Saturday, January 2, 2016

BERSEJUK DI BEIJING

Cuti panjang persekolahan hujung tahun 2015 kali ini menikmati udara sejuk di Beijing.

Setelah berkunjung ke China sebelum ini untuk urusan kerja, kali ini membawa isteri dan anak bongsu bercuti ke negara Tembok Besar.

Ada pilihan sebelum pergi, sama ada ke Guilin dan Shenzhen. Guilin lebih kepada tarikan keindahan alam semulajadinya manakala Shenzhen metropolitan belibelah. Kedua-duanya tidak sesejuk di Beijing kerana kedudukannya lebih ke selatan dan lebih hampir dari Malaysia.

Akhirnya kami membuat keputusan ke Beijing.

Kami menggunakan pakej persendirian. Maknanya pemandu pelancong bersama kenderaan dan pemandu dikhaskan untuk kami bertiga sahaja.

Walaupun pada mulanya bersetuju untuk menggunakan pakej Seat In Coach iaitu berkongsi bas pelancongan bersama pelancong lain, tetapi kerana jadual penerbangan tidak anjal maka kami tolak pilihan itu.

Antara tempat yang dikunjungi; 
1.Tian An Men Square,
2. Forbidden City,
3. Kawasan seni 798,
4. Pertunjukan Acrobatic,
5. Great wall,
6. Snow world termasuk bermain ski
7. Summer palace,
8. Niujie Moseque,
9. muslim supermarket,
10.The place-LED Screen
11. Panda house,
12. Nanluogulane,
13. Nandouya mosque,
14. Xiushui Market dan
15. Silk Market
Perlu diingat, walaupun dipaksa untuk singgah di tempat yang wajid dilawati dan membeli belah, tapi tidak perlu rasa terkilan jika tidak membelinya.

Antara tempat berkenaan;  Crystal, Foot massage,Tea, Silk dan Bamboo charcoal.

Jika nasib kurang baik, kita juga akan mendapat pemandu pelancong yang mengelat dan hanya membawa kita melalui atau singgah beberapa minit di tempat yang disenaraikan untuk dikunjungi.