.  Ini bermakna, tiada lagi pemimpin NO akan cuba bentuk kerajaan dari pintu belakang dan mereka semua akan fokus mula melakukan kerja-kerja menguatkan UMNO supaya kita boleh merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan bersama PAS dan komponen BN lain. 
2. Umno akan jadi sebuah parti yang bersih dari pemimpin yang bermasalah, rakyat akan lebih yakin dengan UMNO. Segala tuduhan sebagai pemimpin rasuah dan korup akan berpindah kepada PPBM.  Lagi banyak modal untuk kita serang PPBM selepas ini.
3. Kemasukan Pemimpin UMNO Sabah kedalam Bersatu adalah mesej jelas bahawa Tun M akan mengkhianati janji-janji yang beliau lafazkan kepada Dato Sri Shafie terutamanya berhubung MA63, hasil cukai yang perlu dipulangkan kepada Sabah dan persetujuan Bersatu tidak akan masuk Sabah. Pengkhianatan ini pasti akan menyebabkan 8 MP Warisan mungkin akan menarik balik sokongan terhadap Mahathir dan beralih ke Anwar.  Bila rakyat Sabah dikhianat, hampir pasti rakyat Sarawak akan mengambil iktibar dan akan menyebabkan 19 MP Sarawak lebih selesa berkerjasama dengan orang lain asal bukan Tun M.
4. Jika sebelum ini banyak permintaan DAP terpaksa ditunaikan Tun M kerana 42 MP DAP menguasai Perdana Menteri yang hanya mempunyai 13 kerusi itu, adakah anda fikir DAP gembira bila jumlah kerusi PPBM semakin banyak?  Malah DAP sudahpun mengugut untuk keluar Pakatan Harapan dan tidak mustahil, parlimen akan digantung malah mungkin dibubarkan sepertimana diidamkan UMNO dan PAS.
5. Penyertaan tokoh-tokoh UMNO kedalam PPBM juga sudah pasti difahami oleh Anwar dan Rakan-rakan PKR lain.  Ini sudah pasti langkah untuk memadamkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.  Tindakan Mahathir ini mungkin akan mengubah sifat penakut Anwar kepada Lawan Tetap Lawan semula!  Senario ini juga akhirnya mungkin membawa kepada pembubaran parlimen.

Itu sebabnya, saya menyeru semua teman-teman UMNO untuk melihat Pengkhianatan Pemimpin UMNO yang lompat parti ini sebagai rahmat dari Allah untuk membantu UMNO kembali ke tampuk pemerintahan bersama PAS. Usah bersedih, yang penting, mulakanlah gerak kerja pilihanraya dari sekarang.

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pastikan setiap anak, isteri, jiran, sahabat dan saudara-mara kita mendapat maklumat sahih terus dengan klik join di https://telegram.me/lokmanadam

Saturday, December 15, 2018

Luahan rasa Najib Razak


Saya berasa sedih melihat rakan-rakan seperjuangan lama saya patah semangat dan mula meninggalkan UMNO.

Ada di kalangan mereka ini dahulu saya dan akar umbi UMNO bantu begitu banyak terutamanya dari segi karier politik mereka.

Kerana kita percaya dan yakin walau apa pun berlaku mereka akan terus menjadi nakhoda kapal dan memimpin akar umbi UMNO.

Sudah tentu saya kecewa.

Tetapi apakah daya kita kini jika perjuangan UMNO tidak lagi dalam minda dan hati mereka.

Adakah apa yang dikatakan benar bahawa yang dikejar hanya jawatan dan peruntukan?

Jika begitu, UMNO kini melalui proses pemutihan semula jadi dan Insya-Allah akan bangkit lebih kuat semula.

Kita tidak ada apa-apa lagi di UMNO hari ini. Yang ada hanya kain di tubuh dan hati membara.

Kita berbekalkan semangat perjuangan, persaudaraan dan yang paling penting - keikhlasan untuk rakyat dan kesayangan mereka terhadap kita.

Dan memang pun itu asas penubuhan, perjuangan dan kekuatan UMNO.

Bagi saya, tidak adil juga jika kepimpinan UMNO hari ini dipersalahkan atas segalanya.

UMNO tidak mempraktikkan amalan diktator dan menggalakkan akar umbi dan ahli-ahli bersuara memberi pandangan membangunkan semula UMNO.

Ya, ini satu masa yang mencabar kerana kita di bangku pembangkang. Namun, tidak ada juga sekatan suara terhadap sesiapa untuk memberi pandangan terhadap dasar Kerajaan hari ini.

Kita masih diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka.

Berikanlah keyakinan semula kepada rakyat bahawa kita mampu dan berkebolehan, kita benar-benar bangkit untuk rakyat.

Jangan kita lupa perjuangan UMNO.

UMNO hidup bukan kerana seorang dua.

UMNO adalah satu perjalanan dan perjuangan hidup bersama.

UMNO adalah sebuah parti yang pada awalnya ditubuhkan oleh rakyat dan kerana rakyat selama berdekad lamanya, dan tetap akan berjuang untuk rakyat.

Saya menyeru kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan halatuju politik sendiri.

*Sama-sama kita kukuhkan UMNO yang telah memayungi kita selama ini, sama-samalah kita bangkit dengan UMNO yang kita sayangi ini.*

*Hanya kerana satu sebab tuan-tuan dan puan-puan - rakyat di hati.*

*Luahan Hati Tan Sri Shahrir Samad* SIAPA KITA, KALAU KITA SEORANG WAKIL …

Ahli Parlimen (AP) dan ADUN UMNO keluar beramai dari UMNO dan riuh pula akan ada lagi AP UMNO di Semenanjung yang akan ikut sama sebelum akhir tahun ini.

Yang dijadikan sebab, pucuk pimpinan UMNO tidak ada hala tuju!

Jadi sebaliknya, adakah halatuju Pakatan Harapan itu yang lebih sesuai dengan perjuangan mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat pada PRU 14 yang lalu?

Pelik juga, saya memikirkan pilihan perjuangan mereka ini.

Tentunya pengundi di kawasan yang telah menyokong dan mengundi mereka sehingga menjadi wakil rakyat juga tertanya-tanya adakah tindakan mereka yang meninggalkan parti mempunyai hak itu sebagai seorang wakil rakyat. Itukah hak mereka sejujurnya?

Saya tertanya-tanya keputusan mereka yang melom pat itu kerana sudahlah PH tidak pun menghargai janjijanji mereka kepada pengundi walaupun manifesto PH bukan kitab suci. Jadi mengapa pula halatuju PH lebih baik daripada UMNO?

Sebaliknya, dari tinjauan saya, dalam Dewan Rakyat AP UMNO semakin hari semakin wibawa sebagai barisan pembangkang. PH pula yang terbukti terkedu sebagai pemerintah, berpusing pusing dan berdolak dalik dalam banyak perkara. Dalam soal "rule of law" pun, jelas nampak penguatkuasaan undang2 pun memilih bulu. Kalau tidak bersama mereka, bolih dituduh di mahkamah walaupun belum buat siasatan ataupun sudah tidak ada lagi pihak yang mengadu. Tuduhan yang diuar-uarkan dalam media pun bolih berubah bila dihadapkan di mahkamah.

Isu ratifikasi ICERD pun bolih berpatah balik sehingga ratus ribuan tetap turun ke jalanan kerana tidak percaya nanti kerajaan PH tidak berpusing balik sekali lagi bila tenguk himpunan tidak sebesar mana.

Ahli-ahli menteri PH tetap berkokok ICERD akan diratifikasikan tahun depan.

Terbaharu kedudukan kewangan Tabung Haji pula dikelirukan olih menteri agama PH. Sehingga ada kenalan saya yang baharu sahaja menunaikan fardhu Haji yg termenung seketika memikirkan samada ibadah Haji nya dibiayai dengan duit tidak sah. Kenyataan menteri itu mungkin melibatkan hanya pembayaran hibah kepada penyimpan TH tapi tentunya tampungan TH kepada jemaah haji pada semenjak 2014 tidak terkecuali dari tuduhan menteri itu. Betul-betul menteri agama PH tidak cukup bijaksana!

Itu baru tiga perkara di peringkat kebangsaan. Apa lagi kalau ditenguk lagi pengurusan kewangan negara! Sebelum PRU, riuh dengan tuduhan ketirisan perbelanjaan kerajaan BN berjumlah RM28 bilion!

Tenguk-tenguk, bukan adapun ketirisan yang berlaku tapi sebaliknya duit Petronas yang dicekau dan aset Khazanah yang dijual!

Pengurusan kewangan negara dan ekonomi negara pun tidak setaraf dengan masa BN mentadbir. Harga sawit dan getah, kedua-dua sumber pendapatan rakyat yang mengundi calon2 UMNO, pun di paras harga yang merbahaya. Itu pun tidak sama bahaya apabila menteri PH yang jaga hal2 kommoditi itu tidak tahu dan tidak mahu buat sesuatu. Negara pernah hadapi keadaan yang sama dan ada banyak perkara yang bolih dilakukan kerajaan PH. Tapi kalau hati sudah tidak bersama orang luarbandar, kerajaan PH akan biarkan sahaja keadaan itu melarat. Ekonomi bebas lah!

Dalam keadaan kesejahteraan rakyat dan keharmonian hidup rakyat masih terumbang ambing akibat sikap dan pendekatan kerajaan PH, saya rasa pelik kalau ada wakil rakyat UMNO yang akan meninggalkan UMNO kerana PH ada halatuju yang lebih sesuai dengan hasrat dan harapan pengundi2 wakil2 rakyat UMNO

Adakah, sebagai contoh, dengan AP dan ADUN UMNO meninggalkan UMNO di Sabah, rakyat Sabah akhirnya akan memperolehi segala aspek perjanjian MA 63 dan pembayaran sepenuhnya royalti minyak seperti dijanjikan? Sebenarnya, kalau hendak dilaksanakan olih kerajaan PH, tidak perlu kepada keadaan dua-pertiga di Dewan Rakyat atau DUN Sabah pun

Sebagai seorang wakil rakyat, mahu pun di Parlimen atau DUN, sebenar dan sejujurnya, siapa kita ni? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya mengapa rakyat mengundi kita dalam PRU yang lalu? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya apa hasrat dan harapan rakyat kepada kita? Adakah kita tahu sebenar dan sejujurnya rakyat kita tidak lagi selesa dengan UMNO sebagai pembangkang dan mereka lebih selesa dengan halatuju kerajaan PH?

DAP dan PKR tahu jawapan sejujurnya kepada soalan2 ini. Kerana itu, mereka tidak setuju dengan kejadia melompat parti ini. PAS pun tidak setuju tetapi mereka baharu sahaja bekerjasama dengan UMNO dan kerana itu, buat masa ini, tidak mengaibkan wakil rakyat yang hendak melompat itu.

Sebagai wakil rakyat, iaitu sebagai pemimpin kepada rakyat, bukankah sepatutnya kita sendiri yang ada halatuju. Namun, kepada rakan-rakan saya yang telah melompat dan bakal melompat, saya harap mereka akan berjumpa halatuju yang mereka mencari-cari semenjak rakyat memilih mereka sebagai wakil dan pemimpin mereka.

12hb Dis 2018
Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Kerja pembangkang lemahkan Kerajaan bukan Presiden parti sendiri


https://pakdin.my/kerja-pembangkang-lemahkan-kerajaan-bukan-presiden-parti-sendiri/

Yang dah kalah bertanding dalam parti dan yang melompat parti jangan jadi macam enau dalam belukar.

1. Saya bukan orang Presiden. Tapi apabila Ahmad Zahid menang beliau perlu diberi ruang mencorakkan hala tuju UMNO dalam tempoh tiga tahun ini.

2. Sudah tentu kita berhak mengkritik kepimpinan beliau kerana ini parti demokrasi. Saya juga sering melakukan perkara yang sama. Namun kritikan dan teguran harus ada batas dan adab. Janganlah meroyan macam seorang calon Presiden yang kalah.

3. Andaian bahawa wakil rakyat UMNO tidak akan keluar parti jika Presiden UMNO hebat adalah penyedap rasa sahaja. Hakikatnya wakil-wakil rakyat UMNO akan tetap keluar parti walau siapa pun Presiden.

4. Ini kerana yang keluar parti bukan faktor dalaman tetapi kerana faktor luaran yang tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa Presiden UMNO pun.

5. Kenapa ahli perlu gundah gulana apabila ada wakil rakyat keluar UMNO. Adakah kita tidak dapat makan bila mereka keluar parti? Apakah hidup kita terjejas kerana parti kekurangan wakil rakyat?

6. Hakikatnya, apabila tidak berkuasa, sama ada parti ada 50 ahli parlimen atau 10 orang sahaja tidak banyak berbeza.

7. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak mempunyai kerusi sebanyak UMNO hari ini namun mereka berjaya menjadi kerajaan.

8. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini juga kehilangan ramai pemimpin sebelum pilihan raya namun mereka menang kerana isu dan ahli yang kekal dengan perjuangan parti.

9. Kita kecewa dengan sikap wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menyertai Bersatu. Namun mereka juga perlu membuat pilihan atas keutamaan diri.

10. Percayalah sesiapa pun menjadi Presiden UMNO, ahli parlimen ini tetap akan keluar parti kerana ada desakan lain di luar kawalan parti.

11. Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.

Oleh: Ab Jalil Backer

Friday, December 7, 2018

BILA CINA JADI TUAN, MELAYU JADI HAMBA

1. Speaker DUN Perak dari DAP, Ngeh Koo Ham dengan angkuh telah menolak usul ICERD untuk dibahaskan.

2. Usul itu yang dibawa oleh Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Seri Ahmad Faizal bersama wakil BN, Ahmad Saidi telah ditolak mentah-mentah oleh Ngeh Koo Ham.

3. Itulah hebatnya parti bernama DAP ini. Usul yang ingin dibentang oleh Menteri Besar pun boleh ditolak begitu sahaja.

4. Jadi siapa tuan sekarang?

5. Usul yang bertujuan untuk menyatakan bantahan kepada ICERD kini perlu meminta izin dari Speaker Cina DAP.

6. Mana maruah orang Melayu bila dipijak dengan begitu senang sekali oleh pemimpin DAP?

7. Sebenarnya Ngeh Koo Ham tiada hak pun untuk bersuara kerana usul anti-ICERD itu adalah hak orang Melayu. Tapi malangnya di dalam PH, DAP adalah Tuan Besar.

8. Kalau masih buta lagi tidak tahulah. DAP tidak akan sesekali redha jika ICERD tidak dilaksanakan, dan mereka pasti akan mencari jalan untuk memastikan rancangan jahat mereka berjaya.

9. Pemimpin Melayu PH patut malu kerana mereka kini bagaikan hamba, terpaksa minta izin tuan DAP mereka, walaupun dalam hal kepentingan orang Melayu sendiri.

10. Sungguh memalukan.

.
*sila like page kami NEGARA INSIDER. Kami memerlukan sokongan anda*

*Catatan:*

Mohon setiap ahli group yg terima mesej ini sila viralkan ke seluruh group yg anda ada....viralkan setiap posting2 berkaitan   *HIMPUNAN KESATUAN UMMAH 812* agar sasaran kita utk capai 1juta org tercapai ... wlupn pihak musuh sedaya upaya menggagalkan perhimpunan ini....

*#SukarelawanBelaIslam/SBI*
*#UmmahBangkitBersatu812*
*#UMMAH BANGKIT/BERSATU/BERUBAH/BERKUASA/BERJASA*

Monday, December 3, 2018

Kenyataan Media Dato’ Mohamed Khaled Nordin Naib Presiden UMNO Malaysia (Bahawa penjawat awam dimanjakan & kenaikkan gaji punca kos sara hidup meningkat)


1. Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mendakwa pentadbiran dahulu terlalu manjakan penjawat awam sehingga perbelanjaan pengurusan negara meningkat berbanding era beliau sebelum ini. Saya berpandangan Beberapa perkara mesti diambil kira dengan teliti dan mendalam sebelum membuat penilaian yang terlalu umum dan bersifat pukul rata seperti itu.

2. Pertama, kita mesti melihat jumlah dan nisbah kakitangan awam berbanding penduduk negara kita.

3. Misalnya, pada tahun 2003, dengan populasi kira-kira 25 juta orang, penjawat awam kita adalah kira-kira 1 juta orang. Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:25.

4. Sedangkan kini pada tahun 2018, jumlah saiz populasi kita adalah seramai 32.4 juta orang dengan kekuatan penjawat awam seramai 1.62 juta orang. Ini menjadikan nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:20.

5. Lebih penting, kita mesti melihat siapakah golongan atau sektor yang membentuk peratusan terbesar dalam keseluruhan komposisi penjawat awam di negara kita. Mereka adalah dari sektor pendidikan seperti guru, anggota keselamatan seperti tentera, polis, pegawai kesihatan dan lain-lain.

6. Berbanding dengan negara-negara di Eropah misalnya. Kakitangan awam mereka didefinisikan dengan sangat spesifik sehingga dipecahkan kepada perkhidmatan awam, sektor kesihatan dan hospital serta keselamatan.

7. Jadi, jika digabungkan kesemuanya, seperti yang dilakukan oleh Malaysia, sudah pastilah jumlah mereka juga amat besar dengan anggaran nisbah kira-kira 1:10. Jumlah ini hampir dua kali ganda lebih ramai dari Malaysia.

8. Begitu juga dengan nisbah perkhidmatan awam kepada populasi penduduk di negara-negara lain seperti Jerman ( 1:16), UK (1:11), AS (1:14), Australia (1:12) dan New Zealand (1:13).

9. Jadi, ini bermakna, jumlah kakitangan awam Malaysia sebenarnya tidak besar. Sebaliknya, berpadanan dengan keperluan dan nisbah populasi penduduk negara. Sekali pun berlaku peningkatan jumlah kakitangan awam, ia tidak secara automatik bermaksud kita mempunyai lebihan kakitangan awam.

10. Zaman sudah berubah, populasi kita bertambah, orientasi dan bentuk kerja hari ini juga sudah tidak sama seperti dahulu. Kita tidak booeh bandingkan semua perkara dengan zaman silam. Seolah-olah sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.
11. Kedua, kita perlu bersetuju bahawa sumbangan kakitangan awam dalam pengurusan serta pembangunan negara kita adalah sangat besar dan penting. Tidak ada kerajaan biar dari mana-mana parti sekalipun yang dapat menafikan perkara ini.

12. Jadi, saya bersetuju dengan pandangan yang melihat kenyataan YAB Perdana Menteri ini sebagai tidak wajar. Sebaliknya, beliau perlu mengambil pendekatan untuk mengukuhkan keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam.

13. Misalnya, memberikan lebih banyak ruang untuk menerima latihan dan kursus khas yang berkualiti, meletakkan KPI dan sasaran yang jelas serta mengubah suai sistem yang ada dengan menjadikannya lebih bersifat teknologi terkini, mesra pengguna dan mudah. Malah, kerajaan mesti menawarkan insentif yang menarik untuk menggalakkan bakat-bakat terbaik bangsa kita menyertai perkhidmatan awam.

14. Ketiga, YAB Perdana Menteri mendakwa kenaikan gaji 2 kali setahun juga menyebabkan penjawat awam dimanjakan dan ia menyebabkan kos sara hidup meningkat dan menyebabkan perbelanjaan negara tinggi.

15. Kalau kita semak semula, salah satu naratif Kerajaan semasa sewaktu kempen PRU adalah gaji kepada tenaga kerja Malaysia yang rendah dan tidak kompetitif.

16. Sebab itulah, had gaji minimum sebanyak RM1500  adalah antara perkara utama yang mereka tawarkan sebelum ini, walaupun selepas menang hanya menetapkan gaji minimum sebanyak RM1050 dan kemudiannya disemak semula kepada RM1100.

17. Jadi, jika Kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam, ini adalah satu langkah baik yang wajar disokong dan terus ditambah baik. Bukannya dipertikaikan tanpa asas yang jelas.

18. Lebih penting, tanpa kenaikan gaji sekalipun, harga barang akan tetap naik.

19. Hujah yang menuduh bahawa kenaikan gaji kaki tangan awam adalah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang adalah sangat tidak tepat dan tidak logik.

20. Ia ibarat satu naratif dan alasan baharu yang kini dikeluarkan oleh Kerajaan semasa akibat kegagalan mereka untuk mengawal harga barang.

Saturday, December 1, 2018

Surat untuk Tun.....

Assalamualaikum Tun

Ini semua berpunca dari Tun. Tun terlalu tamakkan kuasa. Tun dan kuncu²  politik Tun sanggup menipu dan menfitnah rakyat. Apabila Tun dan kuncu²  Tun dalam Pakatan Harapan membina kerajaan, semuanya termasuk Tun tidak bersedia untuk mentadbir.  Para menteri dilantik sekadar tangkap muat.

Ketika di bawah PH, kami rakyat marhaen tidak pun dapat melihat sebarang kebaikan. Segala yang keluar dari mulut para menteri termasuk Tun adalah kata² kebencian dan dendam terhadap pimpinan terdahulu.

Ekonomi negara tidak terurus dan hutang negara meningkat.  Rakyat semakin melarat dan tertekan.  Dalam situasi begini, rakyat diapi-apikan dan dilaga-lagakan.  Tun gagal mengawal tindak-tanduk menteri² yang menjadi batu api membakar semangat perkauman. Tun gagal menghentikan perilaku menteri yang sengaja mahu mengkucar-kacirkan negara.

Kami melihat Tun dibonekakan DAP. Tun tunduk kepada telunjuk mereka. Rakyat di luar bandar yang rata-rata orang Melayu dipinggirkan. Rakyat yang berpendapatan rendah di bandar juga terhimpit.

Majoriti kaum Cina menyokong DAP. Mereka menjadi semakin tamak. Mereka menguasai ekonomi. Mereka juga telah mengambil alih kerajaan. Namun ada lagi yang mereka mahu. Mereka mahu ICERD diraktifikasikan. Tapi Tun bagaikan patung tanpa nyawa. Tun biarkan mereka bersuara walaupun ianya ditolak oleh kaum Melayu dan pribumi. Tun sudah tidak lagi mampu mengawal kuncu²  Tun.

Peristiwa kekecuhan di kuil menjelaskan segalanya. Kelemahan Tun mengawal buak-buak perkauman kini ditangguk oleh mereka yang berkepentingan.  Kaum Melayu dipergunakan untuk membuat kekecuhan di kuil Hindu. Ianya mudah sekali meletuskan ketegangan antara kaum. Kakitangan dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Tun, zaman Tun sudah berlalu. Terimalah hakikatnya. Kuasa Tun terhad kerana Parti PPBM di bawah Tun adalah minoriti berbanding DAP dan PKR. Matlamat perjuangan Tun tidak selari dengan matlamat perjuangan DAP dan PKR.  Ianya samada Tun diperbodohkan ataupun Tun memperbodohkan diri Tun sendiri.

Halatuju Tun dan mereka jauh berbeza. DAP berjuang untuk kaum Cina, PKR hanya berjuang untuk Anwar, tapi PPBM hanyalah sekadar tapak sementara yang tidak stabil dan tidak nampak arah haluannya.  Mereka yang di bawah PPBM rata2 terdiri daripada ahli politik gersang yang kecewa ataupun opportunists. 

Tun, sejak kemerdekaan sehingga sekarang pembangunan dan kestabilan negara diterajui oleh parti keramat orang² Melayu iaitu UMNO. Realitinya, Malaysia mampu berdiri kerana bertunjangkan UMNO. Benar, sekarang kerajaan di bawah kuasa PH, akan tetapi ketiadaan UMNO jelas sekali memperlihatkan kepincangan pentadbiran. Pengalaman yang ada pada UMNO sudah tidak boleh disangkal.

Sayangnya, Tun terlalu berdendam pada UMNO. Tun mahu melenyapkan UMNO dari bumi Melayu ini. Tun juga se ia dan se kata dengan pemimpin parti cauvanis DAP yang beria-ia mahu melemah dan menghancurkan UMNO serta bangsa Melayu. Lupakah Tun bahawa bertahun Tun dinaungi oleh UMNO? Lupakah Tun bahawa segala kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh anak² dan cucu² Tun datangnya dari perjuangan UMNO. Nama Tun juga diangkat melalui parti UMNO.

Satu lagi perkara yang kami tidak mengerti ialah tentang dendam kesumat Tun terhadap mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib. Apakah Tun menyangka kami gembira dengan tindakan Tun yang beria-ia mahu menyumbat DSN ke penjara?

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu dihadapkan dengan berpuluh-puluh pertuduhan. Kenapa Tun begitu mahu mengaibkan DSN dan isterinya DSR?  Tidakkah Tun merasa malu pada rakyat yang sentiasa memerhatikan niat jahat Tun?  Atau setidak-tidaknya malu pada anak-anak dan cucu-cucu?  Beliau dan arwah bapa beliau banyak berbakti pada negara. Bangsa Melayu tidak pernah mengajar kita menjadi kurang ajar.  Kita diajar untuk menghargai.  Tindakan Tun terhadap DSN sudah keterlaluan dan melangkaui norma kemanusiaan.

Cukup-cukuplah Tun. Kami semua tahu bahawa Tun sebenarnya terjerat dengan DAP yang Tun jadikan rakan politik.  Menjatuhkan dan mengaibkan DSN ada dalam agenda DAP.  Mereka mahukan hasrat untuk berkuasa tidak diganggu-gugat. Mereka tahu DSN begitu kuat pengaruhnya, jadi mereka tiada pilihan selain memenjarakannya. Dan Tun menjadi tonggangan mereka untuk menjayakan niat jahat mereka.

Nama Tun yang pernah satu ketika dulu gah sudah jatuh ke lembah kehinaan. Maruah Tun dan keluarga teruk tercemar. Tun kini menjadi hamba kepada satu bangsa yang mengkhianati kaum Melayu. Dulu DAP menghina Tun tapi kini mereka mempergunakan Tun.

Tun mungkin merasa hebat kerana kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi dunia sekarang sudah berubah. Teknologi membenarkan kami bersuara, memerhati dan memantau setiap yang berlaku. Kami tidak melihat Tun sebagai Perdana Menteri. Kami melihat Tun sebagai seorang insan yang tamak, haloba, pendendam serta orang suruhan bangsa DAP.  Tidakkah Tun merasa bersalah ketika melihat seorang anggota bomba yang punya niat suci dan murni berkhidmat untuk negara di perlakukan sedemikian rupa?

Maaf sekiranya ada kekasaran. Kami perlu menyuarakannya agar Tun sedar. Kami mahu melihat negara in kembali pulih dari kemelut ekonomi dan politik. Kami mahu kembali ke suasana tenang dan harmoni yang pernah kami rasai ketika di bawah teraju UMNO. 

Ikhlas dari saya,
RAJA ANNUAR RAJA ADNAN